Thursday, November 3, 2011

Kem Anakku Sayang

Kem Anakku Sayang ini sebenarnya adalah program untuk pelajar hard core atau berisiko tinggi. Tapi budak-budak yang pi tu, bukan semua hard core pun. Sebab yang betul-betul ganas, memang dah tak mai sekolah. Kan dah habis final exam.. apa lagi, semua dah bye bye kat sekolah dah!!

So, pada 28  - 30 Oktober lalu, Unit Kaunseling Tok Paq dan Unit Disiplin telah melaksanakan satu perkhemahan yang telah diadakan di Kem Hutan Hujan, Gua Kelam. Perjalanan untuk sampai ke tapak kem sangat mencabar.. fuhhh.. ala-ala cabaran camel trophy tu.. masuk hutan, jalan sempit, gelap, ada gaung... he..he.. (ada sedikit penambahan cerita.. :))

Namun, semua kawan-kawan yang datang membantu memang best..siap buat jadual giliran untuk bertugas.. dan ada yang datang setiap hari, gigih betul menempuhi perjalanan untuk ke tapak kem.. respect la.. sapa tah?? (^_^) 

Macam-macam aktiviti yang telah dijalankan.. kebanyakan fizikal activities.. jungle tracking (tak dak gambaq sbb tuan tanah tak ikut), berjalan malam (pun tuan tanah tak join..). Aktiviti banyak dikendalikan oleh urusetia kem yang terdiri daripada jurulatih BTN dan PLKN.. hanya sebahagian kecil ja dikendalikan oleh Kem Komandan kami Mr Mark Own dan Penyelaras Program, Mr Rohimi..manakala tazkirah kerohanian oleh ustaz baru.. Mr. Dyamim.. :)) he..he..


tuan tanah pun teringin bergambar..hehe

No comments:

Post a Comment