Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Konvensyen PERASA Kali ke-9

Saya berkesempatan menghadiri Konvensyen PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) bertempat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra pada 16-19 Julai 2012. Semasa bertugas di Kedah beberapa tahun dulu, saya pernah juga menghadiri pelbagai aktiviti PERASA yang dianjurkan oleh fasilitator PERASA JPN Kedah.

Persepsi pertama bila menghadiri kursus PERASA ialah perlu menjadi sangat fleksibel dalam semua situasi tapi rupanya Konvensyen ini hanya banyak pembentangan kertas kerja dan bukan kursus. So, aktiviti PERASA tak la banyak tapi cukup best dan boleh dapat idea untuk diaplikasi kepada budak-budak sekolah saya kelak *boleh buli budak-budak nanti..hehehe*

Saya juga diberi peluang menjadi pencatat/pelapor untuk pembentangan kertas kerja oleh Pengasas/Orang kuat PERASA iaitu Tuan Hj. Shahabudin Asaari (Mantan Pensyarah Cemerlang IAB) yang juga pemilik REBT Mangement, yang beroperasi di Taiping, Perak.

Antara perkara yang disebut oleh beliau ialah:
1. Ahli PERASA perlu menjadi role model kepada orang lain
2. PERASA ialah usaha untuk "memanusiakan manusia"
3. Sifat ego ialah perosak organisasi
4. Perlu mempunyai sifat merendah diri sesama manusia walaupun mempunyai kuasa
5. Sokongan sosial antara rakan boleh meningkatkan motivasi, mengurangkan tekanan, menghilangkan kesakitan/kesengsaraan, mengelakkan 'burnout' dan membantu manusia merasa lebih baik

bersama Nurul & Ruzaimi
rakan baru, guru kaunseling dari Perak
 perasan presenter kertas kerja..hehehe..
 aktiviti bengkel untuk mencipta Resolusi Konvensyen
 bersama rakan baru, Siti Onah dari Grik, Perak
 dengan Siti Onah di meja pencatat/pelapor
 berjumpa semula ex-coursemate, Pn Mardiana (Pensyarah IAB)
 bilik di Residen IAB ( 1 bilik seorang).. fuh..selesa!

*Kata Kak Mardiana, akan ada lagi kursus sebegini di IAB Genting, bulan 9 nanti, teringin? Saya jawab "Nakkkk..."

Thursday, March 22, 2012

Kursus CISM Perlis

Kursus Critical Incident Stress Management
pada 21 - 22 Mac 2012
di Pusat Kokurikulum JPN Perlis, Kaki Bukit, Perlis
Anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Perlis
dengan kerjasama Bah. Psikologi & Kaunseling,KPM



Wednesday, February 29, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas 2012


Seperti biasa setiap tahun
Saya terlibat dalam perancangan Kursus Kepimpinan Pengawas
Pada 24-26 Februari 2012 yang lalu
Sekolah saya memilih Syamille Farm & Resort di Kati, Kuala Kangsar sebagai lokasi tapak kursus
Kata Tuan Pengetua, ia kepunyaan rakyat Perlis juga (yg kaya raya)
Haha.. tapi memang cantik dan nyaman tempat tu
Sejuk... ala-ala CH... lengkap dengan semua kemudahan
Tempat penginapan pun selesa
Semua berkonsep kayu 
Ada sungai, air terjun, rusa dan tempat pembiakan kambing boer
Jom tengok...

 
Seperti biasa, tuan tanah tetap over-expose, kan?
Siapalah tulusmulus tanpa Cik Pinkish...
Ada rezeki nak pergi lagi, insya Allah

Sunday, July 17, 2011

Biro Tatanegara

Tajuk: Seminar Khas Pemantapan Nilai-Nilai Islam Dalam Gagasan 1Malaysia Guru-guru Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis 2011.
Tempat: Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor.
Tarikh: 14-16 Julai 2011 

