Friday, August 26, 2011

Sempena Hari Raya Aidil Fitri SMKDJH

Hari ni sekolah telah mengadakan satu majlis sempena Hari Raya Aidil Fitri. Antara agenda terpenting ialah penyampaian sumbangan duit raya kepada para pelajar miskin dan anak yatim, penyampaian hadiah tadarus Al-Quran serta majlis bersalaman antara guru dan pelajar.








Rambut Raya

Sibuk... sungguh sibuk...
Asyik duk fikir persiapan nak raya, lupa rambut Imam Muda panjang giler.. yg boleh tersedar pun sbb pengasuh bertanya.. (pengasuh prihatin betul..)
Jadi, petang semalam, bawak imam muda pi kedai gunting rambut kat Jejawi.
Masa sampai kat kedai tu, hanya ada sorang ja pelanggan.. tunggu sekejap, then bagi peluang Incik suami memendekkan rambutnya dulu. Ammar rileks ja.. berlari dan melompat  kat dalam kedai. Sampai ja turn dia, selamba ja dia cakap kat cik tukang gunting tu..

 "Ammar kecik lagi, tak yah la.." 

Ewah-ewah, banyak cantik muka kau.. penat mama tunggu, kau boleh cakap gitu... no..no.. aku suruh Incik suami angkat dia dan letak kat atas kerusi...
Yang syoknya, dia cool ja sampai habih rambutnya ditarah nombor 3.. lawaknya, bila cik tukang gunting sedang gunting rambut dia sambil bersembang rancak dengan pelanggan lain, Ammar boleh cakap gini...

"eh..tingga (telinga) Ammar putus.." 

Habih semua orang kat kedai tu bantai gelakkan dia.. Dia pun tersengih-sengih, kontrol muka macho..(termalu kot sbb pelanggan dah ramai).

Sebelum
Gambar dari arkib (tengok rambut pacak Ammar...)

Selepas
Terkini (dah tak dak rambut ultraman..)

Thursday, August 25, 2011

Persiapan raya 2

1. DUIT RAYA
    • Eksyen tukar duit raya sampai beratus, konon-konon macam ramai la orang yang nak mai beraya kat rumah, padahal hari raya pertama dah balik rumah bonda...dasar rumah tertutup..hehehe.. Hari raya kedua pulak nak terjah rumah bapak mertua dan ipar duai... jimat betul... kiranya rumah hanya jadi tempat beradu.
    • Tapi kalau duit raya ni tak mengalir, boleh la jadi duit poket anak-anak pi sekolah.. dasar 2 dalam 1.

 2. BISKUT RAYA
  • Alhamdulillah, ni baru sebahagian ya puan-puan.. sebenarnya banyak lagi dalam kabinet dapur.. semua selamat ditempah dan dikutip dengan jayanya.. (mula-mula cakap dengan Incik suami nak jimat..konon-kononnya nak order 3 jenis kuih ja.. tp akibat pengaruh mata dan nafsu di bulan posa.. semua biskut yang dipamerkan di sekolah nampak sedap..so,terbeli melebihi had.. time bayar ja.. mula la mengeluh...nipis purse aku weiiii)
  • Tapi aku rasa lepas raya, mesti semua biskut ni selamat dikerjakan oleh putera puteri aku.. (dan aku!!) 
3. BAJU RAYA
  • Ni baru sebahagian baju Incik suami dan anak-anak. Rasa-rasanya tema kaler pun dah jadi caca merba.. 1st day - grey, 2nd day - electric blue, 3rd day - red
  • Imam Muda Ammar terlebih baju raya, hasil sponsor adik-adik aku.. (yg kaler putih tu dia punya la)
  • Yang sedih bila aku call tailor, dia cakap baju raya aku tak siap pun.. rasanya dah lama aku hantar tempah, kalau dihimpun semua.. 6 pasang baju kurung aku duk kat kedai dia.. aduiii la... syahdunya.. (sob..sob.. nangis...rasanya jadi baju raya haji la..)
  • Tapi disebabkan aku jenis panjang akal (puji nie..), maka awal-awal lagi aku dah siap beli baju kurung readymade.. ( La ni pun duk pujuk Incik suami nak beli cotton vietnam siap sulam manik koran berjurai-jurai... tertengok kat satu butik tu kat Kangar, terus balik angau, terbayang-bayang ). Alasan nak beli ialah bila pakai nanti rasa  manis dan comel  ja..heheheh..(boleh pakai alasan gitu??). 
Seronok bila cerita pasal raya, macam zaman kanak-kanak pulak.. bunga api dan mercun? Juga telah diorder dan dijangka dapat pada hari sabtu ni, so lepas ni kita story bab kemeriahan main bunga api anak beranak pulak ya!

