Monday, January 30, 2012

Jom dengar!


Penerang Hati – Sixth Sense & Saujana

 
Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku


Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Sunday, January 29, 2012

Harap Dia Tahu

Aku melihat dia semalam
Tenang dan bersahaja
Seperti dulu
Seperti dua puluh tahun lalu
Sinar mata yang sama
Lunak suara yang sama
Tidak berubah
Melihat dia hari ini
Cuba meneka lubuk hatinya
Cuba mencari kepastian diri
Mengharap dia tahu apa yang ku mahu

Saturday, January 28, 2012

Dah ready!!!

Dah siap
boleh pi sekolah 
dah boleh submit kat bos
lega rasanya..
lepas ni just maintain comel-comel ja...

dah siap tulis rekod harian, label nama dan berbalut

 2012- tema purple ye!!

 -Sekian. Harap maklum-

Friday, January 27, 2012

Persoalan dan Jawapan

Kerap benar soalan yang sama ditanya
Tak jemukah?
Selalu menjawab perkara yang serupa
Tak letihkan?
Saya tidak, awak bagaimana?
Tanyalah selalu
Katakan selalu
Supaya saya tak lupa
Bagaimana jawapan itu
Biar berpuluh kali
Saya tetap suka

Jawapan yang sama
Tetapi rasa tetap berbeza
Bertambah bahagia
Harap telinga mampu mendengar
Perkara yang sama diulangi
Harap hati mampu memikul
Sehingga waktu memisahkan kita...

Projek baru

Lama dah duk pandang DIA kat rumah jiran
tapi malu pulak nak pi minta
suruh Incik Suami pi tanya
Jiran kata kawan depa yang bagi tapi depa pun tak tau nama apa

Lagi dipandang lagi rasa tergoda
seksa sungguh rasanya
aku bukan la "addicted" kepada purple
tapi sejak terpandang DIA terus rasa cantik sangat
mungkin kombinasi pink dan purple 
seumpama YING n YANG kot
nampak "sweet" sangat....

Hari tu lalu kat Kg Guru pun ternampak DIA lagi
paksa Incik Suami turun dan tanya tuan DIA
Rupa-rupanya rezeki aku di situ
Tuan DIA nak jual dia adik beradik
2 beradik RM sepuluh sahaja
terus rembat kedua-dua depa
balik rumah dengan senyum lebar...   :)



pujaan hati...

 sabar tunggu dipindahkan ke dalam planter box ye!

Sekian. harap maklum.

Thursday, January 26, 2012

Hati Berbunga-bunga

Senyum sepanjang hari
Hati riang macam kanak-kanak dapat ice cream conertto
aduhhh... gembira tak terkata
hati kembang setaman
drive pun tersenyum
mandi pun tersenyum
kiranya... hari ni berlapang dada la aku..
Sebab?
:)  ... biar aku dan dia sahaja yang tahu
Emmm..... suka hati la...

~ Syukur Ya Allah.. kerana diberi ruang dan peluang~



Wednesday, January 25, 2012

Kau Permata Hati

Kau penerang hati mama
 
 Kau penawar di kala dukaku
 
Syukur kau ada

*** Bangun 6.30 pagi, nak teman mama buat breakfast. Lastly, dia yg sepahkan dapur mama... bagus anakku, syabas....

Tuesday, January 24, 2012

Suka la kat Pakcik Nuar ni...



Cinta Tak Harus Memiliki (Anuar Zain)

Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Chorus:
Ku tak percaya kita
Terpisah kerna berbeda
Lalu ke mana kan ku cari

Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…

Saturday, January 21, 2012

Gadis penjual bunga


Wah... tajuk berani mati..
Sebenarnya tajuk yang tepat ialah Budak penjual bunga
Cantikkan bunga cempaka? atau orang utara panggil Cempa
Dulu-dulu, semasa saya darjah 1, saya adalah penjual/pembekal bunga
10 kuntum berharga sekupang..
(sekupang tahun 1981 adalah hebat tau..!)
dan saya juga menjual gula-gula dan jajan kat kelas
masa tu dah jadi businesswoman....hehehe perasan kan?

