Dulu, masa kat sekolah menengah terutama masa tingkatan 3, saya selalu gagal menghantar lukisan pada cikgu sebab selalu
Lukisan terakhir yang saya lukis masa tu ialah lukisan pemandangan di tepi tasik, ada sampan, ada pokok-pokok renek dan pokok besar. Tahu markah saya? 64.. Masa tu rasa habih teror la.. (^_^)
Malam tadi, anak saya, Alya menunjukkan bakat melukis yang amat mengejutkan saya.. Nak lihat????
-
-
-
Mangsa hasil seni kreatif Alya..
anda kagum tak? Saya lagi kagummmmm.. ngaummmm.. (nak keluar taring dah ni...)
tengok mata, pipi, mulut.. haiya... mati mak kau nak oiii...(tanduk ultraman mak kau dah nak tumbuh niiii.....)
amboii.. gambar love ye.. pandai kakak kau ye!!
Pastu, saya paksa Alya lap semua hasil seni dia.. memang tak cuci pun sebab mek tu guna pen magic colour..hisss.. anak bertuah yang kreatif tak kena tempat. Bila saya tanya: "Kenapa kakak contiang muka adik guna pen magic?". Jawapan Alya:" la.. awat mama tak habaq awai-awai, kata pen tu tak hilang dakwat bila contiang kat muka..".
Ewah-ewah.. banyak cantik muka hang kakak oiii.. mama pula yang bersalah.. hisss...
Moralnya, anak-anak duk tunjuk bakat seni tapi mak depa tak mau hargai.. kesian depa.. (hargaiiii??? he..he..he..)
No comments:
Post a Comment