Macam biasa Incik Suami akan ke IPSAH. Saya?
Ya Allah..
saya betul-betul jadi penjaga rumah *bukan rumah agam tp rumah kecik*
sampaikan tak keluar pagar rumah langsung
hanya buka pagar untuk lepaskan anak-anak keluar bermain kat depan rumah
bila maghrib ja, terus kunci pagar dan pintu
bosannya...
nasib baik rumah corner lot.. ada la juga ruang luar untuk melepak
Lepak kat pondok comel sambil bagi ikan makan *ala-ala mak datin*
tempat meroyan sorang-sorang
inilah kolam ikan (sebenarnya pasu berisi ikan kecik-kecik..
Miss Alya punya)
Setiap hari saya ulang rutin yang samasapu sampah, mop lantai, siram pokok, kutip bunga cempaka (sebagai pewangi rumah), tengok TV..*sekarang gila channel 133*, masak, makan dan makan lagi...*stres betul*
haruman kesukaan
Lebih stres bila anak-anak asyik memanggil
nak makan, nak air milo (sehari 4x), nak roti coklat, nak roti bakar, nak air sejuk, nak baju, nak itu nak ini...(macam order kat kedai...arggg)
*tapi tak kurus jugak..harap maklum*
Pagi tadi, lari dari kebiasaan
ajak Ammar ke 7 Eleven
shopping makanan ringan utk anak *shopping ka?*
Nasib baik pagi ni Incik kesayangan tanya khabar saya
*bagus.. ingatkan dah lupa!!*
Cepat-cepatlah jumaat, tunggu Incik Suami balik
nak ajak dia pi jalan-jalan pulak...
biarla ke Tesco pun, janji terlepas dari pagar Taman Mesra..
*senyum lebar-lebar*
No comments:
Post a Comment