Monday, January 16, 2012

Hari Pertama

Hari ni bermulalah tugas baru saya di SMK Putra. Tiba di sekolah jam 7.17 pagi. Sampai ja terus ke pejabat sekolah untuk lapor diri. Berjumpa dengan Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Salbiah Abdullah. Pengetua tiada di sekolah sebab menghadiri program 'sent off' secara rasmi dari SMK Syed Ahmad ke SMK Putra.

Sebaik sahaja lapor diri dengan menunjukkan surat arahan dari JPN Perlis, saya disuruh mengisi buku lapor diri dan diberi buku takwim SMK Putra beserta buku rekod B&K. Agak risau juga tentang persepsi pertama mereka kepada saya. Harap-harap yang baik-baik sahaja.

Selesai urusan, saya terus ke bilik kaunseling untuk meletakkan semua bahan yang diberikan tadi dan terus bergerak ke dewan untuk menghadiri perhimpunan rasmi. Suasana hampir sama dengan perhimpunan di Dewan Seri Jerneh cuma para pelajar di sini lebih bising walaupun dalam suasana formal. Puas saya memasang telinga untuk mendengar pengacara majlis bercakap... haru betul...Guru-guru? :))

Saya dan En Rozi diperkenalkan kepada warga sekolah oleh PK 1. Bangun dan berikan senyuman untuk semua guru-guru.. (may be hari ni saya lebih banyak tersenyum dan tunduk hormat kepada semua guru di sini). Practice makes perfect, kan?

Apa-apa pun, saya mengharapkan kehadiran saya di Putra ini akan lebih baik daripada masa lalu. Walaupun, hari ini sangat membosankan. Saya menelefon hampir kesemua kawan baik saya untuk bertanya khabar... telefon lebih dari 3 kali dan hampir 30 sms. Bosan hanya Allah sahaja yang tahu... duduk tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal, hanya membuat sedikit analisa program yg bakal dilaksanakan oleh semua unit (yg mungkin melibatkan Unit B&K).

Esok? nak jalan-jalan teroka keseluruhan sekolah... seperti YB melawat kawasan.. hehehe...

Ni keadaan bilik saya......

Banyak benda kena buat kan? Dekorasi la kita lepas ni ya!

Sekian. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment