Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Saya nak ikut tapi...


Saya nak ikut tapi abah tinggal saya..huhu
Dah siap-siap nak pi solat terawih, 
mama minta adik posing bergaya dulu
Sedar-sedar adik dah kena tinggal...
Comel tak saya?? *cepat cakap comel..*

Tuesday, July 24, 2012

Tak puasa sebab kecik lagi!

Semalam, ada budak kecik makan ais kerim milo sembunyi bawah meja.
Alasannya, kesian abang dan kakak tengok adik makan
Jadi, adik nak makan sembunyi-sembunyi bawah meja kat dapur takut depa nampak
Kenapa adik tak puasa? sebab adik kecik tot lagi!!!
:))

Sunday, June 3, 2012

Basikal baru saya

Saya tak riak ye!!
Saya tak paksa abah saya beli
tapi mama yang paksa abah beli basikal
katanya takut anak teruna tak pandai tunggang basikal


Saya ok ja..:))
Terima kasih abah saya..(hehehe..)


p/s: Esok-esok saya nak motor berenjin pulak..(boleh??)

Tuesday, April 10, 2012

Budak tu demam

Ammar kena demam campak
rasanya berjangkit virus tu kat rumah pengasuh
mula-mula Uwais, then Ali Redza, then Aidil Fahim
last sekali Che Ammar le... *kesian*

muka budak demam campak (jumaat lepas)
dua malam mama kau kurang tidur   *actually, ada shift dgn abah..*
asyik merengek dan nak tidur dalam buaian saja
aduiii... kurus la mama kau ye adik    *tipu*
mata sembab mcm panda
rumah bersepah dengan daun mambu
rasa macam duk dalam hutan tropika
demi budak bintat ni...

Hari ni nampak semua bintat-bintat kat badan dah kering
rasanya semakin ok
dah tak merengek gatal-gatal dah
tapi lebih aktif dan banyak cakap
asyik bodek.."mama baik la...", "mama kan sayang ammar.."
apa-apa ja dik...

Alhamdulillah... lega hati mama..
Semoga cepat sembuh & sihat seperti selalu..
Insya Allah..

Tuesday, April 3, 2012

Ayat-ayat cinta

Kejadian di rumah sendiri
Pukul 9.00 malam

Ammar: Mama.......nak susu, nak naik cak, nak lena........
Mama : Awal lagi la dik....
Ammar: Ulang... nak naik cak *sambil tarik buaian dekat-dekat Mama*
              "Mama kan cantikkkkk...."
Mama : Hah! *apa kaitan????*

