Cerita 1:
Aktiviti masa kini. Bukan sebab tak dak duit nak beli ice conerto tapi saja nak habihkan plastik ais malaysia ni. Baru jumpa setelah lama menghilang. Apa lagi, aktiviti terkini sebelah malam ialah buat ais malaysia. Ada milo, oren, sarsi...Bila siang, bukannya anak-anak saja yang berebut, tapi mak depa pun pulun seiring sejalan ...*ehem..ehem*.
Cerita 2:
Budak bersunat hari tu dah dapat hadiah idaman hati. PSP Sony. Abah depa beli kat SP. Rela tak makan nasi, demi mengadap benda alah tu. Hebat la anak mama... gigih, daya pulun tinggi, konsisten, fokus.. *bab main... A+* tapi bab baca buku atau buat latihtubi..*malas tahap dewa*.. Grrrrrr..*suara singa dengan taring tajam*
Cerita 3:
Disebabkan esok saya kena bertugas kat sekolah utk pendaftaran form 1. So, malam ni siapkan lauk untuk breakfast esok *roti putih cicah gulai ikan..nyum...nyum..*
Senario: Mama duk siang ikan kat dapur nak masak gulai ikan. Jam dinding tunjuk pukul 10 malam (mama rajin kan?). Ammar datang..
Ammar : mummy..mummy.. adik nak ni...(tunjuk tin biskut)
Mama : Aik.. sejak bila pulak aku jadi mummy ni? *muka confuse*
(ni kes anak terpengaruh cerita mat saleh kat TV nie...)
Cerita 4:
Bestkan kalau dapat jiran yang suka masak dan pandai masak sedap-sedap. Saya selalu bernasib baik setakat ni.. Jiran sebelah rumah, Rusma suka bagi kuih ni. Katanya, anak-anak dia tak makan sangat tapi dia suka buat resepi baru. So, nak bagi kak zita rasa..*rasa kembang kuncup hidung*. Terus cakap dengan dia: ..”Eee... best la.. kak zita suka la...lain kali bagi lagi ye”...* tak malu..tutup muka...hehehe..*
Cerita 5:
Mama : Abahhhhh *suara lembut gila*..... abah nak bagi hadiah apa kat mama sempena anniversary kita?..*buat muka manja*.
Abah: nak apa?
Mama : aaaa.....*buat-buat muka comel tp tak comel pun* Emas dah turun harga. Boleh beli....*ehem..ehem*
Abah: Ok...beli la..tp merangkap hadiah anniversary dan hadiah birthday untuk 10 tahun seterusnya..*toing-toing* terus pitam..
No comments:
Post a Comment