Saturday, March 31, 2012

Gembira tak terkata

My dear sis dah balik dari Bandung last week
tapi hari ni, dia baru bawa balik hasil rembatan 
untuk ditayang kepada kami sekeluarga
suka hati... rambang mata memilih
rasa nak ambil semua *bajet macam artis nak pi anugerah* 

So, saya pilih yang ni... *ada sedikit hasutan dr adik beradik juga*
walaupun sebenarnya nak banyak lagi *tamak haloba...*
tapi kesian pulak orang lain pun sure teringin juga.. hehehe

 Dan nak yang ni jugak............

 
My sis juga belikan ini untuk Azim dan Ammar

Miss Alya dah pun mencuba telekung barunya...


Saya pun baru mendapat aset terbaru saya untuk dijadikan koleksi. 
Ni bukan dari Bandung tapi dari Kilang Mikasa kat Kulim ja...
pun my sis juga yang tolong belikan
Tq kak Cik & Incik Zam..


Kesimpulannya, hari ini sangat mengujakan
Aktiviti menguji mata dan mencairkan duit.. hehehe..
*ampun Incik suamiku..*

Friday, March 30, 2012

Murahnya harga


Kebelakangan ini
Air mata kerap menemani saya
Murah dan mudah
Acap kali mudah tersentuh rasa
Orang kata mesti optimis bila hadapi kesusahan
Tapi saya tak pemisif pun
Cuma rasa helpless sangat-sangat

Selama ni duk bantu budak-budak sekolah
Tapi bila terjebak dengan tekanan di tempat kerja
Yang bukan berpunca dari kita
Rasa emosi sangat merudum
Rasa nak lari
Dan cepat-cepat keluar dari kelompok tu
Terasa nak mengadu
Tapi tak sampai hati
Bimbang dikatakan penakut nak adaptasi

Mungkin saya terlalu dibayangi kenangan silam
Mengharap semua berlaku baik dalam sekelip mata
Sedangkan Allah mungkin menduga saya
Menguji ketabahan emosi saya

Semoga saya akan lebih kuat selepas ini
Cabaran akan menjadi pengalaman
Mungkin kan?

Thursday, March 29, 2012

Stres


Stres!!
Saya menyambut  hari stres hari ni
Semua serba tak kena
Kerja banyak
Tapi semua tergendala
Duk asyik melayan perasaan stres terlampau
Makan tak lalu
Kalau hari-hari stres maunya saya kurus macam model
Tapi baru 2 hari rasa macam kurus
Turun sekilo, esok naik 2 kilo
Adat la tu...

Nasib baik saya ada tempat bersandar
Dan pendengar yang baik
Terima kasih awak..

Friday, March 23, 2012

Happy Birthday Miss Alya

Alya Nashwa,

Selamat Ulang Tahun ke 8
Semoga membesar dan jadi anak yang taat pada suruhan Allah
Sabar dan tabah mengharungi kehidupan
Berbudi pekerti dan lembut hati
Mama dan Abah sayang Kakak...

Thursday, March 22, 2012

Kursus CISM Perlis

Kursus Critical Incident Stress Management
pada 21 - 22 Mac 2012
di Pusat Kokurikulum JPN Perlis, Kaki Bukit, Perlis
Anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Perlis
dengan kerjasama Bah. Psikologi & Kaunseling,KPM



