Monday, September 5, 2011

Rakan karib

Engkau ada rakan karib? or bestfriend? Saya mengaku saya ada... Kami bereempat, berkawan sejak tingkatan 1 hingga sekarang (dah jadi mak budak pun). 

Kami mula berkawan sejak di asrama puteri SM Derma.. kiranya sampai ada gelaran untuk penganti nama masing-masing la.. Rosshamila Saad (kak ngah), Hasneza Che Mat Hassan (kak teh), Azliza Ahmad (kak chik) dan saya (kak su). Yang bestnya, kebanyakan semua aktiviti kat sekolah dan asrama kami join.. apa-apa sahaja, semua no hal. Kiranya kami ni jadi orang kepercayaan warden la..hehehe

Sukan pulak hanya saya dan kak teh sahaja yang agak kayu, kami berdua hanya memilih untuk aktif dalam permainan bola tampar sahaja. Kak Ngah pula bermain bola jaring dan bola tampar, mana kala Kak Chik lagi hebat... olahraga dan bola tampar. 

Disebabkan kami terlalu gila berlatih bola tampar masa tu (siang malam), cikgu Mahamood siap perli kami lagi.. dia suruh kami gantung kasut sukan kat leher dan cuba pi cari kerja kelak. Tapi kami sahut cabaran dia, dan hasilnya kami semua score subjek prinsip akaun yang dia ajar tu...

Dan kami semua adalah pengawas asrama.. saya? diberi jawatan pengawas makanan sbb suka makan..hehehe.. Saya siap buka kedai jual mee maggie & jajan masa tu... gila bisnes

Even masa kat universiti, kami masih lagi berjumpa di universiti masing-masing. Kak Ngah (Diploma & Bacelor Perniagaantani ,UPM), Kak Teh (Matrikulasi & Ijazah Perakaunan, UKM) mana kala Kak Chik (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, USM & Ijazah Sains Kesihatan Bersekutu, UKM) dan saya (Diploma Pembangunan Manusia & Bac. Pend. B&K, UPM).

Terbaru masa kenduri kahwin kat rumah kak chik, raya ke 5
(tp Kak Ngah tak balik pun..)
Ni gambar kenduri kat rumah saya tahun 2008
(masa ni kak chik pula tak datang)
Kiranya persahabatan kami ni sangat kukuh, sampaikan Incik Suami masing-masing pun ok antara satu sama lain. Dari zaman remaja 13 tahun hingga kini 30++ ni, kami masih dan selalu menghubungi antara satu sama lain untuk tahu perkembangan masing-masing. Yang bestnya, nama anak pun hampir-hampir sama... Kak Ngah ada sepasang anak, Kak Chik dan saya ada  2 putera 1 puteri dan Kak Teh ada 3 puteri dan 1 putera.  
 
Yang paling rapat dengan saya ialah Kak Teh. Kami berkawan sejak tadika, masuk SK Simpang Empat dari darjah 1 hingga 6 dan memilih ke SM Derma dan duduk di asrama dari ting. 1 hingga 5. Kalau dihitung, sudah 31 tahun kami berkawan.. lama gila...I love U kak teh..

Semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.. Amin..

No comments:

Post a Comment