Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Shooting dengan Masterchef...ehem..ehem...

Assalamualaikum...
Ala..tajuk tak boleh "like"..hahaha..
Sebenarnya, hari ni Juara dan Naib Juara Masterchef, Dr Ezani Farhana dan 
Incik Wahidan datang buat shooting rancangan masakan negeri Perlis
Depa buat kat Villa Najwa

Last Sunday, si Najwa call ajak ikut program tu
tapi aku rasa malas (dan malu)
tapi pagi-pagi buta tadi Rozie call, ajak pi jugak ke Villa Najwa
so, memandangkan hari ni tak dak aktiviti mulia
aku pun setuju le....
tempat pengambaran-Villa Najwa 

Najwa, Dr Ezani dan makcik resepi
tu dia..juara n naib juara Masterchef Malaysia 2011
tumpang sekaki (eee..tak malu!!)
tuan rumah Cikgu Ramzi n produser rancangan 
selebriti jemputan..kah..kah..(perasan!!)

Menu bagi negeri Perlis ialah Nasi ulam, sayur keladi dan kuih tepung bungkus
Tabik untuk Dr Ezani dan Incik Wahidan yg sangat friendly & sangat peramah
Harap mereka akan terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang masakan...

Saturday, May 12, 2012

lunch hari ni...

 Ni lauk utk lunch
 Pemanis mulut (sumbangan Chenta Hati)
Jemput makan semua!

Monday, April 23, 2012

Isnin & CRK

Selamat pagi Isnin..*monday blues..*
tapi saya tak kerja hari ni
cuti menjaga anak yang demam
telefon sekolah, maklumkan saya Cuti Rehat Khas (CRK)

Dalam bidang pendidikan ni
keburukannya hanya tentang cuti
tiada cuti yang khusus untuk kecemasan
yang ada hanya CRK, tu pun hanya 7 hari setahun
bayangkan jika ada cikgu yang anak ramai
dah tu asyik demam memanjang.. huh..naya cikgu tu..
dalam kes saya, dah 2 kali dah ambil CRK
first, masa Che Ammar demam campak
then kali ni, Azim dan Miss Alya pula.. *nasib baik depa kena serentak*
kalau tidak, sure dah kena sound dengan Tuan Pengetua
sebab asyik cuti ja.... *cikgu tak produktif*

Jadi, disebabkan cuti
jom kita main masak-masak
semalam masak asam pedas
hari ini pun Azim nak asam pedas lagi
bagus anakku.. senang kerja mak kau ye..
tapi hari ni mari kita meniru resepi dalam buku idaman hati
hehehe.. rugi la kalau tak aplikasikan?

Azim : "ingatkan asam pedas tu pedas sangat..rupanya tak pun!"
Mama: "sebab mama dah kurangkan cili ..tu yang tak pedas"
(dah jadi macam asam rebus ja.. sebab tak pedas)..*hentam saja..janji sedap*

Tuesday, December 20, 2011

Main masak-masak, nak?

Alya kata:

Semalam mama menyambut Hari Malas Sedunia
Hari ni Alya nak ajak mama main masak-masak la
Jom tengok apa yang kami buat... :))


Kami kalerkan nasi
biar jadi warna warni
baru selera nak makan
pas tu mama saya balut ayam dgn tepung tempura
garing dan rangup...
Tak percaya?
Tengok....
Adik saya makan sambil bersantai depan TV
Esok saya nak suruh mama saya buat resepi lain pulak
*Thank you, mama*.. :))

Monday, December 5, 2011

Berjaya dah

Saya dah buat...
hati gembira tak terkata
Puding roti berkuah kastard *versi sendiri*
masak pukul empat
Lepas maghrib dah habis...
Anak-anak kata sedap *kembang mama kau... sila puji lagi* 


*Awak nak rasa....? :)

Wednesday, September 14, 2011

Kisah syawal

Hari ni saya puasa ye
baru hari ke 3
3 days to go
letih sedikit, mengantuk yang lebih
tapi seronok juga
sebab ramai yang senasib kat sekolah
(ramai yang posa tau...(ganti kot!)

Kesian tauke kantin
tertunggu aku memboros di situ

Ajaib jugak kali ni
saya sangat rajin memasak
sahur pun bangun memasak
macam puasa Ramadhan pula
ala.. demi Incik Suami (cari pahala..   :))

Semalam terajin sikit
dari satu menu jadi tiga
sedap ke? entah...
tapi ada orang tu tambah 2x

tomyam ayam, udang masak tiram dan sambal tumis bilis petai

Thursday, September 8, 2011

Bila Incik Suami suruh...