13 Julai 2011 (Rabu)
09.00 mlm - 6 buah bas bertolak ke Bangi dari Dataran Lestari
                  - Duduk dlm bas dengan Rozulazean, kaunselor SMK Budriah
12.30 mlm - Stop kat hentian Gurun then Sg Perak
14 Julai 2011 (Khamis)
6.00 am - sampai kat INFRA, solat  kat surau, ambil kunci bilik, lepak sat..
8.00 am- Turun kat kafe, breakfast, taklimat ringkas
10.00 am- Ke dewan seminar, dengar taklimat oleh pegawai BTN, En Nasir
2.30 pm-Ceramah oleh Ustaz Dr Mohd Farid Ravi
-Ya Allah..bestnya dpt jumpa ustaz ni secara live.. muka dia bersih ja..w/pun berkulit gelap tp dia byk cerita ttg keamanan, perpaduan, 1Malaysia dan selang-seli dengan pengalaman dia dalam hijrah Islam.. pada aku, ia perkongsian yg sangat best, penuh keinsafan (harap-harap la berpanjangan)..
6.30 pm-makan malam
7.00 pm-Solat jamak maghrib/isyak & kuliah oleh Ustaz Khairi
8.45 pm- Bicara Bersama Tokoh (Datuk Sri Aziz Samsuddin)
- hebatnya dia bercakap sampai jam 1 pagi.. siap buka sesi soal jawab dan dia jawab dgn cool ja even soalan panas & kontroversi..)..umur dia dah 76 tahun... (Aku?.. tiduq, bangun, tiduq..hehehe...)
1.15 am - balik bilik & tidur

15 Julai 2011(Jumaat)
5.15 am- Turun ke surau, solat subuh & Kuliah Subuh oleh Ustaz Khairi
-Ustaz yg kaya senyuman.. tp dah tua dah...
7.00 am- Senaman pagi
-bestnya....banyak aktiviti yg seronok..
8.00 am- Sarapan pagi
8.45 am- Sesi Bersama Datuk Hj Shahlan Ismail
-Datuk mai dengan pakai baju melayu kelabu.. hensem and maintain ja.. sangat friendly dan berkongsi byk perkara berkaitan Datuk Najib, Anwar, Ambiga, perhimpunan bersih dsb.
1.30 pm- makan tengahari
2.45 pm- Sambung sesi bersama Datuk Hj Shahlan Ismail
- Rupanya depa ada agenda tersendiri iaitu nak suruh kami buat buku.. kami diberi 10 kumpulan dgn 10 tajuk berbeza.. kena buat presentation, then siapkan artikel then submit kat depa dlm tempoh 2 minggu. Buku tu akan dilancarkan di Putrajaya oleh PM. Banyak negeri dah siap dah cth: Kedah, Selangor dll.
4.30 pm- Pembahagian PDK & Sesi PDK 
- aku kena kumpulan 1 dgn Su.. selamat.. then semua kumpulan berpindah ke bilik bengkel.. kena bincang.. tp lawak betul sbb ketua kumpulan kami iaitu seorang PK pompuan yg sangat rigid.. perbincangan mcm mesyuarat.. aku & su ambil langkah selamat, volunter jd pembuat powerpoint.. hehehe.. lariiiii...so, kami lepak kat lab komputer ja la.. 
- kumpulan kami kena tajuk menghuraikan sajak PM yg bertajuk Harapan.. aku? tak tauuuu.. mana ada basic sastera.. so mcm tikus tengok tukul besi la...
6.30 pm- makan malam
7.00 pm- Ke surau
8.25 pm- Sesi Bersama Ketua Polis Negara 
-Ya Allah.. humble nya dia.. cool ja..Cikgu lelaki byk ambik peluang bertanya pasai perhimpunan bersih, kes liwat Anwar, Video Anwar, kes murtad, pilihanraya dan macam-macam..
12.30 pm- Aku, Su, Suhaimi, Ibny dan Cikgu Mi duk kat lab komputer utk siapkan powerpoint sampai jam 1.30 am..so, rasanya aku tidur jam 2.00 am jugak kot..

16 Julai 2011 (Sabtu)
6.15 am- aku baru bangun.. tak pi surau pun..
7.00 am- turun sarapan
8.00 am-Slot pembentangan kumpulan
-kumpulan aku bentang dulu sbb ikut urutan nombor
12.40 pm- Rumusan & penyerahan sijil
2.30 pm- Bas bertolak balik
-
-
11.45 mlm- Bas sampai kat Dataran Lestari
12.30 mlm- Baru tidoq....

Nah.. tengok la gambar yg ada ya...

Yan, Aku & Su
 (Ada gaya budak form 6 tak?...perasan!!)
Pn Hasni,Yan,Aku & Su

Aku,Yan,Rafiza & Zaini

Dokumentasi aktiviti 

Bergaya dalam dewan seminar