Wednesday, March 21, 2012

Selamat hari lahir Ammar


Alhamdulillah. Hari ini 21 Mac 2012. Ammar Khalis genap 3 tahun.Terasa cepat masa berlalu. Mama masih ingat lagi di saat-saat nak melahirkan Ammar. Masa tu cuti sekolah dan abah masih kat IPSAH, bergelut dengan final exam. Mama, abang Azim dan kakak Alya duduk kat rumah Maktok disebabkan due bersalin Mama pada 31 Mac 2009.
21 Mac 2009, lebih kurang jam 5.00 pagi, mama dah mula rasa rasa sakit perut, tapi mama andaikan yang tiba masa untuk bersalin. Mama tunggu siang sikit untuk bagitau Maktok dan Wan, takut nanti depa terkejut pulak.
Pagi tu, hujan sangat lebat. Bila Maktok dan Wan selesai solat subuh, Mama pun bagitau depa tentang kontraksi. Tapi tak lah sakit sangat. Maktok call Mak Ngah, bagitau depa. Dalam jam 9.30 pagi, Mak Ngah dan Pak Ngah pun datang, angkat barang, dan hantar Mama ke Pusat Perubatan Mahsuri, Jitra.
Actually, Mama tak plan pun nak bersalin kat mana. So, Mak Ngah ajak pi Jitra, lagi pun dekat sikit dengan rumah depa. Kononnya, senang lah jika tak jadi bersalin, boleh lepak kat rumah depa. Tanpa sarapan, Mama pun terus pergi menyerah diri.
Sampai sana, dalam jam 11.00 pagi, buat registration kat kaunter dan staf kat situ suruh Mama masuk labour room, just nak check bukaan. Katanya, baru 3cm tapi tak boleh balik sebab pengalaman Mama yang dulu.. mudah sangat bersalin kan Abang azim dan Kakak Alya.
So, lepak atas katil sambil sembang-sembang dengan Mak Ngah. Tiba-tiba rasa tak sakit pulak. Mama dah cuak.. ingatkan tak jadi bersalin ni.. tak sakit pulak. Pukul 12.00 tgh, ada doktor datang nak check kondisi Mama sekali lagi. Ingatkan boleh dapat doktor pompuan, tiba-tiba pulak Dr. Zarina pi makan kenduri dan digantikan oleh Dr. Zainal.
Dr. Zainal cadangkan Mama ambil suntikan epidural supaya tak sakit sangat. Mama rasa ok jugak sebab teringin pulak nak rasa bersalin tanpa rasa sakit..(kata orang la) hehehe.. Lepas dapat suntikan tu, Mama masih boleh bersembang dengan Mak Ngah sambil gelak-gelak lagi. Pukul 1.30 petang, ada sorang nurse tu datang check, then dia kata Mama dah boleh bersalin.. tapi Dr Zainal pi solat pula, so kena tunggu sampai dia habis solat, baru Mama boleh bersalin.
Lawak juga sebab tak rasa sakit tapi Dr Zainal suruh push. Dia siap marah-marah Abah sebab Abah tak balik..hehehe.. sebenarnya Mama yang tak bagitau Abah. Abah ada exam. So, 2.05 petang, Ammar pun selamat keluar dengan sihat, comel, cukup sifat dan bersuara kuat..hehehe..*mcm Mama jugak* Selesai semua, baru Mama bagitau abah... tu pun exam dia habis jam 5.00 petang *Abah dapat berita basi la...*

Ammar Khalis,
Mama doakan semoga Ammar akan menjadi anak yang soleh, tetap hati dengan Iman dan Islam, rajin solat, rajin belajar, mudah mendengar kata, berfikir dengan matang... dan semua yang baik-baik je la...

Monday, March 19, 2012

Dugaan Kasih


Kadang-kadang kasih menjadikan kita lupa
Kadang-kadang kasih menjadikan kita teruji
Kadang-kadang kasih menjadikan kita mudah terluka
Kadang-kadang kasih membuatkan kita terkilan
Dan menjadikan sabar kita kian menipis
Pernah juga mengguris hingga menitiskan air mata
Namun kita tetap teguh kerana dia sentiasa bertahta di hati...selalu

Friday, March 16, 2012

Rezeki

Salam Jumaat...
hari ni rezeki datang bergolek... 
Terima kasih Allah..Syukur Alhamdulillah

 Kek butter + almond.. dari dapur jiran sebelah rumah
Tq Rusma.. sedap!!

 Ikan cencaru dari kawan Incik Suami, tq Cikgu Zamin

Thursday, March 15, 2012

Persepsi

Kerap kali saya tegur Azim supaya lepas mandi, terus pakai baju. Sebab dia suka sangat bertowel sahaja, berjalan-jalan satu rumah, kadang-kadang main PS2 dengan hanya bertowel aje. Dua tiga menjak ni, dia suka pulak berkain pelikat sahaja.

Mama: Azim, pi pakai baju. Asyik pakai kain pelikat ja..
Azim: La, baru sudah solat ni..
Mama: Cepatttt... *ala-ala tarzan...*
Azim: Ala.. abah pakai kain pelikat tak pa pun.. mama tak marah pun... *menjawab kau ye..*
Mama: Abah tak pa.. sebab dia tua dah.. Abang muda lagi, kena la smart.. 
*bodek sikit-sikit*
Azim: Yang mama tu asyik pakai kain batik ja.. Mama pun MUDA lagi..baru 30..*confident kau ye..*
Mama: Ya ka? Ok la.. nanti mama pakai short pant.. biaq sama macam abang no..!

Maka, mama yang tetiba MUDA ni pun tak jadi nak marah kau ye, Abang.. 
pandai kau potong angin mama no!!! *sambil sengih tak boleh tutup mulut..gumbira..*

Nanti Mama pakai gini kat rumah ye..ganti Rozita Che Wan
*Kredit pic to Mr Google