Hari ni dah Ramadhan ke 25, esok last day sekolah.. may be 4 or 5 days to go before raya,  stok bahan mentah untuk berbuka pun semakin susut, so hari ni aku hanya masak menu yang mudah ja.. alasan?? Hari ni hujan, malas keluar..
hanya kau yang mampu ku korbankan (ikan gerut sweet and sour)

Tuesday, August 23, 2011

Model iklan kereta yang sedang bosan



ps: jurugambar tidak bertauliah & kamera pun cap ayam.. harap maklum...



Persiapan raya 1

Mood raya datang tetiba..(sambil nyanyi lagu raya..la la la..!)

Aku rasa preparation untuk raya kali ni agak simple.. Incik suami pun macam tak dak mood ja nak beria-ia bersama aku.. nampaknya aku ja yg terpaksa berfikir berjuta-juta lemon.. pening betui la. Nak ajak keluar bershopping pun tak nak, apa tah lagi nak sembang tentang keterujaan menyambut raya.. (aku rasa dia dah masuk zon pak cik-pak cik kot..). Rasanya aku la yg masih kebudak-budakkan.. Ish-ish.. bila la aku nak insap ni??? hehehe..tapi  kalau aku insap, agak-agaknya laki aku pakai baju apa di hari raya?? (termenung sambil pandang siling..)

Anyway, last sunday aku sempat bershopping ke kedai kegemaran di Alor Star, biarpun Incik suami enggan menjadi driver, aku tetap gagahkan diri (hebatkan? bulan posa lagi..), meredah dan mengukur jalan ke kedai tersebut.. hehehe.. (tp masih dengan izin dia la...). Ke mana???

sabar meredah jalan

jalan sesak pun boleh senyum lagi ye?hehehe

parking dekat dengan kedai...

hasil tangkapan




Saturday, August 20, 2011

Gabungan menu drpd org yg semakin malas...


didatangkan beserta...


dan tambah lagi dengan...

rezeki drpd jiran dan pasar ramadhan

ps: Diet? hancusss...

*Tak mau ada tajuk.. boleh?*



Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)

Entah berapa kali ku cuba
membohong hati  ini
Hebat dilanda rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu

Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan
Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih...

Pagi tadi, terdengar lagu ni kat radio Sinar FM, terus download..teringat zaman muda dulu, lagu ni glamer pada minggu orientasi kat Kolej Ketujuh UPM...

Entah kenapa, sampai sekarang pun, aku masih lagi rasa lagu ni best.. benar-benar menyentuh rasa, betapa  kita sukar untuk menyatakan rindu kepada orang lain, biarpun  rindu selalu bertandang.. pelikkan manusia? atau sememangnya direncanakan oleh adat dan budaya?

Bak kata Ustaz Pahrol : "semakin kita mengejar cinta Allah, semakin banyak cinta manusia hadir.."

Tapi pada usia ni.. wujud lagi kah segumpal rindu tu? Jika ada, ikhlas kah? Atau sekadar bermanis kata?

Hakikatnya, kita harus mencintai Allah SWT... dan menjejak cinta dan rindu yang hakiki.. Muhammad S.A.W
 
p/s: rindu betul kawan-kawan kat 7 college dulu.. mana kau semua pergi ha?

Friday, August 19, 2011

Tidur lagi best kan??


p/s: Mangsa bangun selepas menyedari gambarnya dirakam oleh mamanya...

Menu yang simple

Untuk tekak yang juga simple...
Menu berbuka semalam


dan


dan


dan

Home made jus tembikai

Menu sahur yang simple juga ialah:

kau makan ni subuh-subuh?

Thursday, August 18, 2011

Budak demam

 Imam Muda demam.. 3 serangkai...........demam, batuk dan selsema...

Kesiannya

Masa ni, mama dia sibuk kat dapur.. jenguk tengok, dia dah lelap

Si abang pun tumpang sekaki..


Wednesday, August 17, 2011

Kerja Guru Masa Kini

Assalamualaikum..
Salam Nuzul Al-Quran utk semua..

Sepanjang minggu ni dan minggu lepas, aku terlalu sibuk keluar kawasan (eh.. bunyi macam YB melawat kawasan kan?). Actually, nak cerita tentang tugas guru sekarang ni yang bukan sekadar mengajar di dalam kelas tetapi terpaksa keluar mencari para pelajarnya yang ponteng sekolah tanpa sebab.