Wednesday, March 21, 2012

Selamat hari lahir Ammar


Alhamdulillah. Hari ini 21 Mac 2012. Ammar Khalis genap 3 tahun.Terasa cepat masa berlalu. Mama masih ingat lagi di saat-saat nak melahirkan Ammar. Masa tu cuti sekolah dan abah masih kat IPSAH, bergelut dengan final exam. Mama, abang Azim dan kakak Alya duduk kat rumah Maktok disebabkan due bersalin Mama pada 31 Mac 2009.
21 Mac 2009, lebih kurang jam 5.00 pagi, mama dah mula rasa rasa sakit perut, tapi mama andaikan yang tiba masa untuk bersalin. Mama tunggu siang sikit untuk bagitau Maktok dan Wan, takut nanti depa terkejut pulak.
Pagi tu, hujan sangat lebat. Bila Maktok dan Wan selesai solat subuh, Mama pun bagitau depa tentang kontraksi. Tapi tak lah sakit sangat. Maktok call Mak Ngah, bagitau depa. Dalam jam 9.30 pagi, Mak Ngah dan Pak Ngah pun datang, angkat barang, dan hantar Mama ke Pusat Perubatan Mahsuri, Jitra.
Actually, Mama tak plan pun nak bersalin kat mana. So, Mak Ngah ajak pi Jitra, lagi pun dekat sikit dengan rumah depa. Kononnya, senang lah jika tak jadi bersalin, boleh lepak kat rumah depa. Tanpa sarapan, Mama pun terus pergi menyerah diri.
Sampai sana, dalam jam 11.00 pagi, buat registration kat kaunter dan staf kat situ suruh Mama masuk labour room, just nak check bukaan. Katanya, baru 3cm tapi tak boleh balik sebab pengalaman Mama yang dulu.. mudah sangat bersalin kan Abang azim dan Kakak Alya.
So, lepak atas katil sambil sembang-sembang dengan Mak Ngah. Tiba-tiba rasa tak sakit pulak. Mama dah cuak.. ingatkan tak jadi bersalin ni.. tak sakit pulak. Pukul 12.00 tgh, ada doktor datang nak check kondisi Mama sekali lagi. Ingatkan boleh dapat doktor pompuan, tiba-tiba pulak Dr. Zarina pi makan kenduri dan digantikan oleh Dr. Zainal.
Dr. Zainal cadangkan Mama ambil suntikan epidural supaya tak sakit sangat. Mama rasa ok jugak sebab teringin pulak nak rasa bersalin tanpa rasa sakit..(kata orang la) hehehe.. Lepas dapat suntikan tu, Mama masih boleh bersembang dengan Mak Ngah sambil gelak-gelak lagi. Pukul 1.30 petang, ada sorang nurse tu datang check, then dia kata Mama dah boleh bersalin.. tapi Dr Zainal pi solat pula, so kena tunggu sampai dia habis solat, baru Mama boleh bersalin.
Lawak juga sebab tak rasa sakit tapi Dr Zainal suruh push. Dia siap marah-marah Abah sebab Abah tak balik..hehehe.. sebenarnya Mama yang tak bagitau Abah. Abah ada exam. So, 2.05 petang, Ammar pun selamat keluar dengan sihat, comel, cukup sifat dan bersuara kuat..hehehe..*mcm Mama jugak* Selesai semua, baru Mama bagitau abah... tu pun exam dia habis jam 5.00 petang *Abah dapat berita basi la...*

Ammar Khalis,
Mama doakan semoga Ammar akan menjadi anak yang soleh, tetap hati dengan Iman dan Islam, rajin solat, rajin belajar, mudah mendengar kata, berfikir dengan matang... dan semua yang baik-baik je la...

Thursday, March 1, 2012

Trauma kegemukan

Semalam, bersembang dengan Ammar
(My baby boy.. uppp.. dah nak 3 tahun dah..)
sambil potong kuku jari dia


Mama: Eeee.. comelnya jari adik. Mana satu adik?
Ammar: Adik yang kecik ni (jari kelinking)
Mama: Abang? Kakak? 
Ammar: Ini kakak (sambil tunjuk jari manis). Ini pulak abang (tunjuk jari telunjuk)
Mama: Yang lain?
Ammar : Ini abah dan ini mama..
Mama: Mana satu mama? *excited*
Ammar: Ni ha.. *tunjuk ibu jari* sebab mama GEMUK !!!
Mama: Tarik nafas panjang-panjang, hembus kuat-kuat...*terus insaf*

Mana ada mama gemuk, adik?
Tembam sikit saja, kan?
*helah bela diri*

Adik...mama lapar la... jom makan!!

Wednesday, January 25, 2012

Kau Permata Hati

Kau penerang hati mama
 
 Kau penawar di kala dukaku
 
Syukur kau ada

*** Bangun 6.30 pagi, nak teman mama buat breakfast. Lastly, dia yg sepahkan dapur mama... bagus anakku, syabas....

Tuesday, December 13, 2011

Tuesday Blues...

~Masa Saya Comel~


~Bila Saya Mengamuk~

 *Mama saya sibuk masak. Dia tak nak layan saya tengok TV. Saya tak dak geng. Tu sebab saya protes.. pandaikan saya..     :)

Saturday, September 17, 2011

Mainan pertama saya

nama saya Ammar Khalis :))
umur saya 2 tahun 6 bulan
kelmarin mama bawak saya pergi ke Kangar
dia nak beli kek untuk bagi kat kawan dia
tiba-tiba saya nampak mainan idaman saya
saya tunjukkan pada abah saya
tapi abah kata tunggu mama
bila mama datang dia kata ok
saya nampak dia keluarkan kertas merah dr purse Carlo Rino 
uncle tu bagi balik 4 keping kertas biru

ini lah mainan pertama yg saya pilih sendiri

 mama kata lepas main, saya kena simpan balik
dalam bakul merah ni..
tengok saya main.. best oooo...

