memendam rasa adalah sifat terpuji.
meluah rasa secara bijaksana dan berhemah merupakan satu tindakan yang bijak..
(Ustaz Pahrol)
Menyimpan rasa di dalam hati mungkin baik, mungkin apabila kita meluahkannya, ia akan bertambah sukar dan rumit. Seandainya kita rasa perlu untuk meluahkannya, lakukan.. dengan cara yang paling baik dan terpuji. Kadang-kadang, menyimpan sahaja di dalam hati akan memakan diri sendiri. Apabila kita memilih untuk menyatakan perasaan, pilihlah perkataan yang paling tepat untuk menzahirkannya..
Kita selalunya terlupa bahawa setiap perkataan yang kita ungkapkan kepada seseorang akan diingati oleh orang yang mendengar. Kalau perkataan yang kita sebut adalah perkataan yang baik-baik, elok dan sedap didengar, maka orang yang mendengar tentu akan rasa gembira dan kegembiraan itu pasti berkekalan. Justeru itu, marilah kita berkata-kata hanya yang baik.. dan Insya Allah... setiap yang ikhlas pasti mendapat rahmat di sisi Allah swt.

No comments:
Post a Comment