Friday, January 27, 2012

Projek baru

Lama dah duk pandang DIA kat rumah jiran
tapi malu pulak nak pi minta
suruh Incik Suami pi tanya
Jiran kata kawan depa yang bagi tapi depa pun tak tau nama apa

Lagi dipandang lagi rasa tergoda
seksa sungguh rasanya
aku bukan la "addicted" kepada purple
tapi sejak terpandang DIA terus rasa cantik sangat
mungkin kombinasi pink dan purple 
seumpama YING n YANG kot
nampak "sweet" sangat....

Hari tu lalu kat Kg Guru pun ternampak DIA lagi
paksa Incik Suami turun dan tanya tuan DIA
Rupa-rupanya rezeki aku di situ
Tuan DIA nak jual dia adik beradik
2 beradik RM sepuluh sahaja
terus rembat kedua-dua depa
balik rumah dengan senyum lebar...   :)



pujaan hati...

 sabar tunggu dipindahkan ke dalam planter box ye!

Sekian. harap maklum.

No comments:

Post a Comment