Sunday, November 20, 2011

Mari Membaca


 17 November 2011 - saya dapat sebuah buku. Lebih tepat lagi tajuknya ialah  "Ensiklopedia Solat". Berkulit tebal,  mengandungi 53 tajuk dan mempunyai 470 muka surat. Syaratnya- mesti dibaca dan dihabiskan dalam masa cuti sekolah ni.

Pada masa yang sama, saya terbeli sebuah novel. Setebal 1056 muka surat. Cadangnya, saya nak baca dalam masa cuti sekolah ni jugak. Sebab terbeli- kawan sekolah, Hidayat kata best sangat-sangat.. Ok lah.. teringin nak baca.. (pejam mata, then bayar.. terbang RM35..)
Awak suka saya, tak?

Ironinya, saya terpinjam meminjam 5 buah novel lagi daripada Hidayat. Konon, nak baca bagi mengisi masa lapang sempena cuti sekolah yang maha panjang ni..  

mampu ke saya baca semua ni? 
 
Saya suka membaca, sejak dulu lagi. Minat ni diasah oleh ayahanda saya. Seingat saya, my first book yang sangat saya suka ialah buku komik kartunis Lat- Din Teksi. Masa tu saya masih di tadika (masa 6 tahun, saya dah lancar membaca dah..!). Buku tu agak tebal dan dibeli di Pekan Rabu. Tapi sayang buku tu dah hilang.. :-((.  
Kalau jumpa, nak ja bagi kat anak-anak..

Kini, dapat kawan-kawan pun yang gila membaca cuma bukan ulat buku kot.. kalau ulat, tak nak saya kawan dengan depa..hehehe..

Cuma, bila nak start membaca ni? Hari ni? Ya.. baru mula.. rasanya entri ni bukan tajuk "Mari membaca" dah... tapi dah jadi "Aku terpaksa membaca".. hehehe... 

Cepat baca.. nanti kena fire jarak jauh..
terima kasih, kawan (sila baca dgn formal...!!)

No comments:

Post a Comment