Dasar pendidikan masa kini ialah memberi peluang belajar secara percuma kepada semua murid bermula seawal usia 6 tahun iaitu bermula dari pra sekolah hinggalah pelajar berusia 17 tahun.. tetapi malangnya anak pelajar sekolah aku tidak menghargai peluang yang ada.. yang geramnya semua lebih tertumpu untuk bekerja awal.. (risau aku kot-kot nanti banyak buruh atau ibu-ibu di Perlis semuda 15 tahun).

Maka, sebagai guru, kami mengambil inisiatif untuk melawat ke rumah pelajar tersebut. Nak tengok apa yang depa buat bila tak mai sekolah. Kebanyakan pelajar ni dah ponteng sekolah hampir mencecah 20 hingga 60 hari. Antara sebab yang diberi oleh ibu bapa mereka bila kami tanya:

1. "Anak tak mau bangun tidur, dah kejut, nak buat macamana lagi dah cikgu......."
2. "Ish... nak teguq pun tak boleh dah cikgu, depa dah besar, dah tak mau dengaq nasihat kita..."
3. "Cikgu sekolah tu garang, selalu pukul anak saya.. tu yang dia tak mau pi sekolah.."
4. "Dia tak mau sekolah dah, nak kerja.. biaqla cikgu.."
5."Ayah dia pi hantaq sekolah tiap-tiap hari, rupa-rupanya dia tak masuk sekolah..tak tau la dia pi mana.."
6. "La.. anak saya ni baik, walaupun dia tak pi sekolah, dia tak merayau pun.. duk tiduq saja di rumah.."
7. "Kami orang susah cikgu, sekolah tak dak ka bantuan apa-apa..biasiswa ka, duit KWAMP ka..?"
8. "Biaq pi la kat dia cikgu, saya malas nak pikiq pasai dia.. ayah dia pun tak peduli lagi.."
9. "Anak saya sakit cikgu, selalu demam.. tapi tak pi klinik pun.. ayah dia sibuk.."
10. "Entahla cikgu, dia galak nak menikah kot cikgu.."

Bayangkan perasaan kami sebagai seorang guru.. terpaksa mencari rumah pelajar setiap hari berdasarkan peta yang dilakar oleh rakan sekelas mereka sebab alamat di Perlis ni semua sama, tiada nombor rumah. Dah la penat mencari rumah, pernah rakan sejawat dikejar anjing dan terpaksa menghalau lembu melintas di tengah jalan.. kelakar betul..(maaf kawan-kawanku..terceritalah pulak).
Tuan tanah dan kawan-kawan sedang meronda dan mencari rumah pelajar.

p/s: Salah siapa, bila pelajar tak mau mai sekolah? Cikgu juga ka?

Sunday, August 14, 2011

Makanan lagi

Nampaknya blog ni lebih kepada gambar makanan, maklumlah bulan puasa... segala-galanya tentang makanan nak diceritakan..

Seperti biasa, hari sabtu semalam adalah hari cuti memasak sebab berbuka kat rumah bonda, so, entah kenapa aku terlebih rajin sikit.. menyediakan hidangan manis untuk dibawa ke rumah bonda...

Puding karamel yang manis dan sedap

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan - Dulu-dulu

Berpuasa pada zaman kanak-kanak dulu memang best (zaman sekolah rendah la..)... seingat aku, aktiviti bermain tak pernah miss. Balik ja sekolah, jaga kedai runcit (ayahanda peniaga kedai runcit) tp subjek matematik tak teror pun... (nada merendah diri) tp Penilaian drjh 5 dpt A la.. hehehe.. (riak sikit..)..astagfirullahalazim..ampunnnn.....

Then bila pukul 5, semua kawan-kawan sekampung datang berkumpul kat kedai.. duk berkumpul untuk rancang aktiviti petang tu..aktiviti lasak dikurangkan, selalunya, memancing di bendang belakang rumah, sauk udang di sungai depan rumah, buat pondok dari buluh cina dan daun pisang.. ada juga main masak-masak, selalunya aku jadi tokey kedai la.. (aha.. practise dari kecik nak jadi usahawan..tp tak jadi pun.. bak kata makcik rehan.. usahasawan adalah..)

