Monday, October 31, 2011

Kejohanan Bola Tampar Bawah 16 Tahun


Tarikh: 22 – 23 Oktober 2011
Tempat: Dewan Terbuka, SMKDJH, Perlis

Saya jadi coach Volleyball? Ehem...ehem... teror ke? Hahaha.... :))
Gelak la puas-puas...

Sebenarnya, kat sekolah ni, saya dilantik jadi guru penasihat bola tampar
So, dengan kudrat dan pengetahuan sikit-sikit zaman sekolah dan UPM dulu
Saya cuba aplikasikan sedikit ilmu tu untuk diajar kepada anak murid saya
Tu pun jangan percaya 100%................
Banyak yang ditolong oleh kawan baik saya, Mr Dyamim....
Kalau nak harapkan saya sorang.. rasa tak layak le...

So, pada tarikh 22 Okt untuk team lelaki dan 23 Okt untuk team perempuan
Yang lawaknya, sepatutnya team lelaki diuruskan oleh Mr Dyamim tetapi sebab dia ada urusan lain yang lebih penting, so diamanahkan kepada saya untuk dikendalikan...

Mula-mula rasa risau juga.. "mau ka budak-budak ni dengar cakap aku ni?"
Ada juga boys yang tak percaya saya pernah bermain wakil sekolah 
dan kolej kediaman UPM dulu
mentang-mentang la saya rendah... hehehe..

So, saya ambil pendekatan "be friend" & "just play".. tapi nasib baik En Mohiding tolong..
hehehe... ringan beban..
Sebenarnya, dia tolong 70%, saya?..............30% kot... (^_^)

See.... let’s the pictures speak....
 Muka-muka tension ja anak murid aku ni.. ingatkan hero sangat... :))

The players kecuali Najib tak dak sbb tak mai lagi (jenis lambat..)

Konon-konon gaya bebas 


Nasib baik, hari kedua kejohanan, Mr Dyamim ada.. fuhhh...lega...
hadir tepat pada masanya..
so, boleh lah saya jadi pembantu ja (pemerhati kot..)





Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh PK Kokurikulum, En Mohshin Ibrahim
yang kebetulan ada di situ sbb hadir untuk tengok anak dia bermain wakil SMKD
keseluruhan SMKDJH hanya mampu mendapat tempat ketiga... :(( ok la...

Gembira bukan kepalang

Last entri pada 24 Oktober 2011
then sunyi sepi...
kau ingat aku tak dak idea ka???
Bukan..bukan....
sebenarnya, internet kat kawasan Jejawi buat hal...
7 hari tanpa internet bagaikan bunga kembang tak jadi
nak survey benda-benda impian pun tak boleh
nak update blog ni pun tak boleh
nak blogwalking blog orang lain pun tak boleh
cemuihhh sungguh...
Pagi tadi pi mengadu domba kat TM Point Kangar
buat muka sedih, hampa, kecewa...
then, pukul 3.35 ptg, mai 2 orang juruteknik TM kat rumah
rupa-rupanya bukan masalah berpunca dari rumahku
tapi dari kotak fius kat depan taman kami
ada kes vandalisme...
cessss.... :((
 

Monday, October 24, 2011

Hasratku tercapai...

Puas hati?
Boleh gelak sambil bergolek-golek?
Gembira?
Tersengih-sengih suka hati?

Ingat post dulu tentang impian nak buat kabinet khusus untuk menyimpan semua koleksi pinggan mangkuk yang diborong semasa tinggal kat Langkawi dulu? Kini dah jadi kenyataan. Hari Jumaat lepas, taukeh kilang perabot telefon dan informkan bahawa pekerja dia akan datang rumah lepas jumaat untuk pasang kabinet tersebut. Maka, dengan penuh teruja aku pun tunggu la depa datang. Bagus betul... depa datang tepat seperti yang dijanjikan. 

Aku? Mula-mula agak cuak juga, kot-kot tak menepati seperti apa yang aku inginkan. Sebabnya masa aku tengok material yang diletakkan kat porch aku (masa aku balik dari sekolah), aku nampak macam berbeza sikit...Tapi aku cuba bersangka baik dengan Incik Chee Kun...

Idea nak menghabis duit ni muncul bila Incik suami asyik duk tegur pasal banyak sangat kotak pinggan mangkuk yang tersusun dalam bilik study dia. Rimas mata katanya. Takut cik anai-anai makan kotak (sebab kat  rumah quartes dulu ada  cik anai-anai..takut berjangkit...)

 2 item yang nak di let go

kawasan sasaran yg telah diclearkan

Proses pemasangan kabinet dijalankan
inilah hasilnya..... :-)

Memilih konsep putih. Kononnya, nak menampakkan ruang rumah menjadi luas dan bersih. Imam muda Ammar excited sungguh.. dah mula conteng ...  :-((



Tapi mama dia bertahan ja.. asalkan nampak seperti apa yg diinginkan. Lakaran awal agak berbeza. Tapi aku ubah sikit supaya menepati hasrat dan matlamat awal. Memang nak bentuk almari supaya semua benda yang tidak berkaitan boleh disembunyikan di dalamnya..hehehe..  :-))

Kabinet ni masih kosong lagi. Tunggu hari cuti baru nak bersihkan sikit sebelum mula menyusun atur semua koleksi pinggan mangkuk yang ada. Nanti gambar terkini selepas siap disusun ya!!!

aku yang excited,
2174


Friday, October 21, 2011

A True Friend


A true friend
A true friend is the one who picks you up when you fall
A true friend is one that won't lie
A true friend is there when you call
A true friend is there when you want to die
A true friend knows just what to say
A true friend won't care what other people think
A true friend will help you find your way
A true friend will make sure you don't sink
A true friend will help you choose your path
A true friend will know when something is wrong
A true friend has to sometimes face your wrath
A true friend makes you feel like you belong
A true friend....







Ashley Reese

Monday, October 17, 2011

Bicara hati


Ada seorang sahabat menyatakan :-

“Bila kita menyayangi seseorang, biarlah berpada-pada,
Kelak bila takdir memisahkan kita,
Akan wujud kesakitan yang maha besar.
Sukar diubati dan mengundang derita berpanjangan”

Sunday, October 16, 2011

Mencari bahagia


Aku  akur pada ketentuan IIahi
Yang menetapkan jasad aku di sini
Aku bersyukur pada-Nya
Kerana masih di sini, bahagia dan mencari bahagia

Tak kan mungkin aku menyesal
Atas apa yang terjadi
Mana mungkin aku lari dari realiti
Biarpun mengharap bahagia  sentiasa di sisi
Rela atau tidak
Redha atau tidak
Aku  mesti hadapi jua

Cuma mengharap hati lebih tabah dan kuat
Meminta air mata tidak tertumpah laju
Aku selalu berharap
Yang kusut boleh dileraikan
Yang sakit boleh disembuhkan
Yang desak boleh ditenangkan
Mengharap dan terus mengharap

Tolonglah bahagia
Tetapkan di sisi
Pasakkan di hatiku
Sekukuhnya..

Tolonglah bahagia
Jangan lari dariku
Biarlah apa yang berlaku
Hanya kau di sisiku...

Tolonglah bahagia
Jujur padaku
Agar aku terus percaya
Kau wujud di sisiku


-Zeeta-