Thursday, July 19, 2012

Konvensyen PERASA Kali ke-9

Saya berkesempatan menghadiri Konvensyen PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) bertempat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra pada 16-19 Julai 2012. Semasa bertugas di Kedah beberapa tahun dulu, saya pernah juga menghadiri pelbagai aktiviti PERASA yang dianjurkan oleh fasilitator PERASA JPN Kedah.

Persepsi pertama bila menghadiri kursus PERASA ialah perlu menjadi sangat fleksibel dalam semua situasi tapi rupanya Konvensyen ini hanya banyak pembentangan kertas kerja dan bukan kursus. So, aktiviti PERASA tak la banyak tapi cukup best dan boleh dapat idea untuk diaplikasi kepada budak-budak sekolah saya kelak *boleh buli budak-budak nanti..hehehe*

Saya juga diberi peluang menjadi pencatat/pelapor untuk pembentangan kertas kerja oleh Pengasas/Orang kuat PERASA iaitu Tuan Hj. Shahabudin Asaari (Mantan Pensyarah Cemerlang IAB) yang juga pemilik REBT Mangement, yang beroperasi di Taiping, Perak.

Antara perkara yang disebut oleh beliau ialah:
1. Ahli PERASA perlu menjadi role model kepada orang lain
2. PERASA ialah usaha untuk "memanusiakan manusia"
3. Sifat ego ialah perosak organisasi
4. Perlu mempunyai sifat merendah diri sesama manusia walaupun mempunyai kuasa
5. Sokongan sosial antara rakan boleh meningkatkan motivasi, mengurangkan tekanan, menghilangkan kesakitan/kesengsaraan, mengelakkan 'burnout' dan membantu manusia merasa lebih baik

bersama Nurul & Ruzaimi
rakan baru, guru kaunseling dari Perak
 perasan presenter kertas kerja..hehehe..
 aktiviti bengkel untuk mencipta Resolusi Konvensyen
 bersama rakan baru, Siti Onah dari Grik, Perak
 dengan Siti Onah di meja pencatat/pelapor
 berjumpa semula ex-coursemate, Pn Mardiana (Pensyarah IAB)
 bilik di Residen IAB ( 1 bilik seorang).. fuh..selesa!

*Kata Kak Mardiana, akan ada lagi kursus sebegini di IAB Genting, bulan 9 nanti, teringin? Saya jawab "Nakkkk..."

1 comment:

  1. Assalamualaikum cik pinkish lady, boleh minta contoh kertas kerja program PERASA? ni email sy. iqbal5024@yahoo.com.my

    ReplyDelete