Thursday, December 29, 2011

2 Days To Go


2011  to 2012. Cepatnya masa berlalu. 2 hari lagi...
Maka bermulanya era kembali ke sekolah sebagai guru
Bukan setakat anak murid je yang excited
Aku pun sedikit teruja
Jemu juga bila bercuti terlalu lama
Walaupun, kadang-kadang rasa seronok juga jadi surirumah
Tapi surirumah yang banyak Ringgit Malaysia la..

Rindu la....
Rindu untuk mengalami joy of stres
Rindu untuk mengintai orang (hehehe..)
Rindu untuk berleteq kat budak 1H dan 2H
Rindu nak meroyan kat makmal sains
Rindu segala-gala

Cuma sedikit sedih
Sebab terpaksa meninggalkan semua kenangan di Tok Paq
Dan memulakan kerja di tempat baru
Surat pertukaran selamat diterima
Maka 16 Januari 2012 aku akan ke sekolah baru

Apa boleh buat
Ditukarkan atas keperluan perkhidmatan (kata surat tu la..)
Nak bangkang, tak berani
Nak tolak, rasa-rasanya lama lagi aku nak jadi cikgu cikgi ni..
Jadi, redha je la...
Kan prinsip sekarang ni “Redah ja lah.., apa nak jadi belakang kira”
Gila berani mati punya prinsip, kan??

Sekarang ni aku dah buat “mind set”
Supaya nampak sekolah baru sebagai tempat mencari rezeki
Belajar menyukai nama sekolah dulu..
SMK Putra, Kangar..
Hehehe... (Hey Kangar.. Zeeta is coming...)

Kangar...
Maka, nampak gayanya cepat la habis duit gaji aku
Nampak butik tu la, butik ni la.. ish.. ish...
Kena bebanyak istifar ni
Kalau tak.. sengkek sebelum tiba waktunya

Welcome SMK Putra.....     :))

No comments:

Post a Comment