Sunday, October 16, 2011

Mencari bahagia


Aku  akur pada ketentuan IIahi
Yang menetapkan jasad aku di sini
Aku bersyukur pada-Nya
Kerana masih di sini, bahagia dan mencari bahagia

Tak kan mungkin aku menyesal
Atas apa yang terjadi
Mana mungkin aku lari dari realiti
Biarpun mengharap bahagia  sentiasa di sisi
Rela atau tidak
Redha atau tidak
Aku  mesti hadapi jua

Cuma mengharap hati lebih tabah dan kuat
Meminta air mata tidak tertumpah laju
Aku selalu berharap
Yang kusut boleh dileraikan
Yang sakit boleh disembuhkan
Yang desak boleh ditenangkan
Mengharap dan terus mengharap

Tolonglah bahagia
Tetapkan di sisi
Pasakkan di hatiku
Sekukuhnya..

Tolonglah bahagia
Jangan lari dariku
Biarlah apa yang berlaku
Hanya kau di sisiku...

Tolonglah bahagia
Jujur padaku
Agar aku terus percaya
Kau wujud di sisiku


-Zeeta-

No comments:

Post a Comment