Sunday, September 25, 2011

Aktiviti hujung minggu ini

merancang aktiviti hujung minggu ni pun ada cerita
jumaat, sabtu dan ahad ada kem kat gua kelam, kaki bukit
kena hantar 8 orang budak PRS sekolah
jadi pada petang jumaat kami bertiga pun pergi 
menjenguk kawan-kawan fasilitator kat sana

  
gini la rupa tapak perkhemahan kat situ
perjalanan nak pi pun agak mencabar
hutan kiri dan kanan
yang lawaknya, sedang Tn Hj Nasir dan Cg Rozi buat Ice breaking
seluruh kawasan tapak kem dan pekan koboi kaki bukit black out
apa lagi, semua urusetia kelam kabut pasang lampu kereta masing-masing
untuk mencerahkan kawasan tapak kem 
sementara menunggu generator disiapkan
tp best sbb Tn Hj Nasir sporting gila
tetap teruskan aktiviti even gelap gelita..


antara fasilitator yang terlibat
kak limah, zaini, ustaz nasaruddin,dan banyak lagi
masakan pun ok jugak bila pernah aku tak ok haa? (^_^)  
siap malam tu buat bbq lagi..makan lagi..
kira ok la..
so, lepas ni nak ajak big bos buat program hard core pulak kat sini
nak?
boleh merasa tidur khemah tp nak bawak toto, bantal, selimut, ubat nyamuk, makanan... :))

Saturday, September 24, 2011

Baby Fahim

hari khamis lepas aku pi tengok Najwa dan baby baru,
comel sangat,
Muhammad Aidil Fahim bin Ramzi,
lahir pada 15 September 2011,
setelah Najwa berehat lama di Hospital Kangar,
disebabkan plasenta previa.
comelkan?
aku suka betul tengok kaki baby,
so, bila tunjukkan gambar ni pada Imam Muda
apa lagi terus dihulurkan kakinya untuk buat perbandingan.
 ha kau..
ini kaki baby tua...
ni la Najwa dan 3 puterinya
kiranya adik Fahim ni pewaris Cg Ramzi la...

Semoga Fahim akan menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati kedua ibu bapanya.. Amin.. 

Friday, September 23, 2011

Jamuan Raya SMKDJH

hari ni ada jamuan raya kat sekolah
semua pelajar boleh pakai baju raya
hebat la...
semua budak cun gila..
sampai tak terfikir dek akal
bimbang silap percaturan
budak sekolah berlagak matang dari usia
pemilihan pakaian amat mengejut
macam model majalah pun ada
sama naik atau lebih hebat..
kalah ratu fesyen kat sekolah aku..
nampaknya azriena kena make more surpise next year la..
cikgu lelaki melaram habih
depa pun lari dari kebiasaan
macam nak pi jumpa tok kadi ja
hensem betul la
makanan best sangat-sangat..
sampai tak termakan
takut balik rumah penimbang tak kenal
hehehe..

 tu dia..makan selagi kau mampu...
tengok... memang mampu dihabiskan pun..
 rakan guru tok paq
semua cantik dan hensem belaka
bergaya dengan baju raya
5 star 
tuan tanah
dan lain-lain...

Wednesday, September 21, 2011

Agenda MGK

hari ada mesyuarat MGK di SMK Padang Besar.
agenda berkisar ttg ciri kaunselor idaman pengetua, perjawatan DG vs S, perutusan jabatan, masters UPM & UNIMAP, permasalahan remaja masa kini, program kerjaya & motivasi pelajar & program lepas PMR.
 
  
then, jamuan hari raya merangkap jamuan akhir tahun yang diadakan di Restoren Teratai Putih, Padang Besar.
 
 makan sambil bersembang dan bertanya khabar rakan sejawat, menambah kalori dan berat tanpa was-was...

Tuesday, September 20, 2011

ya atau tidak

sukarnya untuk membuat keputusan
bimbang tersilap langkah
 membina hubungan sungguh sukar
memutus begitu mudah
  menjaga hati juga rumit
tarik kanan salah, tarik kiri lebih parah
berkata ya atau tidak
aku serba salah...