Bila balik rumah, mula buat muka letih.. pernah masa darjah 2, menangis nak buka posa kat rumah tok wan.. (rumah tok wan kat belakang rumah aku ja). Letih main, masa tu dah pukul 7 dah.. tp dah tak tahan sangat-sangat .. (dulu kurus..tiada lemak simpanan..) tp atas kebijaksanaan tok wan aku, dia bagi petua.. nak tau???

Tidur tepi guri...
(tapi guri ni kat dalam rumah la.. tempat simpan air minum rumah tok wan. Alasan tok wan, guri sejuk.. so, hilangla panas badan tadi.. tp logik ka??)

Bila nak berbuka puasa, aku suka betul minum air tebu.. setiap hari wajib ada air tebu .. pernah sekali tu, ayahanda lupa beli.. aku merajuk tak nak buka puasa.. sembunyi dalam bilik tidur.. menangis kerana air tebu.. (aduiii.. teruk kan?)
terliur dah...

Semenjak dah besar ni, tak lah merajuk dah kerana air tebu ni.. Incik hubby telah menggalakkan aku minum air soya pulak.. kenapa ek? (supaya aku putih lepuk mcm soya kot..hehehe) ya ka? Aikkk.. perli nampak bang?? Actually, soya pun sedap.. dulu masa kat asrama derma, setiap kali outing ke Kangar, aku akan beli air soya dan nasi ayam kuning kat tepi Pejabat Pos Kangar. Ingat tak? Dah minum lama dah tp tak putih pun..sob..sob.. sedihnya..

Kuih tersedap bila buka puasa?
Kuih koleh kacang.. sedap... 

Dulu-dulu selalu beli kat pakcik jual tepi nasi ayam kuning kat pejabat pos tu la.. tp la ni tak dak dah.. Sampai sekarang tak pernah lagi jumpa kuih ni sesedap yang pakcik tu jual...
Ni kuih orang tua-tua, Qasidah (betul ka ejaan ni?) tp aku suka terutama yang bonda buat.. warna kuning emas..very soft and milky in the mouth.. yum..yum..

Kuih tako

Agar-agar pandan
Makanan pulak ialah...
Pajeri nenas makan dengan ikan goreng garing... aduih...(2 pinggan nasi ni...). Bonda dan ayahanda aku pun tahu kesukaan anak dia ni, kalau balik rumah depa ja.. menu ni selalu ada tp bila puasa ni kurang sikit dah minat makanan ni.. lebih suka makan nasi putih, sambal kicap tomato dan ikan bakar susu... sedapppp...

Panjang betul entry ni? Letih baca? Ok lah.. bye bye...

*semua gambar adalah belas ihsan Incik google

Thursday, August 11, 2011

Berkata-kata

memendam rasa adalah sifat terpuji. 
meluah rasa secara bijaksana dan berhemah merupakan satu tindakan yang bijak..
(Ustaz Pahrol)

Menyimpan rasa di dalam hati mungkin baik, mungkin apabila kita meluahkannya, ia akan bertambah sukar dan rumit. Seandainya kita rasa perlu untuk meluahkannya, lakukan.. dengan cara yang paling baik dan terpuji. Kadang-kadang, menyimpan  sahaja di dalam hati akan memakan diri sendiri. Apabila kita memilih untuk menyatakan perasaan, pilihlah perkataan yang paling tepat untuk menzahirkannya..

Kita selalunya terlupa bahawa setiap perkataan yang kita ungkapkan kepada seseorang akan diingati oleh orang yang mendengar. Kalau perkataan yang kita sebut adalah perkataan yang baik-baik, elok dan sedap didengar, maka orang yang mendengar tentu akan rasa gembira dan kegembiraan itu pasti berkekalan. Justeru itu, marilah kita berkata-kata hanya yang baik.. dan Insya Allah... setiap yang ikhlas pasti mendapat rahmat di sisi Allah swt.


Wednesday, August 10, 2011

Kamu

Larilah,
kenyataan tetap di situ

Larilah,
bayangmu masih di situ

Larilah,
ingatan manis segar di situ

Larilah,
hatiku utuh di situ

Larilah,
aku tetap suka kamu
segala-galanya tentang kamu

Gigihnya aku...

menyiapkan menu sahur pagi ni...

Incik Hubby bagitau nak makan ni masa sahur, maka aku pun mula bersilat jam 4.30 pagi... (ala.. potong ayam ja..)..menyiapkannya.. Nasib baik bulan posa, semua jiran aku pun bangun, kalau bukan bulan posa, cuba suruh masak jam 4.30 pagi.. tak kuasa aku...

