Sibuk... sungguh sibuk...
Asyik duk fikir persiapan nak raya, lupa rambut Imam Muda panjang giler.. yg boleh tersedar pun sbb pengasuh bertanya.. (pengasuh prihatin betul..)
Jadi, petang semalam, bawak imam muda pi kedai gunting rambut kat Jejawi.
Masa sampai kat kedai tu, hanya ada sorang ja pelanggan.. tunggu sekejap, then bagi peluang Incik suami memendekkan rambutnya dulu. Ammar rileks ja.. berlari dan melompat kat dalam kedai. Sampai ja turn dia, selamba ja dia cakap kat cik tukang gunting tu..
"Ammar kecik lagi, tak yah la.."
Ewah-ewah, banyak cantik muka kau.. penat mama tunggu, kau boleh cakap gitu... no..no.. aku suruh Incik suami angkat dia dan letak kat atas kerusi...
Yang syoknya, dia cool ja sampai habih rambutnya ditarah nombor 3.. lawaknya, bila cik tukang gunting sedang gunting rambut dia sambil bersembang rancak dengan pelanggan lain, Ammar boleh cakap gini...
"eh..tingga (telinga) Ammar putus.."
Habih semua orang kat kedai tu bantai gelakkan dia.. Dia pun tersengih-sengih, kontrol muka macho..(termalu kot sbb pelanggan dah ramai).
Sebelum
Gambar dari arkib (tengok rambut pacak Ammar...)
Selepas
Terkini (dah tak dak rambut ultraman..)
No comments:
Post a Comment