Kalaulah mudah
Pasti saya dah cakap
terang-terang
Masalahnya sangat susah untuk
menerangkan kebenaran
Tak kan nak buat pengumuman kot
Atau nak bercerita seorang demi
seorang
Entah di mana silap saya
Kalaulah sejak awal lagi saya
dikurniakan
Kekuatan emosi dan ketajaman
lidah
Pasti saya huraikan dari A-Z
Saya tak mahu berada dalam
situasi ini
Sungguh..
Rasa pedih, memalukan dan amat
menyakitkan
Nak lari tapi tiada penyudahnya
Nak dileraikan tiada
permulaannya
Akhirnya, saya berdiam diri
Tapi bila dikocak berkali-kali
Hati pun menjadi panas
Perkara yang tak benar cuba
dijadikan realiti
Marah saya...benar-benar memuncak
ni..
Nak saja saya cari depa
Tanya apa salah saya?
Apa depa nak dari saya?
Bila depan, bukan main berlemah
lembut depa
Tapi di belakang, cakap tak
berlapis..
Hampas sungguh...
Menyesal berkawan dengan manusia begini
Agaknya bila kita ramah tamah
dikatakan kita suka
Gila ka?
Kalau mesra dengan pakcik jual
ikan, suka juga ka?
Kalau senyum kat mat bangla
cuci kereta, cinta ka?
Kalau menyapa mamat stesen
minyak, angau ka?
Kalau sembang dengan kawan
lama, salah ka?
Macam-macam manusia
Sibuk cari salah orang
Salah sendiri tidak mengapa
Biasa katanya...
Suluh orang tapi depa tetap duk
bergelap akal
Betullah kata sahabat lama
Ada yang boleh dijadikan kawan
Ada hanya sekadar rakan
Ada juga sahabat sejati
Kena pandai-pandai pilih
Nampaknya saya silap pilih...
Geram ni..*ultraman cepat datang*
No comments:
Post a Comment