Monday, October 24, 2011

Hasratku tercapai...

Puas hati?
Boleh gelak sambil bergolek-golek?
Gembira?
Tersengih-sengih suka hati?

Ingat post dulu tentang impian nak buat kabinet khusus untuk menyimpan semua koleksi pinggan mangkuk yang diborong semasa tinggal kat Langkawi dulu? Kini dah jadi kenyataan. Hari Jumaat lepas, taukeh kilang perabot telefon dan informkan bahawa pekerja dia akan datang rumah lepas jumaat untuk pasang kabinet tersebut. Maka, dengan penuh teruja aku pun tunggu la depa datang. Bagus betul... depa datang tepat seperti yang dijanjikan. 

Aku? Mula-mula agak cuak juga, kot-kot tak menepati seperti apa yang aku inginkan. Sebabnya masa aku tengok material yang diletakkan kat porch aku (masa aku balik dari sekolah), aku nampak macam berbeza sikit...Tapi aku cuba bersangka baik dengan Incik Chee Kun...

Idea nak menghabis duit ni muncul bila Incik suami asyik duk tegur pasal banyak sangat kotak pinggan mangkuk yang tersusun dalam bilik study dia. Rimas mata katanya. Takut cik anai-anai makan kotak (sebab kat  rumah quartes dulu ada  cik anai-anai..takut berjangkit...)

 2 item yang nak di let go

kawasan sasaran yg telah diclearkan

Proses pemasangan kabinet dijalankan
inilah hasilnya..... :-)

Memilih konsep putih. Kononnya, nak menampakkan ruang rumah menjadi luas dan bersih. Imam muda Ammar excited sungguh.. dah mula conteng ...  :-((



Tapi mama dia bertahan ja.. asalkan nampak seperti apa yg diinginkan. Lakaran awal agak berbeza. Tapi aku ubah sikit supaya menepati hasrat dan matlamat awal. Memang nak bentuk almari supaya semua benda yang tidak berkaitan boleh disembunyikan di dalamnya..hehehe..  :-))

Kabinet ni masih kosong lagi. Tunggu hari cuti baru nak bersihkan sikit sebelum mula menyusun atur semua koleksi pinggan mangkuk yang ada. Nanti gambar terkini selepas siap disusun ya!!!

aku yang excited,
2174


No comments:

Post a Comment