Balik sekolah hari ni, terus lepak depan tv. Niat di hati nak memejamkan mata sekejap.. (hihihi..) malu nak sebut membuta di siang hati... Baru ja nak mengambil tanjak (kata orang utara), si Imam Muda nak susu.. ok lagi.. bangun then buat susu. 

Pejam ja mata dalam beberapa minit, Incik suami yang baru balik dari Kangar duk asyik bertanya,
"mama, nak buat dadih ka hari ni?".. 2-3 kali duk asyik cakap benda yang sama ja..Lastly, saya terus bangun dan tanya.."awatnya?"

Rupa-rupanya nak tunjukkan 2 paket dadih segera yang baru dibeli kat sekolahnya. Saya terus gelak.."abah ni nak minta tolong atau nak suruh buat?" Dia buat muka kesian.."ni ha.. kakak Alya nak makan".

Oooo... jual nama anak.... Pandai sungguh ya...( ^_^ )..
Perisa strawberry dan jagung

So, pukul 5 petang, bila depa semua pi sekolah untuk latihan silat, maka saya dan Imam Muda pun mula buat operasi dadih segera yang sangat mudah ni..malu nak cakap.. didih air, masukkan susu & perasa, tapis, siapppp.. (patutla nama segera..) :))

perisa jagung (feveret Alya ni..)
perisa strawberi
 
Buat separuh paket ja dulu, kalau sedap, esok kita buat lagi ya!

Saturday, August 20, 2011

Gabungan menu drpd org yg semakin malas...


didatangkan beserta...


dan tambah lagi dengan...

rezeki drpd jiran dan pasar ramadhan

ps: Diet? hancusss...

Friday, August 19, 2011

Menu yang simple

Untuk tekak yang juga simple...
Menu berbuka semalam


dan


dan


dan

Home made jus tembikai

Menu sahur yang simple juga ialah:

kau makan ni subuh-subuh?

Sunday, August 14, 2011

Makanan lagi

Nampaknya blog ni lebih kepada gambar makanan, maklumlah bulan puasa... segala-galanya tentang makanan nak diceritakan..

Seperti biasa, hari sabtu semalam adalah hari cuti memasak sebab berbuka kat rumah bonda, so, entah kenapa aku terlebih rajin sikit.. menyediakan hidangan manis untuk dibawa ke rumah bonda...

Puding karamel yang manis dan sedap

Wednesday, August 10, 2011

Gigihnya aku...

menyiapkan menu sahur pagi ni...

Incik Hubby bagitau nak makan ni masa sahur, maka aku pun mula bersilat jam 4.30 pagi... (ala.. potong ayam ja..)..menyiapkannya.. Nasib baik bulan posa, semua jiran aku pun bangun, kalau bukan bulan posa, cuba suruh masak jam 4.30 pagi.. tak kuasa aku...

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan - Day 9

Jom main masak-masak...................
Nota kaki: Semakin sikit menu? Ala.. ada lagi kat dapur...yang diimport dari PARAM (pasar ramadhan) tak ditayang ya..harap maklum!

Tuesday, August 2, 2011

Mari memasak

Hari ni hari kedua berpuasa..

Hari tu masa on the way ke Jitra, nampak banyak durian kat tepi jalan, so cakap dgn hubby..teringin nak makan cucuq durian..then dia kata ok tp beli masa balik nanti.
Last-last, tak jadi balik ikut jalan kodiang tu sbb balik ikut highway Changloon...

Tapi tiba-tiba hari ni murah rezeki pulak.. ada orang tu* bagi durian free..best..best.. tercapai hasrat nak buat cucuq durian..

Bahan mentah utama

Hasilnya
Nampak tak comelkan? Kalau mak aku nampak mesti kena gelak ni sebab cucuq aku ada tanduk.. tak pa.. tak pa....yang penting rasanya sedapppp...

p/s: kata orang bijak pandai..'practise makes perfect'.. esok lusa pasti cucuq aku comelkan?
 
* Thank you my friend for everything you have been done for me lately.. 

Tuesday, July 19, 2011

Mari memasak

Anak-anak nak makan..Azim request spagetti Cabonara.. alhamdulillah mudah ja..

Ok..mula..

Bahan asas

Rebus spagetti dulu

panaskan margerin

Tumis bawang then daging

Toskan spagetti

Siap....rasa? tak pedas tp sesuai le untuk anak-anakku..

p/s: Jom main masak-masak lagi...