Hari Khamis lepas, 17 November 2011, Azim selamat berkhatan kat Klinik Hj Adnan.
Incik suami ambil cuti untuk bawa dia ke klinik.
Katanya : Abang tak nangis pun.. (Hebat anak mama ni.. tabah macam mama jugak ya.. hehe..
Lega mama dengar.. good boy, abang..
Incik suami ajak buat sedikit majlis kenduri untuk Azim.. tanpa rancang..
Incik suami kata: mama urus la kenduri anak, abah sponsor..
Hehehe.. nak gelak pun ada, nak nangis pun ada
Mana nak cari katerer bila last minute ni...
Cuak betul..
Siap tanya pendapat kawan baik kat sekolah
Hasilnya, kenduri pada Sabtu 19 November 2011
Event kat Rumah sendiri di Jejawi
Katering daripada Awin, bajet 150 org x RM6.50
Lain-lain menu di sponsor oleh bonda dan Z
Senarai tetamu ialah jiran tetangga, sedara mara & kawan terdekat
Ada yang datang, dan ada yang tak datang (banyak sangat kenduri kot on that date)
tak pa lah..
Jom layan semua gambar yg ada...
Azim dengan peneman, Alya & Arisya
kak teh & Famili
orang kuat kenduri
antara yg terawal
ayam masak merah
Daging masak hitam
Dalca
Acar
Roti jala
Dessert
Bubur kacang
Penatnya..hanya Allah yang tahu
tetamu terakhir balik jam 10 malam
baru dapat mengemas, membasuh, cuci lantai, buang sampah dll
Kiranya bila dapat baring, rasa nikmat yg amat sangat la..
Esoknya kena bangun awal utk packing baju Incik Suami ke IPSAH..
Kena tinggal la kami anak beranak sepanjang cuti ni
-Sekian-
Kiranya bila dapat baring, rasa nikmat yg amat sangat la..
Esoknya kena bangun awal utk packing baju Incik Suami ke IPSAH..
Kena tinggal la kami anak beranak sepanjang cuti ni
-Sekian-
No comments:
Post a Comment