Monday, September 19, 2011

Mengapa kau datang dalam hidupku

Mengapa kau datang dalam hidupku
aku cari jawapan
aku temu soalan
ringkas tetapi rumit
senang tetapi sulit

Mengapa kau datang dalam hidupku
sedikit jadi mengubah
senyum dalam bersahaja
ringkas tetapi rumit
senang tetapi sulit
 
Jauh tetapi dekat
dekat tak terjangkau
kau datang bersebab
kita faham erti sahabat

sumber: hafizhamidun.blogspot

Sunday, September 18, 2011

Roh rajin datang dah...

dan sebagai upah
MC memasak..yeh..yeh..

*moga-moga roh rajin ni datang kerap-kerap ye... amin!!!

Saturday, September 17, 2011

Mainan pertama saya

nama saya Ammar Khalis :))
umur saya 2 tahun 6 bulan
kelmarin mama bawak saya pergi ke Kangar
dia nak beli kek untuk bagi kat kawan dia
tiba-tiba saya nampak mainan idaman saya
saya tunjukkan pada abah saya
tapi abah kata tunggu mama
bila mama datang dia kata ok
saya nampak dia keluarkan kertas merah dr purse Carlo Rino 
uncle tu bagi balik 4 keping kertas biru

ini lah mainan pertama yg saya pilih sendiri

 mama kata lepas main, saya kena simpan balik
dalam bakul merah ni..
tengok saya main.. best oooo...

sebenarnya saya ada mainan best
saya panggil gajah
tapi ia hidup
hehehe.. ini gajah saya


mintak ampun abang azim ye....


masa saya kecik dulu
abah belikan saya kereta comel
tapi kakak selalu berebut dengan saya
saya dengar mama bagtau abah
nak belikan basikal untuk saya
nampaknya, saya kena bodek mama ni..
kereta comel saya

hari tu masa cuti UPSR
kami main dan sepahkan satu rumah
kami tumpahkan air dan makanan
mama mengamuk dan tanya "ha..sapa punya kerja ni?"
saya kan spy mama
saya pun bagitau mama
mama tak marahkan saya sbb saya kecik lagi

kesian mama,
dia kena kemas balik
hari-hari saya nampak batang kayu tu dalam baldi
sehari 4 kali mama guna
kesian mama...

 hari ni mama kata dia tak mau pi kenduri (rumah anak murid dia)
nak meroyan kat rumah je kot
saya tengok mama asyik kat dapur je
jom tengok!!
mama kata dia masak binatang ganas
habis satu dapur dia menembak
patutla dia suruh saya keluar dari dapur


 betulkan kata saya
penat mama mengemas
kesian dia.. 

ok lah, saya dah penat membebel
saya nak ajak mama keluar beli ais krim pulak..

yang pandai bercakap benar,
Imam muda Ammar

(^_^)

Friday, September 16, 2011

Cuti Hari Malaysia

Hari ni 16 September 2011. Hari Jumaat pulak tu. Lega. Cuti jadi 3 hari. Seronok meroyan kat rumah ni. Banyak benda boleh settle ni. Terutama bab-bab mengemas rumah dan menghalau cik labah. Ada orang tu pi bercuti (dan menghabihkan masa dengan gumbira..yeh yeh.).

So, pagi-pagi buta, setelah selesai menyediakan breakfast, mood mengemas rumah tak mai. Puas diseru. Apa lagi, buka CC je la..
Ni la kedai CC saya... Incik suami, sila jangan jeling.. bini awak nak mencari ilham nie ye...(alasan)


Sebelah petangnya, kami sekeluarga dijemput ke rumah kawan lama. Rumah kak Rohana dan abg Zali. Kami kenal mereka sejak kat Langkawi lagi. Kiranya, kak ana ni antara individu yang bagus dalam persahabatan.. sangat jujur dan memahami perangai saya yang suka menyakat dia.....   :))

 Ni dia tuan rumah yang sangat pandai memasak. Kami dihidangkan mee kari, ais krim, buah-buahan dan coklat. Sedap (makan dan bertambah-bertambah tanpa rasa malu.. sukeee...).

