Monday, April 23, 2012

Isnin & CRK

Selamat pagi Isnin..*monday blues..*
tapi saya tak kerja hari ni
cuti menjaga anak yang demam
telefon sekolah, maklumkan saya Cuti Rehat Khas (CRK)

Dalam bidang pendidikan ni
keburukannya hanya tentang cuti
tiada cuti yang khusus untuk kecemasan
yang ada hanya CRK, tu pun hanya 7 hari setahun
bayangkan jika ada cikgu yang anak ramai
dah tu asyik demam memanjang.. huh..naya cikgu tu..
dalam kes saya, dah 2 kali dah ambil CRK
first, masa Che Ammar demam campak
then kali ni, Azim dan Miss Alya pula.. *nasib baik depa kena serentak*
kalau tidak, sure dah kena sound dengan Tuan Pengetua
sebab asyik cuti ja.... *cikgu tak produktif*

Jadi, disebabkan cuti
jom kita main masak-masak
semalam masak asam pedas
hari ini pun Azim nak asam pedas lagi
bagus anakku.. senang kerja mak kau ye..
tapi hari ni mari kita meniru resepi dalam buku idaman hati
hehehe.. rugi la kalau tak aplikasikan?

Azim : "ingatkan asam pedas tu pedas sangat..rupanya tak pun!"
Mama: "sebab mama dah kurangkan cili ..tu yang tak pedas"
(dah jadi macam asam rebus ja.. sebab tak pedas)..*hentam saja..janji sedap*

No comments:

Post a Comment