Wah... tajuk berani mati..
Sebenarnya tajuk yang tepat ialah Budak penjual bunga
Cantikkan bunga cempaka? atau orang utara panggil Cempa
Dulu-dulu, semasa saya darjah 1, saya adalah penjual/pembekal bunga
10 kuntum berharga sekupang..
(sekupang tahun 1981 adalah hebat tau..!)
dan saya juga menjual gula-gula dan jajan kat kelas
masa tu dah jadi businesswoman....hehehe perasan kan?
Kebanyakan pembeli bunga saya adalah cikgu sekolah
Selalunya setiap hari saya akan dapat untung bersih dalam RM1-2
bergantung kepada kejayaan dan kehebatan saya mengutip bunga
bergantung kepada kejayaan dan kehebatan saya mengutip bunga
Saya kutip bunga setiap pagi sebelum ke sekolah
panjat sendiri tau.. masa tu pakai skirt ke sekolah
bayangkan dengan pokok yang sangat tinggi
(sama tinggi dengan rumah 2 tingkat)
tapi sebenarnya tak belanja pun duit tu
saja seronok... tak pandai lagi nak membeli-belah macam sekarang ni
Sehingga sekarang pun saya masih menyukai cempaka
dan menanam pokok ini ditepi tingkap bilik tidur saya
supaya saya dapat hidu wangiannya setiap pagi bila tingkap dibuka
Selepas ni nak
and the roses too... (ala-ala kat Cameron tuuuu...hehe..)
Apa kenangan awak pula?
Inilah contoh produk saya (ewah.. bahasa perdagangan lagi!!)
Salam ..ada jual bunga cempaka putih ka ? kalau ada nak jual contact saya ... 012-4843004. Nak blei sikit nak buat ubat. saya dok sg petani. tq
ReplyDelete