Wednesday, July 24, 2013

Majlis Iftar MGK Perlis



Program: Majlis Iftar 2013 
Tarikh: 22 Julai 2013 (Isnin)
Anjuran: Persatuan Guru Kaunseling Sek. Men. Perlis
Tempat : Kafeteria SMK Syed Hassan, Kangar
Masa : 6.30 petang

 Tetamu jemputan, (baju oren)En Ayub, Ketua Unit HEM, JPN Perlis
 Turut hadir, Pengetua SMK Syed Hassan (berbaju putih)

Wednesday, July 17, 2013

cerita Ramadhan


Assalamualaikum...
Dah 8 ramadhan hari ni...
Sekejap ja pun
Tapi hari ni memang hari ngantuk sedunia lah weii
Pi school pun, asyik menguap ja
Then dapat kelas ganti form 1 pulak tu
Tengok bebudak tu cerdas giler
Boleh minta kebenaran nak main bola sepak kertas dalam kelas saya
Tapi saya kata “ kalau nak main, kena buat perancangan dulu”
So, suruh depa diskus dulu... aman kelas sat!!
Seharian mengadap laptop siapkan laporan program yg lalu
Tapi Ya Allah saja tau.. 40x menguap sampai meleleh aiq mata
Tapi bila sampai rumah ja, tak lena la pulak
Bila tengok kerja rumah yang tak pernah habis...
Realiti bila jadi wife dan mak2 ni..
Kebetulan hari ni rezeki murah
Dapat rambutan dan cempedak daripada kawan
Then jiran pulak bg kuih bingka
Wah!! Suka la...

Zeeta: kadang2 mengikut arus pun menyenangkan...

Friday, July 12, 2013

Sambutan Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum
Hari ni kat sekolah saya ada ceramah Ihya' Ramadhan
Ceramah bermula selepas majlis bacaan Yassin mingguan
Penceramah jemputan iaitu Ustaz Zahid bin Ibrahim
Imam Muda Masjid Syed Alwi, Kangar
Masih muda tapi ceramah beliau sangat best
Penuh semangat, dengan penyampaian yg sangat jelas
Dah tu ada juga lawak jenaka
Kiranya budak2 tak boring langsung
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam...
Ustaz Zahid Ibrahim

bukti kehadiran tuan belog
 

Thursday, July 4, 2013

Perkhemahan Asas PRS Perlis


Assalamualaikum
Perkhemahan di musim hujan?
Memang betul, weekend lepas 28-30 Jun, saya terlibat dgn aktiviti berkhemah
Cerita begini..
Persatuan Guru Kaunseling Sekolah Menengah Perlis dgn kerjasama JPN perlis
Telah menganjurkan satu program perkhemahan asas PRS- Pembimbing Rakan Sebaya
Yang melibatkan 260 pelajar dari 27 sekolah di Perlis
Penat, meriah tapi best!
Semua peserta terdiri dr ting. 1 & 2, semua kena tidur dalam khemah
Alhamdulillah, cuaca sangat baik (tanpa hujan)
Semua aktiviti berjalan seperti yg dirancang
Termasuk mendapat kerjasama drpd adik-adik guru pelatih praktikum kaunseling UUM
Kiranya, banyak aktivti yg dirancang telah dijalankan dgn baik sekali..*senyumsampaitelinga
Terima kasih atas semua jasa dan kudrat kawan2 yg banyak menjayakan kem ini
Ikhlas: Setiausaha Kem
Pamplet program
Taklimat oleh Kem Komandan, Cikgu Rodzain
Guru Kaunseling yang sedia berkhidmat 3 hari 2 malam
Pemasangan khemah
Taklimat Explorace PRS
Muka gumbira
Majlis Penutup oleh Tn Hj Amran Rejab