Wednesday, August 17, 2011

Kerja Guru Masa Kini

Assalamualaikum..
Salam Nuzul Al-Quran utk semua..

Sepanjang minggu ni dan minggu lepas, aku terlalu sibuk keluar kawasan (eh.. bunyi macam YB melawat kawasan kan?). Actually, nak cerita tentang tugas guru sekarang ni yang bukan sekadar mengajar di dalam kelas tetapi terpaksa keluar mencari para pelajarnya yang ponteng sekolah tanpa sebab.

Dasar pendidikan masa kini ialah memberi peluang belajar secara percuma kepada semua murid bermula seawal usia 6 tahun iaitu bermula dari pra sekolah hinggalah pelajar berusia 17 tahun.. tetapi malangnya anak pelajar sekolah aku tidak menghargai peluang yang ada.. yang geramnya semua lebih tertumpu untuk bekerja awal.. (risau aku kot-kot nanti banyak buruh atau ibu-ibu di Perlis semuda 15 tahun).

Maka, sebagai guru, kami mengambil inisiatif untuk melawat ke rumah pelajar tersebut. Nak tengok apa yang depa buat bila tak mai sekolah. Kebanyakan pelajar ni dah ponteng sekolah hampir mencecah 20 hingga 60 hari. Antara sebab yang diberi oleh ibu bapa mereka bila kami tanya:

1. "Anak tak mau bangun tidur, dah kejut, nak buat macamana lagi dah cikgu......."
2. "Ish... nak teguq pun tak boleh dah cikgu, depa dah besar, dah tak mau dengaq nasihat kita..."
3. "Cikgu sekolah tu garang, selalu pukul anak saya.. tu yang dia tak mau pi sekolah.."
4. "Dia tak mau sekolah dah, nak kerja.. biaqla cikgu.."
5."Ayah dia pi hantaq sekolah tiap-tiap hari, rupa-rupanya dia tak masuk sekolah..tak tau la dia pi mana.."
6. "La.. anak saya ni baik, walaupun dia tak pi sekolah, dia tak merayau pun.. duk tiduq saja di rumah.."
7. "Kami orang susah cikgu, sekolah tak dak ka bantuan apa-apa..biasiswa ka, duit KWAMP ka..?"
8. "Biaq pi la kat dia cikgu, saya malas nak pikiq pasai dia.. ayah dia pun tak peduli lagi.."
9. "Anak saya sakit cikgu, selalu demam.. tapi tak pi klinik pun.. ayah dia sibuk.."
10. "Entahla cikgu, dia galak nak menikah kot cikgu.."

Bayangkan perasaan kami sebagai seorang guru.. terpaksa mencari rumah pelajar setiap hari berdasarkan peta yang dilakar oleh rakan sekelas mereka sebab alamat di Perlis ni semua sama, tiada nombor rumah. Dah la penat mencari rumah, pernah rakan sejawat dikejar anjing dan terpaksa menghalau lembu melintas di tengah jalan.. kelakar betul..(maaf kawan-kawanku..terceritalah pulak).
Tuan tanah dan kawan-kawan sedang meronda dan mencari rumah pelajar.

p/s: Salah siapa, bila pelajar tak mau mai sekolah? Cikgu juga ka?

No comments:

Post a Comment