Selepas makan kenyang-kenyang, Incik suami ajak pi servis kereta comel saya.. 
Dah kenyang. Jom balik.

Sekian cerita cuti

Tanah sekangkang kera

Malaysia merupakan sebuah negara pertanian sejak dulu lagi. Negara kita merupakan pengeluar utama pelbagai jenis hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, beras dan sebagainya. Sektor pertanian di Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai penyumbang kepada pendapatan dan kemajuan ekonomi negara. boleh mukadimmah cam tu?? apa kata cikgu BM? 

Actually, saya nak gebang pasai kerajinan Incik suami saya bercucuk tanam di tanah sejemput kat rumah kami. Kami duduk kat rumah taman. So, kawasan sangat terhad (bukan macam kawan saya tu, kiranya suku kampung dia punya..  :)) 

Saya? hahaha.. tangan jenis panas!!! Dulu masa kat UPM, kena bercucuk tanam untuk subjek pertanian.. Saya tanam sawi, bawang besar dan apatah lagi satu (tak ingat). Hasil tanaman agak kurus.. tu la malas nak tanam. Jadi semua urusan tanaman telah diserahkan kepada Incik Suami (termasuk menjirus & membaja). Saya? hanya sebut ja apa lagi yang perlu ditanam... (^_^) 

Tak percaya?? ha.. tengokkkkk...
kuchai,ulam raja,bendi,tomato,cabai besaq,kari,pegaga, pandan
mengkudu,ciku comel,limau kasturi,cekuq,bunga cempaka
bunga raya putih,mempelam cina,jambu air,rambutan,pisang,serai,betik
bunga kertas,kemuning,lengkuas, cekuq hitam

Tapi jangan terkejut pulak, semua tanaman untuk syok sendiri ja. Tu pun ada yang masih baby lagi.. kari tu pun baru masuk pasu, yang bapak kari kat tepi rumah (rumah jiranku ttp mcm aku punya ja!!). Maklum la, masuk rumah baru setahun, so, tak la boleh expect nak cepat kan? Kalau nak instant, beli ja kat nat.. habih cerita... (^_^)

TQ Incik Suami....

**sumber perenggan 1---http://cikgutancl.blogspot.com/2008

Thursday, September 15, 2011

Kisah dongeng

terdengar lagu ni dalam drama kat TV3..
best lirik dia...



KISAH DONGENG (STACY)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Wednesday, September 14, 2011

Kisah syawal

Hari ni saya puasa ye
baru hari ke 3
3 days to go
letih sedikit, mengantuk yang lebih
tapi seronok juga
sebab ramai yang senasib kat sekolah
(ramai yang posa tau...(ganti kot!)

Kesian tauke kantin
tertunggu aku memboros di situ

Ajaib jugak kali ni
saya sangat rajin memasak
sahur pun bangun memasak
macam puasa Ramadhan pula
ala.. demi Incik Suami (cari pahala..   :))

Semalam terajin sikit
dari satu menu jadi tiga
sedap ke? entah...
tapi ada orang tu tambah 2x

tomyam ayam, udang masak tiram dan sambal tumis bilis petai

Tuesday, September 13, 2011

Aku suka kamu


tiba-tiba kamu hadir
tiba-tiba aku suka kamu
tiba-tiba kamu mengembirakan
tiba-tiba kamu mengasyikkan
tiba-tiba kamu mendebarkan
tiba-tiba kamu mengujakan

-
-
-
-

??
-
-
-
-
-
-
-

??



-
-
 sedap, lazat, lemak berkrim, yummy......

Monday, September 12, 2011

Apakah perasaan anda bila...