Kebanyakan pembeli bunga saya adalah cikgu sekolah
Selalunya setiap hari saya akan dapat untung bersih dalam RM1-2
bergantung kepada kejayaan dan kehebatan saya mengutip bunga
Saya kutip bunga setiap pagi sebelum ke sekolah
panjat sendiri tau.. masa tu pakai skirt ke sekolah
bayangkan dengan pokok yang sangat tinggi 
(sama tinggi dengan rumah 2 tingkat)
tapi sebenarnya tak belanja pun duit tu
saja seronok... tak pandai lagi nak membeli-belah macam sekarang ni

Sehingga sekarang pun saya masih menyukai cempaka
dan menanam pokok ini ditepi tingkap bilik tidur saya
supaya saya dapat hidu wangiannya setiap pagi bila tingkap dibuka
Selepas ni nak membela menanam pokok bunga melur 
and the roses too... (ala-ala kat Cameron tuuuu...hehe..)

 Apa kenangan awak pula?


Inilah contoh produk saya (ewah.. bahasa perdagangan lagi!!)

Friday, January 20, 2012

Road Run SMK Putra 2012

Berkumpul untuk mendengar taklimat


Senario murid dan guru
 
Tengok muka tuan tanah yang stres di tempat kerja baru.. arrrrrggg....



Monday, January 16, 2012

Hari Pertama

Hari ni bermulalah tugas baru saya di SMK Putra. Tiba di sekolah jam 7.17 pagi. Sampai ja terus ke pejabat sekolah untuk lapor diri. Berjumpa dengan Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Salbiah Abdullah. Pengetua tiada di sekolah sebab menghadiri program 'sent off' secara rasmi dari SMK Syed Ahmad ke SMK Putra.

Sebaik sahaja lapor diri dengan menunjukkan surat arahan dari JPN Perlis, saya disuruh mengisi buku lapor diri dan diberi buku takwim SMK Putra beserta buku rekod B&K. Agak risau juga tentang persepsi pertama mereka kepada saya. Harap-harap yang baik-baik sahaja.

Selesai urusan, saya terus ke bilik kaunseling untuk meletakkan semua bahan yang diberikan tadi dan terus bergerak ke dewan untuk menghadiri perhimpunan rasmi. Suasana hampir sama dengan perhimpunan di Dewan Seri Jerneh cuma para pelajar di sini lebih bising walaupun dalam suasana formal. Puas saya memasang telinga untuk mendengar pengacara majlis bercakap... haru betul...Guru-guru? :))

Saya dan En Rozi diperkenalkan kepada warga sekolah oleh PK 1. Bangun dan berikan senyuman untuk semua guru-guru.. (may be hari ni saya lebih banyak tersenyum dan tunduk hormat kepada semua guru di sini). Practice makes perfect, kan?

Apa-apa pun, saya mengharapkan kehadiran saya di Putra ini akan lebih baik daripada masa lalu. Walaupun, hari ini sangat membosankan. Saya menelefon hampir kesemua kawan baik saya untuk bertanya khabar... telefon lebih dari 3 kali dan hampir 30 sms. Bosan hanya Allah sahaja yang tahu... duduk tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal, hanya membuat sedikit analisa program yg bakal dilaksanakan oleh semua unit (yg mungkin melibatkan Unit B&K).

Esok? nak jalan-jalan teroka keseluruhan sekolah... seperti YB melawat kawasan.. hehehe...

Ni keadaan bilik saya......

Banyak benda kena buat kan? Dekorasi la kita lepas ni ya!

Sekian. Harap Maklum.

Sunday, January 15, 2012

Doaku buatMu Ya Allah


Terima kasih Ya Allah
Memberiku peluang melalui dugaan ini
Walaupun perit, walaupun sakit
Jangan biarku terleka
Jangan biarku kecewa
Hilangkan ia
Terbangkan ia
Biar jadi debu di angin lalu
Agar aku lupa kesakitan ini
Agar aku mampu bangun tersenyum
Seperti hari-hari lalu

Ya Allah
Bagaimana wanita ini bisa lagi tersenyum
Mampukan wanita ini percaya pada dirinya
Aku mahu seperti  dulu
Bertahan dan terus bertahan...

Wahai hati.. tabahlah...