Monday, April 23, 2012

Isnin & CRK

Selamat pagi Isnin..*monday blues..*
tapi saya tak kerja hari ni
cuti menjaga anak yang demam
telefon sekolah, maklumkan saya Cuti Rehat Khas (CRK)

Dalam bidang pendidikan ni
keburukannya hanya tentang cuti
tiada cuti yang khusus untuk kecemasan
yang ada hanya CRK, tu pun hanya 7 hari setahun
bayangkan jika ada cikgu yang anak ramai
dah tu asyik demam memanjang.. huh..naya cikgu tu..
dalam kes saya, dah 2 kali dah ambil CRK
first, masa Che Ammar demam campak
then kali ni, Azim dan Miss Alya pula.. *nasib baik depa kena serentak*
kalau tidak, sure dah kena sound dengan Tuan Pengetua
sebab asyik cuti ja.... *cikgu tak produktif*

Jadi, disebabkan cuti
jom kita main masak-masak
semalam masak asam pedas
hari ini pun Azim nak asam pedas lagi
bagus anakku.. senang kerja mak kau ye..
tapi hari ni mari kita meniru resepi dalam buku idaman hati
hehehe.. rugi la kalau tak aplikasikan?

Azim : "ingatkan asam pedas tu pedas sangat..rupanya tak pun!"
Mama: "sebab mama dah kurangkan cili ..tu yang tak pedas"
(dah jadi macam asam rebus ja.. sebab tak pedas)..*hentam saja..janji sedap*

Sunday, April 22, 2012

Demam lagi

2 rakyat diserang demam campak
bermula hari Rabu, dah tak pergi sekolah
tapi hari Jumaat jadi semakin kronik
seluruh badan berbintat-bintat
yang paling ketara ialah Azim
penuh satu badan, asyik merengek-rengek
demam tersangat panas, muntah, sakit kepala
tapi Miss Alya cool ja.. * sbb dia tak kritikal sangat*



Dijadikan cerita pak mertua pun masuk wad
sbb lelah *dia baru balik umrah*
Incik Suami pula terlibat dengan perkhemahan kat sekolah dia
dan bermalam kat sana
So, tugas saya jadi bertambah
jaga 2 anak yg demam campak,
mengasuh Ammar yang sihat & terlalu aktif
dan siapkan makanan untuk dihantar ke hospital
sangat letih....

Berita gembira untuk saya..*lalala..*
saya dah beli buku idaman hati *terpengaruh dengan Z..*
*pakai baucer buku 1Malaysia (Incik Suami punya)*
beli saja, masak belum tentu...
*hahaha...*

Monday, April 16, 2012

Selamat siang


**Short update

Hari yang bahagia
Mungkin esok pun sama?
Saya harap ya!!
Selamat siang Chinta Hati...
Semoga malam menjelma
Mimpiku seindah mimpimu...

Sunday, April 15, 2012

Silap lagi


Empat lima kali duk cuba
Cuba kumpul kekuatan
Angkat telefon, pegang-letak, pegang-letak
Sebelah hati kata tak payah
Sebelah hati lagi kata ok kot
Padan muka..
Silap lagi
Memang cari bala betul
Lain kali jangan buat lagi
Ada faham???

Wednesday, April 11, 2012

Pilihan


Di luar kesedaran
Saya jatuh kasih
Baru pandang pertama
Sudah mimpi yang indah-indah
Belum kenal hati budi lagi
Kulit luar cantik memikat
Isi dalam belum tentu manis

Alahai...
Mudahnya saya jatuh hati
Tengok sekali, tertoleh berkali-kali
Nak? Tak nak? Nak? Tak nak?
Nakkkkk....
Tapi *alasan*... nantilah dulu
Biar istikharah dulu..
Kot-kot dapat panduan
Ish... masalah betul la...
*dasar manusia...hehehe*

Tuesday, April 10, 2012

Budak tu demam

Ammar kena demam campak
rasanya berjangkit virus tu kat rumah pengasuh
mula-mula Uwais, then Ali Redza, then Aidil Fahim
last sekali Che Ammar le... *kesian*

muka budak demam campak (jumaat lepas)
dua malam mama kau kurang tidur   *actually, ada shift dgn abah..*
asyik merengek dan nak tidur dalam buaian saja
aduiii... kurus la mama kau ye adik    *tipu*
mata sembab mcm panda
rumah bersepah dengan daun mambu
rasa macam duk dalam hutan tropika
demi budak bintat ni...

Hari ni nampak semua bintat-bintat kat badan dah kering
rasanya semakin ok
dah tak merengek gatal-gatal dah
tapi lebih aktif dan banyak cakap
asyik bodek.."mama baik la...", "mama kan sayang ammar.."
apa-apa ja dik...

Alhamdulillah... lega hati mama..
Semoga cepat sembuh & sihat seperti selalu..
Insya Allah..

Saturday, April 7, 2012

Kuasa teknologi


Sapa cipta telefon? *soalan kuiz*
Nak kirim salam banyak-banyak le..
Memang tak dinafikan tentang kehebatan panggilan telefon
Mampu meningkatkan kuasa kegirangan tahap Formula 1
Kalah ferrari...
Dengan hanya satu panggilan
Dan hanya dengan satu salam
Boleh mencairkan seluruh organ yang panas
Boleh menghilangkan semua teka-teki 
Sebab nada suara boleh di baca
Gembira? Suka? Ceria?
Berbanding dengan sebiji SMS..kan?
*tapi SMS pun ok juga dari tiada langsung..kan?*
Emmm..tamak.. 

Wednesday, April 4, 2012

Mungkinkah?


Meletakkan diri dalam situasi orang lain
Penat meneka apa yang dia rasa
Benarkah apa yang dikata?
Jika berfikir sekali, mungkin ku katakan Ya
Jika difikirkan sekali lagi
Mungkin hanya ayat penyedap rasa
Atau mungkin apa yang berlaku hanya sekadar
Satu kesilapan sejak awal lagi...

Tuesday, April 3, 2012

Ayat-ayat cinta

Kejadian di rumah sendiri
Pukul 9.00 malam

Ammar: Mama.......nak susu, nak naik cak, nak lena........
Mama : Awal lagi la dik....
Ammar: Ulang... nak naik cak *sambil tarik buaian dekat-dekat Mama*
              "Mama kan cantikkkkk...."
Mama : Hah! *apa kaitan????*

Hujan dan Pertemuan


Sekali lagi
Hujan dan pertemuan
Mengulangi kembali kenangan lalu
Asalnya gundah dan tak mengharap
Bimbang tidak kesampaian
Akhirnya, pulang dengan senyuman
Pertemuan memuncak bahagia
Terima kasih hujan..