Thursday, October 6, 2011

Jika dinamakan sahabat


Jika ada yang bertanya
Siapakan orang yang sesuai dinamakan sahabat
Bagi saya, orang itu  ialah
Sesiapa yang rela bersama saya
Untuk melepaskan lelah, berkongsi rasa, 
sanggup menikmati setiap detik pahit dan manis bersama, 
rela memberi bahu untuk saya di kala sedih (pastikan anda sasa ya!!)

Yang  pasti
Boleh menerima kelemahan dan kelebihan saya seadanya
Boleh mendengar keluh kesah saya
Boleh menahan telinga mendengar usikan saya   :))
Rela senyum bersama saya (supaya saya tak dikatakan gila bila asyik senyum)

Saya percaya pada keikhlasan
Dan saya belajar untuk ikhlas
Saya juga percaya pada ketentuan ILLAHI
Apa yang direncanakan oleh NYA, pasti yang terbaik buat saya
Dan saya selalu berharap kebahagiaan selalu berpihak pada saya

Yakinlah, selagi kita bernama sahabat
Selagi itu saya akan setia bersama
Menutupi segala kelemahan, memancarkan segala kelebihan
Bagi melengkapi erti kata sahabat

Walau berjauhan, masih dalam ingatan
Saya selalu ingat senyuman itu
Biar rindu tidak terperi 
Saya percaya pada qada dan qadar
Cuba belajar untuk tidak mencemburui
Tika tiada di sisi
Kerana saya tahu hak dan sempadan

Saya tidak secantik Aisyah dan saya tidak sebaik Khadijah
Tetapi saya kenal diri saya seadanya
Dan saya tahu apa yang saya mahu
Saling melengkapi adalah yang terbaik bagi saya
Dan saya percaya setiap sahabat ingin begitu
Telus, percaya, ikhlas....

Jika ini dinamakan kawan, sahabat dan teman yang baik...

No comments:

Post a Comment