Wednesday, May 2, 2012

Makan Angin

Assalamualaikum....
lama betul saya tak menulis
ada cerita tapi Allah saja yang tahu tahap kemalasan saya untuk mengarang entri
banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya
manis, pahit.. macam-macam.. tapi tidak tertulis di sini
hanya sekadar berkongsi dengan rakan baik saja

Actually, Ahad lepas... saya, mak dan adik beradik saya rancang nak pergi makan kenduri
*sebenarnya, kenduri pada isnin dan selasa*
tapi semua adik beradik setuju nak makan angin ke Cameron Highland dulu
then baru ke Ipoh untuk menghadiri kenduri bapak sedara kami

Jadi, pagi Ahad semua berkumpul kat rumah mak
then, baru bertolak ke Kulim utk ke rumah Kak Cik
sampai sana, terus di jamu makan kek rainbow
sebab celebrate birthday Incik Nizam (suami kak Cik)
*Happy birthday Incik Nizam.. semoga panjang umur & rajin-rajin kerja supaya adik kami sihat walafiat..hehe..(boleh ke ucapan gitu?)*

muka happy tuan tanah... :)

lepak sana, bawa mak shopping kat Sunway dulu
*bukan mak yang shopping tapi anak-anak yang over*
seperti biasa, saya tidak berjaya menahan nafsu membeli
terus membeli 3 pasang kasut dan sebijik handbag baru
*adik-adik yang bersalah.. depa hasut bersungguh-sungguh..ish..ish..*
juga seperti biasa tak bagitau Incik Suami sbb mak yang belanja
*thank you makkkk.. I Luv U...*

Sebelah malam pula, kak cik bawa kami semua makan nasi ketam & ikan bakar kat Juru
*merangkap tukang bayar...thank you my dear*
fuhhh... nikmat tak terhingga
kalau peminat seafood, eloklah pergi menikmatinya....

seperti biasa, saya makan tanpa menikmati makanan sbb asyik kejar Ammar..sedih :(
Pagi Ahad, sesudah salam subuh *eceee... banyakla salam subuh*
kami semua bertolak ke CH

posing dulu... :)
Sesudah bersarapan kat Kulim, bertolak ke CH
sampai sana dalam pukul 12 tgh
jalan-jalan, beli-beli, makan-makan
then balik *pi survey ja dulu.. esok-esok kita tidur sana*
sempat menikmati strawbery coklat tu.. sedap & manis

Ammar tunjuk perasaan.. semua benda dia nak! Eeee... geram betul la...
bergambar sekampung le kita ye!!

Petang, bertolak ke Ipoh
dan menginap di Homestay Nur Kasih kat Taman Klebang (apa tah!)
Esoknya ke kenduri bapak sedara, Datuk Halim Tasek
*tah apa gelaran.. sbb dia duk kat area Tasek kot!!

Huh.. siap ada kugiran lagi
nak tercabut telinga dengar lagu-lagu
ada lagu asli, hindustan.. macam-macam
dalam pukul 3 ptg, kami pun balik 
sampai rumah dalam pukul 6.50 ptg...
 
Sekian. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment