Saturday, July 30, 2011

Bengkel SPM & PMR 2011

Perhatian.. Ini cerita basi ya!! 

Tajuk: Bengkel SPM (20-21 Julai 2011) &
Bengkel PMR (25-26 Julai 2011)
Tempat: Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis.

Pemandangan dari aras 3 Pauh Inn
Pemandangan waktu subuh
Lastly, tuan tanah la (muka penat & letih...)

Sunday, July 24, 2011

Andainya dia pergi

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

http://genta-rasa.com/ 




Tuesday, July 19, 2011

Mari memasak

Anak-anak nak makan..Azim request spagetti Cabonara.. alhamdulillah mudah ja..

Ok..mula..

Bahan asas

Rebus spagetti dulu

panaskan margerin

Tumis bawang then daging

Toskan spagetti

Siap....rasa? tak pedas tp sesuai le untuk anak-anakku..

p/s: Jom main masak-masak lagi...


Monday, July 18, 2011

Imam Muda Ammar

Peristiwa ni berlaku petang tadi jam 5.15 ptg..tgh aku leka blogwalking.. aku terpandang hamba Allah ni..duk cuba pakai songkok abang dia...apa lagi terus snap gambaq dia...

Muka ok.. baju ok la..(tp tak cukup alim lagi..)


Tu dia.. bahagian bawah..out terus...

Tak pa la dik..janji kau Imam Muda mama ye...Insya Allah..

Sunday, July 17, 2011

Biro Tatanegara

Tajuk: Seminar Khas Pemantapan Nilai-Nilai Islam Dalam Gagasan 1Malaysia Guru-guru Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis 2011.
Tempat: Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor.
Tarikh: 14-16 Julai 2011 

13 Julai 2011 (Rabu)
09.00 mlm - 6 buah bas bertolak ke Bangi dari Dataran Lestari
                  - Duduk dlm bas dengan Rozulazean, kaunselor SMK Budriah
12.30 mlm - Stop kat hentian Gurun then Sg Perak
14 Julai 2011 (Khamis)
6.00 am - sampai kat INFRA, solat  kat surau, ambil kunci bilik, lepak sat..
8.00 am- Turun kat kafe, breakfast, taklimat ringkas
10.00 am- Ke dewan seminar, dengar taklimat oleh pegawai BTN, En Nasir
2.30 pm-Ceramah oleh Ustaz Dr Mohd Farid Ravi
-Ya Allah..bestnya dpt jumpa ustaz ni secara live.. muka dia bersih ja..w/pun berkulit gelap tp dia byk cerita ttg keamanan, perpaduan, 1Malaysia dan selang-seli dengan pengalaman dia dalam hijrah Islam.. pada aku, ia perkongsian yg sangat best, penuh keinsafan (harap-harap la berpanjangan)..
6.30 pm-makan malam
7.00 pm-Solat jamak maghrib/isyak & kuliah oleh Ustaz Khairi
8.45 pm- Bicara Bersama Tokoh (Datuk Sri Aziz Samsuddin)
- hebatnya dia bercakap sampai jam 1 pagi.. siap buka sesi soal jawab dan dia jawab dgn cool ja even soalan panas & kontroversi..)..umur dia dah 76 tahun... (Aku?.. tiduq, bangun, tiduq..hehehe...)
1.15 am - balik bilik & tidur

15 Julai 2011(Jumaat)
5.15 am- Turun ke surau, solat subuh & Kuliah Subuh oleh Ustaz Khairi
-Ustaz yg kaya senyuman.. tp dah tua dah...
7.00 am- Senaman pagi
-bestnya....banyak aktiviti yg seronok..
8.00 am- Sarapan pagi
8.45 am- Sesi Bersama Datuk Hj Shahlan Ismail
-Datuk mai dengan pakai baju melayu kelabu.. hensem and maintain ja.. sangat friendly dan berkongsi byk perkara berkaitan Datuk Najib, Anwar, Ambiga, perhimpunan bersih dsb.
1.30 pm- makan tengahari
2.45 pm- Sambung sesi bersama Datuk Hj Shahlan Ismail
- Rupanya depa ada agenda tersendiri iaitu nak suruh kami buat buku.. kami diberi 10 kumpulan dgn 10 tajuk berbeza.. kena buat presentation, then siapkan artikel then submit kat depa dlm tempoh 2 minggu. Buku tu akan dilancarkan di Putrajaya oleh PM. Banyak negeri dah siap dah cth: Kedah, Selangor dll.
4.30 pm- Pembahagian PDK & Sesi PDK 
- aku kena kumpulan 1 dgn Su.. selamat.. then semua kumpulan berpindah ke bilik bengkel.. kena bincang.. tp lawak betul sbb ketua kumpulan kami iaitu seorang PK pompuan yg sangat rigid.. perbincangan mcm mesyuarat.. aku & su ambil langkah selamat, volunter jd pembuat powerpoint.. hehehe.. lariiiii...so, kami lepak kat lab komputer ja la.. 
- kumpulan kami kena tajuk menghuraikan sajak PM yg bertajuk Harapan.. aku? tak tauuuu.. mana ada basic sastera.. so mcm tikus tengok tukul besi la...
6.30 pm- makan malam
7.00 pm- Ke surau
8.25 pm- Sesi Bersama Ketua Polis Negara 
-Ya Allah.. humble nya dia.. cool ja..Cikgu lelaki byk ambik peluang bertanya pasai perhimpunan bersih, kes liwat Anwar, Video Anwar, kes murtad, pilihanraya dan macam-macam..
12.30 pm- Aku, Su, Suhaimi, Ibny dan Cikgu Mi duk kat lab komputer utk siapkan powerpoint sampai jam 1.30 am..so, rasanya aku tidur jam 2.00 am jugak kot..

