Thursday, September 1, 2011

Pra Aidil Fitri 2011

Aktiviti membakar wang dijalankan dengan begitu sempurna.. 
(tak payah diajar, Imam Muda begitu cekap melaksanakan aktiviti berdasarkan pemerhatian mata kasar.. sungguh cemerlang dalam bab-bab meniru tok guru yg ada di rumah)
Si Alya menyanyi lagu raya versi picthing lari lintang pukang
(hentam ja kakak.. janji kau gembira)

Sehari sebelum raya (hari isnin), semua anak-anak tok aji Non berkumpul untuk berbuka puasa, except kak chik dan suaminya sbb lambat sampai dari Kulim. Sebenarnya, tujuan saya balik ada makna (ada udang di sebalik mee) tetapi bukan untuk makan mee..
Tujuan utamanya ialah
.... untuk mengambil ketupat (pulut hitam & ketupat jagung) dan diangkut ke rumah sendiri... hehehe..
... juga mengambil si pulut dakap yang sedap ini...
(actually, rumah kami ja yang buat ini, kiranya menu wajib famili)
yang disediakan oleh ayahanda & bonda  (saya?macam biasa...tengok ja)
Pemantauan dijalankan oleh tok saya (mak kepada ayahanda saya) yang masih gagah walaupun berusia 70++



No comments:

Post a Comment