Saturday, November 12, 2011

Sabtu penuh kata-kata

Rutin hari cuti ialah memasak. Ala-ala masakan master chef tetapi aku bukan chef la...
Kesian kat periuk belanga..asyik memanggil-manggil suruh gunakan depa. 

Selesai memasak, Incik Suami decide nak lunch kat patio rumah. Gigih betul dia mengemas ruang tersebut (sebelum ni ruang tu jadi tempat letak basikal depa anak-beranak).

Dulu-dulu masa buat lakaran rumah ni, aku yang tergedik-gedik nak adakan ruang patio ni, konon-kononnya nak letak set kayu jati kat sini, so boleh la geng lelaki 
(kawan-kawan Incik suami lepak-lepak kat sini..)

Sampai sekarang, set kayu jati pun tak nampak lagi... asyik duk buat plan lain ja..he..he..he.. Nampaknya tu projek next year la pulak...

Ultraman biru sedang membantu mama menghidang makanan

 memasak sesimple yg mungkin tp jd banyak la pulak..

selesai makan, semua bertiduran & bergelimpangan.. (suka hati sebab kekenyangan)

then, lepas solat Asar, ajak Incik Suami ke Padang Besar
niat di hati nak belikan beg galas baru untuk Incik Suami
supaya dia lebih bersemangat nak masuk kuliah next week
hehehe...


belajar rajin-rajin ye, Incik suami.. Sbb dpt beg sekolah kuliah baru.. :))

Imam Muda pun dpt t-shirt baru, angry bird.. abg azim n Kak Alya pun dapat sorang satu..
 
Aku???
hehehe..
ada..ada.. berjaya merembat 2 helai blouse dan 5 brooch..
 
sekian... (duduk diam-diam sambil kira balance duit gaji.. huhuhu...)
 

No comments:

Post a Comment