Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

tesco lagi!!

Sesudah salam subuh, dengan excitednya aku meng iron curtain baru
Bila gantung, rupanya sangat pendek
Dah tu huduh benar
Ish.. tak puas hati langsung..
Tak kan curtain tingkap baru tapi curtain sliding lama
Nampak sangat tak sesuai kan?
Dah la tingkap dan sliding door tu dekat2
Saya buat muka kesian kat Incik Suami
Goda ajak dia pi tukar kat tesco mergong
Sebab hari tu beli ready made kat kedai ufo kat situ
Dia setuju! Bagus... misi berjaya
Tengah bersiap-siap, adik hanim call nak ajak pi beli barang
Apa lagi, Incik suami kata “pi dengan adik hanim la, boleh abah pasang lampu liplap”

Maka misi pun bermula
Sampai tesco pukul 10.30 pagi
Masih x ramai orang.. ok lah!
Masa sesi tukar curtain tu
Rasa bengang juga dengan budak salegirl tu
Eksen betui... muka kelat *mentang-mentang orang ramai masa tu*
Dulu masa beli kata “kalau x padan, kak boleh mai tukaq semula”
Hari ni kata “kak kena tambah duit sbb bila tukar barang, diskaun dibatalkan”
Banyak cantik muka dia...
Saya  terus sound “ tak pa lah, kak bayar juga tapi nanti kak nak tanya tribunal pengguna la”
Sebab dulu masa beli tak kata pun diskaun terbatal
Tak pasal-pasal hilang RM79.00 ringgit
Geram betui.. lepas ni nama kedai ufo curtain tu terpadam dari kamus
Then nak bagitau semua cikgu-cikgu kat perlis spy jgn beli kat kedai dia dah..
Eksen betui!!

Terus x berselera nak beli apa2 dah lepas tu
Ya ka?
Tipu la, tolak troli, masuk tesco, beli susu n pampers ammar byk2
Beli barang runcit (penuh 1 troli)
Bayar pulak RM278.00 .. huh.. *kempis purse nie*

Keluar tesco, adik hanim nak beli sandal raya
Dia pulun duk hasut spy saya beli
Tapi hati sangat bertabah
Hasilnya, saya x beli!!!
*hebat..puji diri sendiri*
Rasanya, sbb hilang RM79 tadi kot
Kalau tak, dah tentu Miss Crocodile warna nude tu dipinang..cun

Masa duk sibuk isi barang belian dalam bonet kereta
Ada satu mamat tu duk usha (kereta vios)
Gamaknya, dia mesti kata “pulun makcik ni beli barang penuh bonet tapi naik kancil ja”
Dalam hati saya pun jawab jugak “ya la, sebab hang naik kereta mahai tu yang x boleh beli banyak2 tapi makcik ni naik kereta free, tu yang boleh boros tu”.. hehehe..

Otw balik, singgah ambik baju raya lagi
Hehe.. lagi 2 pasang, bayar pulak RM75
Nampaknya, susut la gaji bulan ni..
X boleh berpoya-poya sangat dah ni
Kena zuhud dah!!
*maaf lepas ni x boleh belanja awak dah..hehe*

Tuesday, August 7, 2012

Girl's Day Out


*Nak bercerita*
Hari ahad dan isnin yang lalu
Kami adik beradik ada girl’s day out
Saya, Z, Kak chik dan Hanim
Best sangat-sangat..*sengih*

Hari ahad ke Jitra
Sempat membeli 4 pasang baju untuk Miss Alya
Nampak sepasang baju kurung moden berwarna terkini ‘mint green’
Tergoda! Rasa macam nak beli tapi kak chik kata kat Tesco Stargate lebih cantik
Maka, terbatal le hasrat tu..

Hari isnin kami berempat ke Alor Star pula
Kononnya, nak beli baju untuk Incik Suami
Tapi terbeli untuk diri sendiri
Hehe.. sepasang baju kurung pahang kotak2 warna ‘mint green’
Alahai... suka nya..!

Last2 baju untuk Incik Suami tak terbeli
Sebab tengok orang berbaris kat kaunter terlalu panjang
Dalam 40 orang kot (dan hanya 1 kaunter ja yang buka)
Terus batalkan hasrat
Nanti la, hari lain la pulak..

