Hari yang meletihkan. Hari ni Majlis Guru Kaunseling Perlis telah menganjurkan satu program untuk pelajar lepas PMR 2011 yang dinamakan Talent Explorace Menjana Informasi. Matlamatnya ialah untuk melahirkan pelajar yang mantap di sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Konsep explorace ini mudah. Setiap kumpulan yang terdiri dari 12-14 orang akan diberi satu agensi untuk dijelajahi dan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan agensi tersebut. Sebanyak 21 agensi kerajaan dan hotel setuju untuk menerima lawatan kami. Antara agensi yang dilawati ialah JKR, Jabatan Kesihatan, Pejabat Tanah, Bangunan SUK, JPA3, Hotel Seri Malaysia, Hotel Putra Palace, Pejabat MARA, Kastam, Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Bomba, PDRM dan banyak lagi.
Program bermula seawal 8.00 pagi. Seramai 12 orang pelajar dari setiap sekolah menengah di Negeri Perlis dipilih sebagai peserta. Semua fasilitator dan urusetia adalah dalam kalangan guru kaunseling Negeri Perlis. Saya telah dilantik sebagai AJK Dokumentasi. So, saya dan kamera cap ayam saya pun bekerja dengan gigih sekali pada hari ini... :-))
-8.00 pagi: Sesi pendaftaran-
-8.30 pagi: sarapan pagi di gelanggang tenis-
-Guru kaunseling sebagai Urusetia-
-Guru kaunseling yang sangat komited-
-9.00 pagi: Majlis perasmian oleh En Ayub Ahmad-
-Tuan tanah yang ceria-
-antara agensi yang sempat dijelajahi oleh tuan tanah-
-Dewan SM Derma dijadikan tempat untuk sesi pembentangan kumpulan dan majlis penutup-
-Sesi bergambar kenangan-
Pada saya, program ini sangat menarik dan banyak menguji keutuhan kami sebagai rakan sepasukan dalam Majlis Guru Kaunseling. Ada yang sangat komited dan ada pula yang hilang di pertengahan program (walaupun dah ambil baju, topi, pen, buku dan macam-macam lagi) tapi....
Program ini juga seolah-olah Hari Keluarga kami. Saling berhubungan untuk bertanya maklumat terkini, usik mengusik antara satu sama lain... yang mana selama ini ada yang saya tak berani nak bertegur sapa (guru lelaki la...) tapi hari ni banyak peluang untuk saya lebih mengenali personaliti dan karektor mereka dengan lebih baik. Memang best la...Semoga peluang ini akan datang lagi... (^_^)
No comments:
Post a Comment