sebenarnya saya ada mainan best
saya panggil gajah
tapi ia hidup
hehehe.. ini gajah saya


mintak ampun abang azim ye....


masa saya kecik dulu
abah belikan saya kereta comel
tapi kakak selalu berebut dengan saya
saya dengar mama bagtau abah
nak belikan basikal untuk saya
nampaknya, saya kena bodek mama ni..
kereta comel saya

hari tu masa cuti UPSR
kami main dan sepahkan satu rumah
kami tumpahkan air dan makanan
mama mengamuk dan tanya "ha..sapa punya kerja ni?"
saya kan spy mama
saya pun bagitau mama
mama tak marahkan saya sbb saya kecik lagi

kesian mama,
dia kena kemas balik
hari-hari saya nampak batang kayu tu dalam baldi
sehari 4 kali mama guna
kesian mama...

 hari ni mama kata dia tak mau pi kenduri (rumah anak murid dia)
nak meroyan kat rumah je kot
saya tengok mama asyik kat dapur je
jom tengok!!
mama kata dia masak binatang ganas
habis satu dapur dia menembak
patutla dia suruh saya keluar dari dapur


 betulkan kata saya
penat mama mengemas
kesian dia.. 

ok lah, saya dah penat membebel
saya nak ajak mama keluar beli ais krim pulak..

yang pandai bercakap benar,
Imam muda Ammar

(^_^)

Friday, August 26, 2011

Rambut Raya

Sibuk... sungguh sibuk...
Asyik duk fikir persiapan nak raya, lupa rambut Imam Muda panjang giler.. yg boleh tersedar pun sbb pengasuh bertanya.. (pengasuh prihatin betul..)
Jadi, petang semalam, bawak imam muda pi kedai gunting rambut kat Jejawi.
Masa sampai kat kedai tu, hanya ada sorang ja pelanggan.. tunggu sekejap, then bagi peluang Incik suami memendekkan rambutnya dulu. Ammar rileks ja.. berlari dan melompat  kat dalam kedai. Sampai ja turn dia, selamba ja dia cakap kat cik tukang gunting tu..

 "Ammar kecik lagi, tak yah la.." 

Ewah-ewah, banyak cantik muka kau.. penat mama tunggu, kau boleh cakap gitu... no..no.. aku suruh Incik suami angkat dia dan letak kat atas kerusi...
Yang syoknya, dia cool ja sampai habih rambutnya ditarah nombor 3.. lawaknya, bila cik tukang gunting sedang gunting rambut dia sambil bersembang rancak dengan pelanggan lain, Ammar boleh cakap gini...

"eh..tingga (telinga) Ammar putus.." 

Habih semua orang kat kedai tu bantai gelakkan dia.. Dia pun tersengih-sengih, kontrol muka macho..(termalu kot sbb pelanggan dah ramai).

Sebelum
Gambar dari arkib (tengok rambut pacak Ammar...)

Selepas
Terkini (dah tak dak rambut ultraman..)

Tuesday, August 23, 2011

Model iklan kereta yang sedang bosan



ps: jurugambar tidak bertauliah & kamera pun cap ayam.. harap maklum...



Thursday, August 18, 2011

Budak demam

 Imam Muda demam.. 3 serangkai...........demam, batuk dan selsema...

Kesiannya

Masa ni, mama dia sibuk kat dapur.. jenguk tengok, dia dah lelap

Si abang pun tumpang sekaki..


Monday, July 18, 2011

Imam Muda Ammar

Peristiwa ni berlaku petang tadi jam 5.15 ptg..tgh aku leka blogwalking.. aku terpandang hamba Allah ni..duk cuba pakai songkok abang dia...apa lagi terus snap gambaq dia...

Muka ok.. baju ok la..(tp tak cukup alim lagi..)


Tu dia.. bahagian bawah..out terus...

Tak pa la dik..janji kau Imam Muda mama ye...Insya Allah..

Sunday, July 10, 2011

OT Hari Ahad

See..see...tengok..tengok..

Ni la bila kerja cikgu tak dak OT.. sbb kerajaan nak suruh buat OT kat rumah sendiri..

Cerita gini.. pagi ahad macam biasa selaku surirumah yg baik, aku dah siap iron baju sekolah,kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, sidai kain, buat breakfast, kemas dapur..lap kilat-kilat.. pastu budak comel @ imam muda pun bangun.. abah dan abg dia dah pi training badminton seawal 8.30 pagi.. so, aku biaq ja dia main depan TV.. kononnya bagi kebebasan kat anak-anak..(sesuai dgn dasar falsafah pendidikan negara... pengukuhan JERI..kunun-kunun..)..

Then, Alya bangun.. (budak pompuan ni tak mau pi training..malassss).. aku biaq depa main ja.. then aku pi la teropong apa aktiviti depa... tu diaaaa....

Mak aihh... kabinet TV aku berbedak weiii...

Tu dia.. sofa mak pun berbedak..

Happy engko ye nak... mak kau? waaa..

Selamba ya sambung tengok TV..tanpa rasa bersalah..

Kesimpulannya, comelkan aktiviti anak mak kan..? kan..?

Tuesday, May 24, 2011

Ammar nangis..

di suatu petang, budak comel tu main kat luar sorang-sorang.. dia angkut mainan dan main pasir.. 

Bila jemu dia berlari-lari kat laman, tiba-tiba aku dengaq dia nangis kuat.. sambil memanggil nama aku..aku pun keluaq la tengok dia..

Tu dia.. rupa-rupanya


Selepas menyapu minyak, maka mama dia pun ambik gambar dia.. marah betul dia.... hehehe..


Kesian dia...

Wednesday, May 18, 2011

Tanya Ammar..

Hari ni, pkl 3.08 minit petang, sedang aku gigih study teori  (sbb nak interview KB esok).. aku dpt emel dari Cg Anizan.. dia send gambar aku (as my request la sbb aku tak dak gambar berukuran pasport..). Ammar nampak and then dia kata "Omei" (comel la kot).. terus mama dia kembang semangkuk then tanpa malu-malu aku pun tanya dia....
Aku: Adik! mama "omei" tak?
Ammar: "Omei" jugak..
Aku: "Omei" banyak ka cikit?
Ammar: "Omei" tang ni ja.. 

Tahu kat mana????


Cuba teka.. sedih betui.. anak 2 tahun pun dah pandai  menilai...
Anak sapa la..?
"Anak cikgu kan.."

p/s: Nasib baik ada jugak part yg anak puji, kan..kan?

Friday, April 1, 2011

Ada budak kecik merajuk..

Hari Ammar mengamuk tak nak tidur siang.. semalam .. pengasuh kata dia tak mau tidur siang.. asyik nak main ja.. so, aku kata "tak pa lah.. biarla dia nak main puas-puas"..
So, mlm tadi dia membuta awai.. tak dan nak habis cerita hantu kat TV3 tuh.. dia dah tertidur atas riba abah dia di depan TV.. nampak kesian betui..

Hari ni, dia buat perangai yang sama.. bagitau aku nak tidur tp.. asyik tak jadi tidur ja..

Adik: mama.. adik nak ena..
mama: Jom.. adik naik cak no..
Adik: ujan ar.. nak engok.. (terjun buaian..)

Selang 30 minit..

Adik: mama.. adik nak ena..
mama: Jom.. kali ni lena betul-betul tau..
Adik: sengih.. antuk dah (pejam mata!)
tiba-tiba..(setelah aku ayun 15 minit)
Adik: aaa mau ena.. nak olek-olek ngan mama..

hah.. tu dia.. letih wei.. tak mau lena pulak.. nak ajak mama dia golek-golek pulak atas tilam..
aduihh.. uji kesabaran jugak la.. kejap-kejap nak ajak main kat luar, sedangkan hujan lebat gila..
Dengan ketabahan dan pujuk rayu aku secara kasar dan halus, maka budak kecik tu pun berjaya dilenakan..

tengok..
Hebatkan bila jadi mak budak kan.. diktator betui.. hahaha..