Then ke Ariani pula
Hanya beli 3 helai tudung saja
Entah.. macam dah tak kudrat nak memilih
Letih posa kot...
Anyway, kena settle kan semua before raya
Kena buat checklist ni..
Sabar !!

Saturday, June 30, 2012

Teruja dapat idaman hati!

Hari tu ada program kat Langkawi
So, ambil peluang melihat idaman hati
Mulanya sekadar nak tinjau saja
Malangnya, terjebak jua..
Maka, terbeli..hahaha..
Selamat datang idaman hatiku...

Tefal yang dah lama jadi idaman hati
 
 terjerat pula dengan set vantage ni

* Lepas ni apa pula??

Wednesday, June 6, 2012

Shopping Day!!!

Assalamualaikum..
Hip..hip hore... *sengih lebar-lebar*

Hari ni seharian bershopping dan menghabiskan duit gaji bulan ni. 
Incik suami bagi green light *besar-besar*.
Katanya: "Kalau mama nak shopping, pi dengan Kak Z. Rasanya abah tak sempat nak temankan, sebab ada kelas sampai Jumaat."
*Hahaha..gelak suka hati lagi*

Bermula jam 8.30 pagi, bertolak ke Jitra n Alor Setar
then sampai rumah balik jam 6.30 petang..*penat tp sengih lagi*

Agenda 1: Beli curtain untuk bilik kaunseling & bilik tidur Miss Alya
Sempat rembat 6 pasang kain untuk Alya dan 4 pasang untuk diri sendiri.. :))

Agenda 2: Makan-makan
Bismillahirahmanirrahim... jom makan!

Agenda 3: Beli, beli n beli
Kata orang, membeli belah ialah terapi
ya ka? :))

Saturday, March 31, 2012

Gembira tak terkata

My dear sis dah balik dari Bandung last week
tapi hari ni, dia baru bawa balik hasil rembatan 
untuk ditayang kepada kami sekeluarga
suka hati... rambang mata memilih
rasa nak ambil semua *bajet macam artis nak pi anugerah* 

So, saya pilih yang ni... *ada sedikit hasutan dr adik beradik juga*
walaupun sebenarnya nak banyak lagi *tamak haloba...*
tapi kesian pulak orang lain pun sure teringin juga.. hehehe

 Dan nak yang ni jugak............

 
My sis juga belikan ini untuk Azim dan Ammar

Miss Alya dah pun mencuba telekung barunya...


Saya pun baru mendapat aset terbaru saya untuk dijadikan koleksi. 
Ni bukan dari Bandung tapi dari Kilang Mikasa kat Kulim ja...
pun my sis juga yang tolong belikan
Tq kak Cik & Incik Zam..


Kesimpulannya, hari ini sangat mengujakan
Aktiviti menguji mata dan mencairkan duit.. hehehe..
*ampun Incik suamiku..*

Tuesday, August 23, 2011

Persiapan raya 1

Mood raya datang tetiba..(sambil nyanyi lagu raya..la la la..!)

Aku rasa preparation untuk raya kali ni agak simple.. Incik suami pun macam tak dak mood ja nak beria-ia bersama aku.. nampaknya aku ja yg terpaksa berfikir berjuta-juta lemon.. pening betui la. Nak ajak keluar bershopping pun tak nak, apa tah lagi nak sembang tentang keterujaan menyambut raya.. (aku rasa dia dah masuk zon pak cik-pak cik kot..). Rasanya aku la yg masih kebudak-budakkan.. Ish-ish.. bila la aku nak insap ni??? hehehe..tapi  kalau aku insap, agak-agaknya laki aku pakai baju apa di hari raya?? (termenung sambil pandang siling..)

Anyway, last sunday aku sempat bershopping ke kedai kegemaran di Alor Star, biarpun Incik suami enggan menjadi driver, aku tetap gagahkan diri (hebatkan? bulan posa lagi..), meredah dan mengukur jalan ke kedai tersebut.. hehehe.. (tp masih dengan izin dia la...). Ke mana???

sabar meredah jalan

jalan sesak pun boleh senyum lagi ye?hehehe

parking dekat dengan kedai...

hasil tangkapan