Saturday, December 31, 2011

Pengakhiran 2011


Selamat tinggal 2011
Banyak kenangan yang tercipta sepanjang tahun ini
Pahit dan manis mengiringi dari Januari hingga Disember
Pelbagai perkara yang tidak dirancang berlaku
Peristiwa semusim...
Kisah hati...
Kecelaruan emosi diri...
Simptom Hari Malas Sedunia lebih kerap muncul
Tugas yang tak memberansangkan minda
Ada rakan baik di awal tetapi tidak ikhlas di akhirnya
Syukur.. saya masih mampu menghadapi semua cabaran 2011
Insya Allah, selagi bernafas, saya pasti akan melaluinya lagi..

~Bye bye 2011~

Thursday, December 29, 2011

2 Days To Go


2011  to 2012. Cepatnya masa berlalu. 2 hari lagi...
Maka bermulanya era kembali ke sekolah sebagai guru
Bukan setakat anak murid je yang excited
Aku pun sedikit teruja
Jemu juga bila bercuti terlalu lama
Walaupun, kadang-kadang rasa seronok juga jadi surirumah
Tapi surirumah yang banyak Ringgit Malaysia la..

Rindu la....
Rindu untuk mengalami joy of stres
Rindu untuk mengintai orang (hehehe..)
Rindu untuk berleteq kat budak 1H dan 2H
Rindu nak meroyan kat makmal sains
Rindu segala-gala

Cuma sedikit sedih
Sebab terpaksa meninggalkan semua kenangan di Tok Paq
Dan memulakan kerja di tempat baru
Surat pertukaran selamat diterima
Maka 16 Januari 2012 aku akan ke sekolah baru

Apa boleh buat
Ditukarkan atas keperluan perkhidmatan (kata surat tu la..)
Nak bangkang, tak berani
Nak tolak, rasa-rasanya lama lagi aku nak jadi cikgu cikgi ni..
Jadi, redha je la...
Kan prinsip sekarang ni “Redah ja lah.., apa nak jadi belakang kira”
Gila berani mati punya prinsip, kan??

Sekarang ni aku dah buat “mind set”
Supaya nampak sekolah baru sebagai tempat mencari rezeki
Belajar menyukai nama sekolah dulu..
SMK Putra, Kangar..
Hehehe... (Hey Kangar.. Zeeta is coming...)

Kangar...
Maka, nampak gayanya cepat la habis duit gaji aku
Nampak butik tu la, butik ni la.. ish.. ish...
Kena bebanyak istifar ni
Kalau tak.. sengkek sebelum tiba waktunya

Welcome SMK Putra.....     :))

Wednesday, December 28, 2011

Saya yakin ada hikmahnya...


Saya percaya Allah telah merencana yang terbaik untuk saya
keluar dari satu pintu kebahagiaan 
untuk mencari lebih kebahagiaan
mungkin saya terpaksa bermula kembali
tapi saya pasti akan belajar untuk redha
biarpun meninggalkan satu-satunya inspirasi saya
tapi saya masih percaya
dia tetap sama...

Sunday, December 25, 2011

Aku dan Dia


Dulu-dulu kita pernah bersama
Kini masih bersama
Esok belum tentu
Lusa pasti terlupa
Tulat hilang diingatan
Sehingga itu, lihatlah aku
Pandanglah hingga jemu
Kelak tak tersua
Tiada kata pasti
Hanya berserah padaNya

Friday, December 23, 2011

Saya rasa sedih hari ini


Bertemu hari ini
Berpisah esok hari
Itu hukum alam
Aku tahu
Moga hari seterusnya
Hati kita masih diketuk bahagia...