Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

makan kenduri



Assalamualaikum
Selamat bercuti.. 3 hari, kan?
Hari ni saya ke kenduri kahwin bff, Hasneza@kak teh
Tapi bukan dia kahwin.. *dia dah anak 4*
Adik ipar dia yang kahwin kat Kg Nelayan, Kuala Perlis
Makanan super sedap.. ada nasi, laksa, rojak buah, cucuq udang...

Dengan kak teh..*tengok anak2 kami, dua-dua merajuk.. ish.. stres betui*
Susah benar nak pujuk bergambar
Ni kira yang paling ok la nie..

Tuesday, June 5, 2012

Kenduri Kesyukuran Mek Zai

Assalamualaikum,
Hari ni dapat jemputan makan kenduri
so, paksa anak-anak, ajak pi kenduri
kalau ikut Azim n Alya, dua-dua tak nak ikut
nak main game kat rumah
ish..tak kuasa saya.. 
jom.. *paksa*

Kenduri Mek Zai sbb dapat balik Kelantan.. seronoknya dia!

 makan, lepak, makan lagi... :))

 Jom berposing... :))

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
tapi perpisahan yg membahagiakan
dapat balik negeri kelahiran Kelantan
dapat duduk rumah banglo baru yg cantik ..hehehe..
dapat sekolah baru (boleh kecek kelate..)
Best of luck ye!!!

Sunday, June 3, 2012

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru untuk my friend 
Puan Noor Hidayat & Mohd  Nafez
Pasangan yang sangat cantik dan secocok
Harap-harap alam perkahwinan ini akan membahagiakan awak..
Insya Allah..amin!!!

cantiknya baju awak...pink n purple...
 hantaran yang also cantik
 nak juga bergambar dengan pengantin..hehehe..
 kawan-kawan sekerja...
 tumpang pelamin juga..(tak malu)

p/s: Tahniah ye Cik Puan Hidayat... 

Sunday, November 27, 2011

Kenduri Kawan Baik

Semalam 26 November 2011-saya pi makan kenduri kat rumah rakan baik saya, Ropizah.. kat Kg Tradisi, Changlun. Kenduri kawin Ropi (nama manja dia). Akhirnya, Ropi berjaya jua berjumpa lelaki yang sesuai dengan dirinya. Kagum betul saya.. dia menunggu dan mencari yang sesuai sehingga berjumpa. Saya kenal Ropi sbb satu course diploma. Memang best friend.. Ropi sentiasa ada di sisi saya.. sama-sama susah dan senang (walaupun dia moody dan garang sikit..tp hati dia sangat baik...saya ok ja dengan dia). Ropi pernah menjaga saya yang kena chicken pox, then, dia pula terjangkit. Saya pula yang jaga dia..lawak la..

Masa degree dulu, saya dan 4 orang kawan lagi menyewa rumah kat Taman Andalas. Ropi menyewa kat Taman Sri Serdang. Kami masih lagi satu course. Sengaja memilih untuk menjadi guru.. (sebenarnya, kami berdua tak dak la talent sebagai guru pun.. sbb tak pernah pakai baju kurung pun masa kuliah.. asyik pakai jeans dan t-shirt ja..).

Ropi selalu memasak untuk saya. Apa yang saya nak, dia boleh masak. Kagum betul saya.. dan saya jadi food taster ... Pernah dia paksa saya masak bihun goreng. grrr.. geram betul la masa tu.. At last, nasib baik bihun tu tetap jadi bihun goreng.. kalau jadi bubur bihun.. sure semua ingat sampai mati.. :))

Dulu, masa saya kahwin pun dia datang juga. Ayat dia yang saya ingat sampai sekarang ialah: " Sapa la yang rabun tu..yg nak kahwin dengan hang. Hang dah la tak pandai masak.. Ish.. susah hati betuila aku.. apa la hang nak bagi laki hang makan...". See.. comelkan kawan baik saya???

Sejak dulu, dia memang nak jadi barbie pengantin purple

tumpang seronok

Anak-anak pun menyelit jugak

Ropi,
Tahniah. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru... :))

Monday, November 21, 2011

Kenduri Berkhatan Azim

Dah besar rupanya anak mama ni..
Hari Khamis lepas, 17 November 2011, Azim selamat berkhatan kat Klinik Hj Adnan.
Incik suami ambil cuti untuk bawa dia ke klinik.
Katanya : Abang tak nangis pun.. (Hebat anak mama ni.. tabah macam mama jugak ya.. hehe.. versi perasan
Lega mama dengar.. good boy, abang..

Incik suami ajak buat sedikit majlis kenduri untuk Azim.. tanpa rancang.. 
Incik suami kata: mama urus la kenduri anak, abah sponsor..
Hehehe.. nak gelak pun ada, nak nangis pun ada
Mana nak cari katerer bila last minute ni...
Cuak betul..
Siap tanya pendapat kawan baik kat sekolah


Hasilnya, kenduri pada Sabtu 19 November 2011
Event kat Rumah sendiri di Jejawi
Katering daripada Awin, bajet 150 org x RM6.50
Lain-lain menu di sponsor oleh bonda dan Z


Senarai tetamu ialah jiran tetangga, sedara mara & kawan terdekat 
Ada yang datang, dan ada yang tak datang (banyak sangat kenduri kot on that date)
tak pa lah..


Jom layan semua gambar yg ada...


Azim dengan peneman, Alya & Arisya
kak teh & Famili
 orang kuat kenduri
antara yg terawal
 ayam masak merah
 Daging masak hitam
 Dalca
 Acar
 Roti jala
 Dessert
 Bubur kacang

Penatnya..hanya Allah yang tahu
tetamu terakhir balik jam 10 malam
baru dapat mengemas, membasuh, cuci lantai, buang sampah dll

Kiranya bila dapat baring, rasa nikmat yg amat sangat la..
Esoknya kena bangun awal utk packing baju Incik Suami ke IPSAH..
Kena tinggal la kami anak beranak sepanjang cuti ni


-Sekian-