Friday, September 16, 2011

Tanah sekangkang kera

Malaysia merupakan sebuah negara pertanian sejak dulu lagi. Negara kita merupakan pengeluar utama pelbagai jenis hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, beras dan sebagainya. Sektor pertanian di Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai penyumbang kepada pendapatan dan kemajuan ekonomi negara. boleh mukadimmah cam tu?? apa kata cikgu BM? 

Actually, saya nak gebang pasai kerajinan Incik suami saya bercucuk tanam di tanah sejemput kat rumah kami. Kami duduk kat rumah taman. So, kawasan sangat terhad (bukan macam kawan saya tu, kiranya suku kampung dia punya..  :)) 

Saya? hahaha.. tangan jenis panas!!! Dulu masa kat UPM, kena bercucuk tanam untuk subjek pertanian.. Saya tanam sawi, bawang besar dan apatah lagi satu (tak ingat). Hasil tanaman agak kurus.. tu la malas nak tanam. Jadi semua urusan tanaman telah diserahkan kepada Incik Suami (termasuk menjirus & membaja). Saya? hanya sebut ja apa lagi yang perlu ditanam... (^_^) 

Tak percaya?? ha.. tengokkkkk...
kuchai,ulam raja,bendi,tomato,cabai besaq,kari,pegaga, pandan
mengkudu,ciku comel,limau kasturi,cekuq,bunga cempaka
bunga raya putih,mempelam cina,jambu air,rambutan,pisang,serai,betik
bunga kertas,kemuning,lengkuas, cekuq hitam

Tapi jangan terkejut pulak, semua tanaman untuk syok sendiri ja. Tu pun ada yang masih baby lagi.. kari tu pun baru masuk pasu, yang bapak kari kat tepi rumah (rumah jiranku ttp mcm aku punya ja!!). Maklum la, masuk rumah baru setahun, so, tak la boleh expect nak cepat kan? Kalau nak instant, beli ja kat nat.. habih cerita... (^_^)

TQ Incik Suami....

**sumber perenggan 1---http://cikgutancl.blogspot.com/2008

No comments:

Post a Comment