Friday, July 27, 2012

Pelangi di hati saya


Dia kawan saya
Dan saya suka berkawan dengannya
Walaupun, kadang-kadang menghiris rasa
Tetap nak kawan juga
Tetap menjadi pelangi di hati saya
Cantik, penuh warna warni dan mempersonakan
Cuma hadirnya seketika...

Wednesday, July 25, 2012

Saya nak ikut tapi...


Saya nak ikut tapi abah tinggal saya..huhu
Dah siap-siap nak pi solat terawih, 
mama minta adik posing bergaya dulu
Sedar-sedar adik dah kena tinggal...
Comel tak saya?? *cepat cakap comel..*

Tuesday, July 24, 2012

Tak puasa sebab kecik lagi!

Semalam, ada budak kecik makan ais kerim milo sembunyi bawah meja.
Alasannya, kesian abang dan kakak tengok adik makan
Jadi, adik nak makan sembunyi-sembunyi bawah meja kat dapur takut depa nampak
Kenapa adik tak puasa? sebab adik kecik tot lagi!!!
:))

Sunday, July 22, 2012

Raksasa hijau dah datang!


Kalaulah mudah
Pasti saya dah cakap terang-terang
Masalahnya sangat susah untuk menerangkan kebenaran
Tak kan nak buat pengumuman kot
Atau nak bercerita seorang demi seorang
Entah di mana silap saya
Kalaulah sejak awal lagi saya dikurniakan
Kekuatan emosi dan ketajaman lidah
Pasti saya huraikan dari A-Z
Saya tak mahu berada dalam situasi ini
Sungguh..
Rasa pedih, memalukan dan amat menyakitkan
Nak lari tapi tiada penyudahnya
Nak dileraikan tiada permulaannya
Akhirnya, saya berdiam diri

Tapi bila dikocak berkali-kali
Hati pun menjadi panas
Perkara yang tak benar cuba dijadikan realiti
Marah saya...benar-benar memuncak ni..
Nak saja saya cari depa
Tanya apa salah saya?
Apa depa nak dari saya?
Bila depan, bukan main berlemah lembut depa
Tapi di belakang, cakap tak berlapis..
Hampas sungguh...
Menyesal berkawan dengan manusia begini
Agaknya bila kita ramah tamah dikatakan kita suka
Gila ka?
Kalau mesra dengan pakcik jual ikan, suka juga ka?
Kalau senyum kat mat bangla cuci kereta, cinta ka?
Kalau menyapa mamat stesen minyak, angau ka?
Kalau sembang dengan kawan lama, salah ka?

Macam-macam manusia
Sibuk cari salah orang
Salah sendiri tidak mengapa
Biasa katanya...
Suluh orang tapi depa tetap duk bergelap akal

Betullah kata sahabat lama
Ada yang boleh dijadikan kawan
Ada hanya sekadar rakan
Ada juga sahabat sejati
Kena pandai-pandai pilih
Nampaknya saya silap pilih...
Geram ni..*ultraman cepat datang*

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


 
 (Gambar Ihsan google)

Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, July 19, 2012

Konvensyen PERASA Kali ke-9

Saya berkesempatan menghadiri Konvensyen PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) bertempat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra pada 16-19 Julai 2012. Semasa bertugas di Kedah beberapa tahun dulu, saya pernah juga menghadiri pelbagai aktiviti PERASA yang dianjurkan oleh fasilitator PERASA JPN Kedah.

Persepsi pertama bila menghadiri kursus PERASA ialah perlu menjadi sangat fleksibel dalam semua situasi tapi rupanya Konvensyen ini hanya banyak pembentangan kertas kerja dan bukan kursus. So, aktiviti PERASA tak la banyak tapi cukup best dan boleh dapat idea untuk diaplikasi kepada budak-budak sekolah saya kelak *boleh buli budak-budak nanti..hehehe*

Saya juga diberi peluang menjadi pencatat/pelapor untuk pembentangan kertas kerja oleh Pengasas/Orang kuat PERASA iaitu Tuan Hj. Shahabudin Asaari (Mantan Pensyarah Cemerlang IAB) yang juga pemilik REBT Mangement, yang beroperasi di Taiping, Perak.

Antara perkara yang disebut oleh beliau ialah:
1. Ahli PERASA perlu menjadi role model kepada orang lain
2. PERASA ialah usaha untuk "memanusiakan manusia"
3. Sifat ego ialah perosak organisasi
4. Perlu mempunyai sifat merendah diri sesama manusia walaupun mempunyai kuasa
5. Sokongan sosial antara rakan boleh meningkatkan motivasi, mengurangkan tekanan, menghilangkan kesakitan/kesengsaraan, mengelakkan 'burnout' dan membantu manusia merasa lebih baik

bersama Nurul & Ruzaimi
rakan baru, guru kaunseling dari Perak
 perasan presenter kertas kerja..hehehe..
 aktiviti bengkel untuk mencipta Resolusi Konvensyen
 bersama rakan baru, Siti Onah dari Grik, Perak
 dengan Siti Onah di meja pencatat/pelapor
 berjumpa semula ex-coursemate, Pn Mardiana (Pensyarah IAB)
 bilik di Residen IAB ( 1 bilik seorang).. fuh..selesa!

*Kata Kak Mardiana, akan ada lagi kursus sebegini di IAB Genting, bulan 9 nanti, teringin? Saya jawab "Nakkkk..."

Tuesday, July 10, 2012

Mari bersenam!!!

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
dikatakan dilancarkan seluruh Malaysia hari ini
acara wajib bagi semua sekolah
so, SMK Putra pun tak ketinggalan
jom tengok apa berlaku...

 Seperti biasa, tuan tanah gigih bersenam

Guru-guru & Tuan Pengetua yang sporting

posing sebelum acara (wajib!)

Bukti tuan tanah turut terlibat secara aktif!

Nampak.. betulkan? *over* hehehe..

Sekian, bye!!

Monday, July 9, 2012

Kem Munajat SPM 2012

SMK Putra terus hebat!
Memang saya nak puji cikgu-cikgu kat situ
Terutama geng Cikgu Mohamad Nizam
sebab merancang Kem Munajat SPM ni dengan begitu cemerlang

Kem ini diadakan di Pendang Lake Resort
pada 6-8 Julai yg lalu
khusus untuk pelajar ting. 5 yang terpilih seramai 58 orang
apa yang dirancang oleh Cikgu Nizam & The Gangs begitu sempurna

Tugas saya sebagai Penolong Kem Komandan
tetapi Cikgu Burhanudin (kem komandan) yang banyak membantu
beserta Ustaz Azahari, Cikgu Rasidi, Cikgu Azira, Cikgu Sharifah dan Cikgu Zalina
dan saya boleh bekerja dengan mereka tanpa stres!!
Best...

 sampai ja terus bergambar sebelah bas JKR

taklimat & Bengkel motivasi

Ceramah teknik menjawab Matematik & Sejarah

Riadah (bola jaring & futsal)

Celebrate birthday pelajar & majlis penutup oleh PK 1

penyampaian hadiah

mencipta kenangan 2012

tuan tanah :-)

Sekian, terima kasih.





Tuesday, July 3, 2012

Terima kasih


Terima kasih kerana...

selalu ada untuk saya 
dan
membuatkan saya senyum selalu!!