Nak merajuk...*huhuhu*
Binatang kesayangan buat hal lagi
Rasa nak sekeh-sekeh kepala dia
Semasa hero ada, ok ja peel dia
Bila hero pergi berjuang ke medan perang
Binatang ni pun buat hal..*argggg...*
Oh.. dimana Adiwiraku?
*buakkk...perasan..*
Saya rasa saya sayang sangat kat dia
Dah ditatang bagai minyak yang penuh
Sanggup menahan telinga hingga bernanah
Dikutuk, diperli.. supaya binatang kesayangan ini dipinggirkan
Konon-kononnya sesuai dengan status masa kini
Tapi.........................
Bila binatang ni buat hal, rasanya...*eeee..*
Ni lah binatang kesayangan saya
-Mr Kancil-
Pagi-pagi Ahad ni, dia dah buat perangai
Enjin tak mau hidup
Sedangkan nak hantar Azim pi tuisyen
Adui la... bengang betul lah...
Otak saya pun mula le fikir nak mintak tolong sapa
Call adik, suruh datang
Tukar ja bateri Mr Kancil ni..
Aci ganti baru...
Kalau dia buat perangai lagi
Terus nak tukar dia sekali
Biar padan muka dia..
Biar padan muka saya.. *sebab kena bayar..hehehe*
No comments:
Post a Comment