Showing posts with label kataku. Show all posts
Showing posts with label kataku. Show all posts

Monday, September 24, 2012

menanti gerimis



Aku sukakan hujan
Sanggup menunggu di tepi jendela
Mendongak ke langit
Mengharap simpati gerimis
Turunlah, basahkan bumi
Biar hati makhluk yang kering
Basah dengan air tadahan darimu

Aku sukakan gerimis
Biar setitik
Sanggup menadah tangan
Demi membasahi tapak tangan ini
Biar sejuk dan reda
Amarah di hati

Menanti gerimis
Semua kenangan tersingkap kembali
Bahagia bersama
Suka dan sayang


Tuesday, August 28, 2012

soalan tanpa jawapan


Semalam bertanya satu soalan kepada incik kesayangan
Bukan soalan biasa, tetapi berbeza dari selalu
Terkesima dengan jawapan beliau
Agak2 apa yang terlintas di fikiran beliau?
Semalaman saya berfikir semula
Tentang kewajaran soalan dan jawapan tersebut
Malangnya, puas berfikir, saya masih gagal mencari alasan untuk soalan itu
Atau mungkin saya yang tak berani mengemukakan alasan
Mungkin...

Friday, July 27, 2012

Pelangi di hati saya


Dia kawan saya
Dan saya suka berkawan dengannya
Walaupun, kadang-kadang menghiris rasa
Tetap nak kawan juga
Tetap menjadi pelangi di hati saya
Cantik, penuh warna warni dan mempersonakan
Cuma hadirnya seketika...

Saturday, June 30, 2012

Tanda Ingatan


Ingat saya?
Selalu la..!
Amboi! Pandai awak ya?
Cuba ambil kesempatan
Tinggal sekejap pun, dah kata ditinggalkan
Manja la sangat...
Esok-esok nak tanya lagi?
 
Tanya tanda ingatan, kan?

Sunday, June 24, 2012

Tumpang lalu


Tumpang tanya
Ada lagi ruang kat situ?
Nak tumpang tenggek sehari dua
Dulu tak sempat
Sekadar lalu dan pandang dari jauh saja
La ni nak singgah sekejap
Hilangkan lelah semalam
Nak cerita semua kenangan lalu
Nak cipta mimpi yang indah-indah sahaja
Nak dengar yang hebat-hebat belaka
Boleh?

Tuesday, June 12, 2012

Pembalasan untuk awak


Nak mengungkit ni
Sebab ditinggalkan
Ala..bukan lama pun
Tapi hati jadi tak keruan
Rindu tapi tetap nak nafi
So, sebagai balasan
Kita buat “reverse psychology”
Cakap begini kepada saya
“saya rindu awak”
Sedozen kali, boleh?

Ala, tak kan tu pun nak berkira
Yang saya duk resah gelisah ingatkan awak
Siang malam doakan kesejahteraan awak
Biar awak bahagia,
Biar awak selesa,
Biarpun saya tak mengerti hati awak
Tapi tetap mendoakan yang terbaik
Demi awak
Untuk awak
Sebabnya?
Huh..nak bagitau juga ke?

*lu fikir la sendiri***

Sunday, May 6, 2012

Satu ilusi


Semakin kerap kamu singgah
Semakin kuat rinduku berlagu
Semakin jauh kamu meninggalkan aku
Bayang dirimu semakin dekat
Puas aku mengumpulkan kekuatan diri
Mohon agar hati ku tabah
Bila  jauh darimu
Bukan senang memujuk hati
Untuk menyatakan kamu sekadar satu ilusi
Yang bila-bila masa
Pasti akan melangkah pergi
Ke lain destinasi
Dan pastinya
Tak akan ku temui lagi...

Wednesday, April 11, 2012

Pilihan


Di luar kesedaran
Saya jatuh kasih
Baru pandang pertama
Sudah mimpi yang indah-indah
Belum kenal hati budi lagi
Kulit luar cantik memikat
Isi dalam belum tentu manis

Alahai...
Mudahnya saya jatuh hati
Tengok sekali, tertoleh berkali-kali
Nak? Tak nak? Nak? Tak nak?
Nakkkkk....
Tapi *alasan*... nantilah dulu
Biar istikharah dulu..
Kot-kot dapat panduan
Ish... masalah betul la...
*dasar manusia...hehehe*