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan - Day 9

Jom main masak-masak...................
Nota kaki: Semakin sikit menu? Ala.. ada lagi kat dapur...yang diimport dari PARAM (pasar ramadhan) tak ditayang ya..harap maklum!

Kadang-kadang..

ada perkara perlu dijelaskan
ada perkara perlu dielakkan

Kadang-kadang...
ada perkara perlu disempurnakan
ada perkara perlu dileraikan

Kadang-kadang...
aku tahu apa yang dia tahu
aku tak tahu apa yang dia tahu

Kadang-kadang...
dia tak perlu dekat
aku tetap merasainya


Sunday, August 7, 2011

Kita hanya mampu merancang tapi..

Allah yang menentukan..

Perancangan hari ini ialah untuk membeli barangan keperluan anak-anak dan hubby.. actually, khusus utk raya

Sedang membayar sebahagian hasil rembatan di kaunter, bonda telefon memaklumkan ayahanda masuk PMC sebab sakit pinggang (lebih tepat, doktor kata batu karang).. masa tu dah jam 12.30 tgh..

Sedang merancang dengan hubby, Z telefon kata ayahanda akan operate secara laser pada sebelah petang.. nak pergi berjemaah dengan anak-anak yang tak faham apa-apa ttg hospital dan kondisi orang sakit.. aku yakin akan mengganggu sesi ziarah dan pesakit lain..

Then, aku buat keputusan, aku drive sendiri ke PMC dengan ditemani adik Hanim.. so, jam 3.30 ptg bertolak ke Alor Staq.. sampai PMC... nampak bonda, Z, kak chik dan suami... tanpa ayahanda..

Jam 5.00 ptg, ayahanda balik ke sisi kami... pucat, sejuk mengigil dan mencari kami adik beradik.. Ya Allah.. sedihnya..

Jam 6.30 ptg, mohon izin utk balik, singgah membeli makanan untuk juadah berbuka dan sampai tepat jam 7.40 ptg untuk berbuka puasa bersama adik Hanim dan adik Ehsan..then baru drive balik ke Jejawi..

...........baru semalam kami bersama, gembira, bergelak ketawa sambil menikmati juadah berbuka.. hari ni ayahanda diuji Allah swt... Semoga ayahanda tabah, redha serta menghadapi ujian ini dengan penuh kekuatan dan kesabaran..... Kakak harap ayahanda akan cepat sembuh dan balik ke sisi kami segera.. Insya Allah.......

Speechless............

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan - Day 6

MC memasak lagi... gembira tak terkata... jimat gas kat rumah..
Hari ni memenuhi pelawaan ibu tercinta utk sama-sama berbuka puasa kat kampung, semua balik kecuali pasangan pengantin baru.. kak chik
Penuh meja bila keluarga berkumpul.. ayah, mak, adik hanim, adik ehsan campur famili aku (5 org) campur famili Z (3 orang).. meja baru yang ada 8 kerusi tu pun masih tak cukup lagi..
Menu? alahai.. biasa ja..
Pesanan buat kak chik:
1. Ayah bakar ikan jenahak 2 ekor.. (sedap)
2. Ayah beli ayam golek seekor, kerabu kaki ayam yg best tu, popiah, cucuq udang
2. Mak buat sayur keladi, tomyam campur dan kuih lapis hijau cicah dengan air gula merah (sedap jugak)
3. Z buat sayur kailan ikan masin, kuah durian, udang goreng kunyit, sambal kerisik, perut lembu rebus dan daging masak merah.... (sedap gila..)

So, sabtu depan kita pakat-pakat balik makan lagi ye...

Babai.. kak chik..(sbb enrty ni khas utk mu..hahaha..)

Friday, August 5, 2011

Ramadhan - Day 5

Hari ni berbuka kat rumah bapak mertua, so, suruh hubby call and tanya apa yg bapak nak makan, then dia cakap................................gulai ikan....................(menantu masak...!!!)...hahaha..... baguih bapak mertua aku ni sbb dia tau bahawasanya..... menantu kesayangan dia ni memang hanya pandai buat gulai ikan ja.....

So, pkl 3.30 ptg.. kami laki bini pun pi la hunting kepala ikan... puas ronda tak jumpa..( org beli ikan waktu pagi, aku cari waktu petang.. ala...), hasilnya no..no.. tiada kepala ikan, hanya ada ikan duk temenung ja...

Hasilnya,




Then, sebagai pertukaran sistem barter, aku dapat ni....
Puas hatiku... cempedak mari menyerah diri.... suke..suke...