Saya mohon ampun ya!
ni bukan versi raya posa atau raya haji
tapi atas sikap ketidak prihatinan saya semalam
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.
semua kata-kata tu saya ambil dari satu blog yg ilmiah
bukan saya mereka cerita tau.. :))
satu peel yang tak best ttg saya ialah susah nak merajuk lama-lama
akhirnya saya sendiri yang rasa bersalah
kadang-kadang saya tahu saya betul
tapi saya tetap akan rasa bersalah
ishhh...
dalam hidup saya pernah ada seorang kakak tu
yang tiba-tiba memusuhi saya
dia cuba menjauhi saya
dan menidak kehadiran saya di mana-mana
sebab saya rasa dia kaya dan cantik
tapi saya tetap redha
kerana masih ramai lagi yg baik dengan saya
dan menerima saya seadanya
dan akhirnya bila dia jatuh sakit dan kritikal
dia cari saya dan mohon maaf atas segala tingkahnya
saya?
terkejut sangat-sangat
sebab Allah dah tarik balik kecantikan tersebut
dan menjadi insan yang sangat-sangat berbeza dari dulu
Maha Suci Allah
sebab apa yang kita miliki
bukan hak mutlak kita
berkongsi rasa tak salah kan? bukan Incik suami la.. :))
saya suka memberi
(warisi tok aji non)
terutama pada insan yang tahu menghargai
rasa teruja dan gembira
bila orang menerima dan memberi senyuman
dan sinaran mata yang cantik
wow... saya suka..
*Awak.. maafkan saya ye..... :))
No comments:
Post a Comment