Saya tidak faham tentang manusia
Walaupun belajar tentang manusia dan tingkah laku
Banyak teori dibaca dan dipelajari
Bila masuk alam pekerjaan
Pelbagai jenis manusia yang saya jumpai
Ada yang mengikut arus malah ada yang menentang
Kadang-kadang saya jadi keliru
Eh... mampukah saya berhadapan dengan variasi manusia
Nampak baik di depan, tapi musang di belakang kita
Muka ayu, sopan santun tapi mulut berbisa
Status bagus, kredibiliti hebat tapi tikam rakan dari belakang
Nampak alim, hadis cair di mulut tapi angkuh
Kini saya lebih faham
Biar dapat rakan bermulut bising tapi hati jernih
Daripada rakan yang nampak tenang tapi kejam di hati
Biar tinggi mana ilmu pendidikan yang dimiliki
Jika tidak diamalkan
Akan memakan diri sendiri
Bagi saya, pembelajaran berlaku setiap masa
Lihat reaksi manusia,belajar toleransi
Tidak semua apa yang kita inginkan
Mengikut kemahuan kita
Belajarlah redha
Bersyukur dengan pemberian Allah
Menyukai bukan bermaksud memiliki
No comments:
Post a Comment