1. Ada seorang kawan perempuan menyindir tentang warna kegemaran anda
 "Eh.. dah tua-tua baru minat pink? tak malu ka? tu kan warna budak-budak remaja.. awak kan dah tua..perasan muda la tu........"
Perasaan anda?

2. Ada seorang lelaki  menyebut mengenai fizikal anda.
"Awak ni bukan taste saya.. sebab awak hitam dan pendek. Saya suka orang yang putih dan tinggi lampai.. tapi awak jangan lah marah ya!"
Perasaan anda?

3. Ada seorang lelaki menyatakan tentang perasaannya kepada anda.
"Saya suka awak tetapi tak tau lah kenapa saya suka awak"
Perasaan anda?

4. Ada seorang kawan perempuan menyebut:
"Eh.. baju hampa macam baju kami pi ngaji Quran dulu-dulu la"
Perasaan anda?

5. Ada ibu atau bapa kepada kawan anak anda menyebut
"Anak saya ni pandai.. dapat 100 markah dalam kebanyakan subjek, kiranya antara yang terpandaila kat sekolah depa. Anak hampa dapat nombor berapa dalam exam?"
Perasaan anda?

6. Ada seorang kawan menyatakan
"Eh.. naik kereta anak kancil ja? kaki kami panjang,tak selesa la .."
Perasaan anda?

* nak jawab? ha..sila jawab............(peduli apa aku...ada aku kisah!!!)

Sunday, September 11, 2011

Sunday tu cuti ka?

hari ni hujan 
dari pagi sampai ke petang
aku asyik makan ja
tengok balang kuih raya yang sedap
asyik fikiq nak masak, nak makan
mulut tak henti-henti mengunyah
pagi masak, tengahari masak, petang pun masak
lepas tu aku yang makan
malas nak keluar
nak pi ni-mart (kata Imam Muda Ammar) pun tak dak mood
kalau tak, pantang sebut
shopping barang dapur pun kira best
tapi
hari ni malasssss...(ajaib sungguh..)
buka peti ais dah 40 kali
tengok apa lagi yang boleh dimakan
kalau aku habiskan semua kuih raya ni
mau nya aku kena diabetes
hari ni dah makan
cucuq jagung, mee goreng, nasi (2 kali), ayam, ikan goreng, 5-6 jenis kuih raya, buah epal, kek, segala jenis kerepek dan kacang yg ada di rumah, bubur kacang + jagung,...(perut apa ni ha?)
 kalau setiap hari adalah sunday
mau nya aku obesiti
lepas makan, rasa menyesal
bila timbang, rasa nak menangis
tak kurus pun
asyik naik bergram-gram ja (berat ideal??? ceh..)
tapi makan juga (sayang makanan, takut berdosa)
alamak.. aku dah rindu tok paq la (dan awak jugak)
nak pi kerja la esok
dan
nak puasa syawal (ganti)
sebagai balasan atas kegilaan makanan hari ni 

:)) orang yang suka makan-- (^_^)

Hujan lebat di Perlis hari ni

Hujan lebat
tak boleh keluar rumah langsung
nak buat apa ha??
buat cucuq jagung
main mercun dalam rumah
main PS3
baca surat khabar
main hujan
air melimpah di belakang rumah
depan rumah

Saturday, September 10, 2011

Jamuan Raya Koperasi Sekolah

Kad jemputan
tempat mengemukkan badan
Gaya terkini
Penjaga hadiah yg sangat serius
Dimulai oleh akauntan koperasi
Tema: makan sehingga kenyang
Untuk kanak-kanak & mak kanak-kanak juga
Pertandingan masukkan air ke dalam botol
Juri sedang membuat penilaian dengan adil
bapak mengajar anak (cubaan menipu ni..)
Tiup sampai pecah... (kembung betul pipi kau ye kakak..)
Tuan tanah dan blogger tok paq
Tayang anak masing-masing
Kena mengasuh sorang satu le..

Pesanan untuk cg mie: sila jemput lagi ye tahun depan!!!