Saturday, October 1, 2011

Tapak kem

Hari rabu lepas
saya, kak Rozita, cikgu Rohimi dan cikgu Kapli meninjau beberapa lokasi
yang difikirkan sesuai untuk dijadikan tempat Kem Solat 2011
dan tempat tersebut di luar dari Perlis

Antara tempat yang ditinjau ialah
Pakej yang ditawarkan ialah RM70.00 untuk 3 hari 2 malam
pelajar menginap di dorm dan guru disediakan 2 bilik disebelah dorm tersebut
makan 5 kali sehari.. ok juga kan?
pemandangan sangat cantik
ada tasik dan boleh memancing
ala-ala timah tasoh resort
dan dekat dengan pekan Pendang... motip?? (^_^)

Tempat kedua ialah Puteri Ayu Resort kat Yan, Kedah


Ya Allah, cantiknya view...
saya terus jatuh hati... tenang ja tempat dia
rasa macam nak bermalam kat sini
tapi pakej dia agak mahal bagi bajet kami
RM76 untuk 3 hari 2 malam untuk pelajar
tapi tak termasuk penginapan dan makan untuk guru
maksudnya guru kena sewa sendiri dalam kadar chalet yang paling murah iaitu RM98 tanpa makan

Apa lagi, tuan tanah mengambil kesempatan berposing la di sini
sebab rasa-rasanya mahal sangat untuk bajet yang ada
dan tempat ni lebih sesuai untuk hari keluarga sekolah
ada rezeki nak datang lagi la kat sini

Tempat ketiga yang ditinjau ialah Kem Kenari, Yan
hanya beberapa kilometer ja dari Puteri Ayu tadi

Pakej yang ditawarkan ialah RM70 untuk 3 hari 2 malam
taraf BTN
tapi tempat ni terlalu sesak dan masih dalam proses renovation
dan manager dia agak relak..seolah-olah malas layan tetamu
rasa agak tawar hati la sikit.. ("-_-)

Dan tempat terakhir untuk hari tu ialah Sri Juluk Resort, Naka

Cantik sangat tempat ni
kepunyaan sepasang guru Pendidikan Seni (graduan UiTM)
sangat mesra dan ramah melayan tetamu
memang rajin betul la cikgu ni
dia siap tanam pelbagai jenis pokok buah-buahan kat sekitar resort
ada durian, cempedak, dokong, rambutan, limau madu, manggis..

Pakej sangat berbaloi
RM25-27 untuk 3 hari 2 malam
dan kadar yang sama untuk guru
suasana desa, kiranya macam lepak dalam dusun buah-buahan
masa kami balik, siap dapat buah limau madu sebagai buah tangan..  (^_^) 

Keluar sekolah jam 9 pagi
sampai rumah jam 9 malam
letihhhh......

No comments:

Post a Comment