16 Julai 2011 (Sabtu)
6.15 am- aku baru bangun.. tak pi surau pun..
7.00 am- turun sarapan
8.00 am-Slot pembentangan kumpulan
-kumpulan aku bentang dulu sbb ikut urutan nombor
12.40 pm- Rumusan & penyerahan sijil
2.30 pm- Bas bertolak balik
-
-
11.45 mlm- Bas sampai kat Dataran Lestari
12.30 mlm- Baru tidoq....

Nah.. tengok la gambar yg ada ya...

Yan, Aku & Su
 (Ada gaya budak form 6 tak?...perasan!!)
Pn Hasni,Yan,Aku & Su

Aku,Yan,Rafiza & Zaini

Dokumentasi aktiviti 

Bergaya dalam dewan seminar


Monday, July 11, 2011

Si dia

Bila aku buat tak tahu,
dia pun buat tak tahu..
Bila aku sambut kata-katanya,
dia manis teruja..
Bila aku hulurkan salam
dia cepat dan lembut menyambutnya..
Bila aku diam membisu,
dia elak dariku..
Bila aku merinduinya,
dia entah di mana..

Aku tak mengerti...

Semakin banyak belajar ilmu kemanusiaan, semakin payah aku rasa nak menangani perangai manusia. Ada betul jugak la teori barat yg mengatakan manusia ini sangat kompleks dan tipikal.. Aku betul-betul keliru.. Aku rasakan bahawa aku telah buat yg terbaik..mengelak daripada rusuhan hati tetapi rupanya aku tetap kena tempias.. ada juga org yg terancam dengan lintasan aku.. aduhai hati... tolonglah.. Aku langsung tak nak terlibat dlm peperangan emosi mereka.. lantas aku cuba melarikan diri dengan bertindak tenang dan sesekali sanggup menjadi org yg blur ... cuba menjadi org tengah yg teradil.. Ya Allah.. tolonglah.. aku benar-benar tak mengerti..

Sunday, July 10, 2011

OT Hari Ahad

See..see...tengok..tengok..

Ni la bila kerja cikgu tak dak OT.. sbb kerajaan nak suruh buat OT kat rumah sendiri..

Cerita gini.. pagi ahad macam biasa selaku surirumah yg baik, aku dah siap iron baju sekolah,kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, sidai kain, buat breakfast, kemas dapur..lap kilat-kilat.. pastu budak comel @ imam muda pun bangun.. abah dan abg dia dah pi training badminton seawal 8.30 pagi.. so, aku biaq ja dia main depan TV.. kononnya bagi kebebasan kat anak-anak..(sesuai dgn dasar falsafah pendidikan negara... pengukuhan JERI..kunun-kunun..)..

Then, Alya bangun.. (budak pompuan ni tak mau pi training..malassss).. aku biaq depa main ja.. then aku pi la teropong apa aktiviti depa... tu diaaaa....

Mak aihh... kabinet TV aku berbedak weiii...

Tu dia.. sofa mak pun berbedak..

Happy engko ye nak... mak kau? waaa..

Selamba ya sambung tengok TV..tanpa rasa bersalah..

Kesimpulannya, comelkan aktiviti anak mak kan..? kan..?

Thursday, July 7, 2011

Wadah Ilmu

Assalamualaikum..
lama rasanya tak menulis.. (perasan rindu pada tulisan sendiri)..

Saya nak share satu blog yg saya kira sangat best dan sangat berilmiah.. http://genta-rasa.com... ia hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.. beliau adalah salah seorang panel yg menulis dlm majalah solusi..

 Saya tertarik dalam satu ayat dalam penulisan beliau yg bertarikh 4 Julai 2011yg bertajuk MAHAR SEBUAH SYURGA..

Musuh perkara yang lebih penting ialah perkara yang penting. Kita mesti belajar ‘mengorbankan’ sesuatu yang berharga untuk mendapat sesuatu yang lain, yang lebih berharga.
 
Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. 
Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
 
“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah 
manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”
 
 Sebenarnya byk lagi penulisan beliau yg membuatkan saya tertarik dan terus terpikat untuk mengikuti semua hasil kerja beliau, pada saya, beliau hadir tepat pada waktu saya mencari kekuatan diri untuk terus bekerja dan menjalani kehidupan harian..

Pada saya, penulisan beliau simple dan tak kompleks.. mudah difahami dan relevan dengan realiti yg berlaku masa kini.. kira 5 bintang la..

Ni dia tuan punya blog yg dipuja-puja....




p/s: Awak rasa saya ilmiah tak?..hehehe...