Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Cerita lagi


Cerita 1:

Aktiviti masa kini. Bukan sebab tak dak duit nak beli ice conerto tapi saja nak habihkan plastik ais malaysia ni. Baru jumpa setelah lama menghilang. Apa lagi, aktiviti terkini sebelah malam ialah buat ais malaysia. Ada milo, oren, sarsi...Bila siang, bukannya anak-anak saja yang berebut, tapi mak depa pun pulun seiring sejalan ...*ehem..ehem*.

Cerita 2:

Budak bersunat hari tu dah dapat hadiah idaman hati. PSP Sony. Abah depa beli kat SP. Rela tak makan nasi, demi mengadap benda alah tu. Hebat la anak mama... gigih, daya pulun tinggi, konsisten, fokus.. *bab main... A+*  tapi bab baca buku atau buat latihtubi..*malas tahap dewa*.. Grrrrrr..*suara singa dengan taring tajam*

Cerita 3:


Disebabkan esok saya kena bertugas kat sekolah utk pendaftaran form 1. So, malam ni siapkan lauk untuk breakfast esok *roti putih cicah gulai ikan..nyum...nyum..*

Senario: Mama duk siang ikan kat dapur nak masak gulai ikan. Jam dinding tunjuk pukul 10 malam (mama rajin kan?). Ammar datang..

Ammar : mummy..mummy.. adik nak ni...(tunjuk tin biskut)

Mama : Aik.. sejak bila pulak aku jadi mummy ni? *muka confuse*
(ni kes anak terpengaruh cerita mat saleh kat TV nie...) 

Cerita 4:

Bestkan kalau dapat jiran yang suka masak dan pandai masak sedap-sedap.  Saya selalu bernasib baik setakat ni.. Jiran sebelah rumah, Rusma suka bagi kuih ni. Katanya, anak-anak dia tak makan sangat tapi dia suka buat resepi baru. So, nak bagi kak zita rasa..*rasa kembang kuncup hidung*. Terus cakap dengan dia: ..”Eee... best la.. kak zita suka la...lain kali bagi lagi ye”...* tak malu..tutup muka...hehehe..*
Cerita 5:

Mama : Abahhhhh *suara lembut gila*..... abah nak bagi hadiah apa kat mama sempena anniversary kita?..*buat muka manja*.

Abah: nak apa?

Mama : aaaa.....*buat-buat muka comel tp tak comel pun* Emas dah turun harga. Boleh beli....*ehem..ehem*

Abah: Ok...beli la..tp merangkap hadiah anniversary dan hadiah birthday untuk 10 tahun seterusnya..*toing-toing* terus pitam..

Sunday, August 7, 2011

Kita hanya mampu merancang tapi..

Allah yang menentukan..

Perancangan hari ini ialah untuk membeli barangan keperluan anak-anak dan hubby.. actually, khusus utk raya

Sedang membayar sebahagian hasil rembatan di kaunter, bonda telefon memaklumkan ayahanda masuk PMC sebab sakit pinggang (lebih tepat, doktor kata batu karang).. masa tu dah jam 12.30 tgh..

Sedang merancang dengan hubby, Z telefon kata ayahanda akan operate secara laser pada sebelah petang.. nak pergi berjemaah dengan anak-anak yang tak faham apa-apa ttg hospital dan kondisi orang sakit.. aku yakin akan mengganggu sesi ziarah dan pesakit lain..

Then, aku buat keputusan, aku drive sendiri ke PMC dengan ditemani adik Hanim.. so, jam 3.30 ptg bertolak ke Alor Staq.. sampai PMC... nampak bonda, Z, kak chik dan suami... tanpa ayahanda..

Jam 5.00 ptg, ayahanda balik ke sisi kami... pucat, sejuk mengigil dan mencari kami adik beradik.. Ya Allah.. sedihnya..

Jam 6.30 ptg, mohon izin utk balik, singgah membeli makanan untuk juadah berbuka dan sampai tepat jam 7.40 ptg untuk berbuka puasa bersama adik Hanim dan adik Ehsan..then baru drive balik ke Jejawi..

...........baru semalam kami bersama, gembira, bergelak ketawa sambil menikmati juadah berbuka.. hari ni ayahanda diuji Allah swt... Semoga ayahanda tabah, redha serta menghadapi ujian ini dengan penuh kekuatan dan kesabaran..... Kakak harap ayahanda akan cepat sembuh dan balik ke sisi kami segera.. Insya Allah.......

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan - Day 6

MC memasak lagi... gembira tak terkata... jimat gas kat rumah..
Hari ni memenuhi pelawaan ibu tercinta utk sama-sama berbuka puasa kat kampung, semua balik kecuali pasangan pengantin baru.. kak chik
Penuh meja bila keluarga berkumpul.. ayah, mak, adik hanim, adik ehsan campur famili aku (5 org) campur famili Z (3 orang).. meja baru yang ada 8 kerusi tu pun masih tak cukup lagi..
Menu? alahai.. biasa ja..
Pesanan buat kak chik:
1. Ayah bakar ikan jenahak 2 ekor.. (sedap)
2. Ayah beli ayam golek seekor, kerabu kaki ayam yg best tu, popiah, cucuq udang
2. Mak buat sayur keladi, tomyam campur dan kuih lapis hijau cicah dengan air gula merah (sedap jugak)
3. Z buat sayur kailan ikan masin, kuah durian, udang goreng kunyit, sambal kerisik, perut lembu rebus dan daging masak merah.... (sedap gila..)

So, sabtu depan kita pakat-pakat balik makan lagi ye...

Babai.. kak chik..(sbb enrty ni khas utk mu..hahaha..)