Thursday, September 1, 2011

1 Syawal

Sebahagian gambar di pagi raya sebelum bertolak balik ke kampung saya. Saya berjaya memaksa Incik suami untuk bergambar di tengah jalan raya (dah lama saya teringin untuk bergambar di kawasan ini, so hari tu berjaya jua..).

Bergambar dgn kalut sebab banyak motor dan kereta lalu-lalang, mesti depa ingat kami ni orang jakun dari mana.. boleh berhenti kereta untuk bergambar... dah tu bukan pakai kamera muncung panjang pun.. hehehe.. cap ayam tu la..

Menu yang disediakan kat rumah bonda ialah nasi, sup tulang, sambal udang, sambal sotong dan rendang ayam... yum yum.. semua disediakan oleh chef Z (my adik la..). Pkl 4 ja dah habih licin.. sampai ada group anak-anak sedara ayah saya yg tak sempat makan.. hehehe.. depa hanya dapat makan ketupat dan kuih raya ja la.. Saya pun menambah kolestrol dengan mengadap hidangan berulang kali.. hehehe.. malas nak pi rumah org, so perabih kat rumah sendiri la...

Dalam pukul 6 ptg, barula kami adik beradik berjaya meloloskan diri dari rumah.. agendanya ke rumah tok sedara dan rumah bapak sedara.. makan lagi!!! Hidup makcik gemuss..

Ikhlas drpd;
--Yang letih sebab makan--

No comments:

Post a Comment