*pic from Mr Google*
Alhamdulillah, 21 Disember datang lagi. Hari ni 211211. Genap umur saya 37 tahun.. (di ambang 40 dah...). Syukur ke hadrat Allah, saya masih lagi sihat dan gembira dengan kehidupan saya masa kini. Allah swt masih sayangkan saya. Saya berharap agar dipanjang umur dalam iman dan dimurahkan rezeki yang berkat. Amin....
Tahun 2011 banyak memberi pengalaman pahit dan manis kepada saya. Sepanjang saya bekerja, banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang menyamai kisah lama dan ada yang baru. Yang lama mungkin boleh diatasi dengan segera kerana saya ada pengalaman yang hampir sama.
Suka dan duka ini telah mendewasakan saya. Saya perlu terima hakikat hidup perlukan kematangan dan rasional. (walaupun sikap budak-budak tak habis lagi..). Tahun 2011 ini juga banyak memberi kegembiraan dalam keluarga. Melihat tiga permata membesar di depan mata, amat menyeronokkan (walaupun penat kerana kerap bertukar menjadi Incredible Hulk atau Zeeta The lion). Terima kasih Incik suami kerana sabar dan gigih melayan kerenah Che Pinkish ni..hehehe..(perasan comel jap..).
Terima kasih juga untuk adik-beradiks ku *Z, Mon, Pong, Ehh*..kerna selalu ada di waktu saya memerlukan mereka (aku tau hampa baca..hehehe).Juga buat rakan-rakan baik yang sentiasa ada di sisi saya. Biar masa suka hatta masa sedih sekalipun mereka tetap teguh di sisi saya. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...
*Perasan macam ucapan Roosmah Monsoor la pulak.. (^_^)
*Perasan macam ucapan Roosmah Monsoor la pulak.. (^_^)
Happy b'day kakak....hehe kek kek mana kek nih...hehe
ReplyDeletepulang dgn kain bandung free..ok!
ReplyDelete