Thursday, April 4, 2013

Catatan Bandung Jakarta - Part 2



Hari Ketiga (29 Mac 2013)

7.30 pagi       : sarapan di hotel
8.30 pagi      : bertolak ke Tangkuban Parahu – pemandangan yg sangat cantik, sejuk, ala-ala ke Fraser Hill. Banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual buah nenas dan pelbagai jenis buah. Special nya, ada banyak gerai yg menjual sate kelincin (Arnab). Tak sempat nak mencuba sbb Kak Baizaitulshima tak berani *katanya ingat anak kucing kat rumah...hehe. Rumah-rumah agak tradisional tetapi banyak juga hotel2 yg canggih ala barat kolonial.. sangat menarik. Majoriti penduduk menaiki motosikal dan berjaket kulit, walaupun motor kapcai. Rupanya jaket kulit sangat murah disini.
10.00 pagi     : tiba di Tangkuban Parahu yg baru dibuka seminggu setelah ditutup utk satu jangkamasa akibat berlaku letusan. Bayaran masuk Rp50,000 seorang. Sampai saja terbau sulfur yg sangat kuat dan diserbu oleh penjual-penjual di situ. Langsung tak boleh nak elak sbb mereka akan ikut ke mana saja kita pergi sehinggalah kita membeli brg jualan mereka. Saya sempat membeli strawbery yg sangat manis, t-shirt bandung dan sedikit cenderamata.
12.00 tgh    : setelah puas bergambar di situ, maka kami terus bertolak balik dan singgah utk makan tengahari di Rumah Produksi Tahu Susu Lembang. Sempat melihat proses pembuatan tahu dan mencuba pelbagai jenis tahu (kukus, goreng, batagor dan somay). Fresh dan Sedap!!
2.00 ptg       : bertolak ke Jalan Dago, utk serbu FOS.. ke Donatello, Gossip dan Blossom sahaja. Huh.. banyak sangat pilihan sampai pening2 nak memilih baju Tshirt utk Incik Suami dan anak2. Lawaknya, saya kehabisan wang Rupiah.. so, stop shopping dan cari money changer semula..sob2.. sedih dan frust. Minta Pak Said carikan money changer, rupanya Indonesia bercuti dan semua bank ditutup, terjumpa van buruk yang bertulis money changer.. terus tanya.. rupanya memang individu itu sediakan perkhidmatan tukar wang.. mula2 tak yakin, tapi tukar jugak RM500.
6.30 ptg      : ke Toko Tiga- kedai menjual jeans Levis. Meneman Kak Shurizah yg memborong jeans utk anak2 nya. Saya hanya membeli Tshirt superman utk Azim.
8.00 mlm   : minta Pak Said carikan kedai kek Kartika Sari. Alhamdulillah, sebut saja, terus nampak kedai tersebut dan beli 2 biji kek dan beberapa bungkus kerepek pisang keju.
9.00 mlm     : bertolak ke Jakarta
10.30 mlm   : singgah RnR untuk malam malam. Mencuba soto... sangat sedap!! Sempat membeli sekotak kek coklat Amanda.
12.00 mlm   : Check in di Smart hotel, Jakarta.
Tangkuban Parahu
Buah strawberry yg sangat manis
Lunch @Rumah Produksi Tahu Susu Lembang


Wednesday, April 3, 2013

Catatan Bandung Jakarta -part 1



Semua bermula dengan cerita kat kantin sekolah. Sembang tentang persiapan raya, terus buat keputusan online tiket ke Bandung dan Jakarta. Setelah bincang panjang lebar, kak shurizah terus tempah 4 tiket pergi balik Penang-Jakarta. Settle tiket flight, booking hotel melalui agoda. Kami pergi berempat: Kak Shurizah (ketua kontigen), Kak Bazaitulshima, Kak Munalizah dan saya.

Hari pertama (27 Mac 2013)

2.00 ptg            : bertolak dari Perlis ke Penang
4.00 ptg            : minum petang di Hentian Gurun
6.00 ptg            : tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Penang
9.45 mlm          : berlepas ke Sukarno Hatta Airport, Jakarta
12.30 mlm (waktu Indonesia)     : tiba di Sukarno Hatta Airport dan disambut oleh bapak Said dengan menaiki kereta Innova
1.30 pagi          : bertolak ke Bandung
2.00 pagi          : berhenti rehat di RnR (makan nasi goreng dan air teh jasmine – kata kak Muna - air kuburan sbb bau mcm bunga melur yang terlalu pekat..hehehe)
4.00 pagi          : check in di Favehotel Braga (cantikkk sbb warna pink)

Hari kedua (28 Mac 2013)

8.00 pagi         : sarapan pagi di hotel (sedap dan byk pilihan)
8.45 pagi        : bertolak ke Pasar Baru Bandung - seharian bershopping tanpa sedar.. memang best sangat2, sampai kena tukar lagi RM1k sbb terlalu banyak pilihan, cantik dan sangat eksklusif. Kak Shurizah memborong kain pasang dlm kuantiti yg banyak, so kami pun ambik kesempatan tumpang pos semua kain yg dibeli di situ.
6.30 ptg         : setelah seharian kat Pasar Baru tanpa lunch maka dinner di Restoren Padang Sederhana- sedap dan banyak pilihan lauk)
8.00 mlm       : bershopping lagi di Paris Van Java – actually, tak shopping sangat di sini sbb tempat ni mahal dan banyak brg ekslusif mcm KLCC. Saya hanya membeli beberapa novel penulis Indonesia di Toko Gramedia dan lepak2 bersama kak Bazaitulshima di cafe *berlakon mcm org kaya..hehehe*
10.00 malam  : balik ke Favehotel – packing barang untuk bertolak ke Jakarta keesokkan pagi. Letih tapi masih boleh bergelak ketawa melihat hasil rembatan hari itu.

Dinner @Penang Airport
Shopping @Pasar Baru Bandung
Fave Hotel yang sangat cantik dan selesa


Sunday, March 24, 2013

Alya & Ammar's birthday party

Demi memenuhi hasrat Miss Alya
Yang nak adakan party hari jadinya tahun ni
so, semalam 23 Mac 2013, berlangsung majlis tersebut
malang, tak banyak gambar yg sempat disnap
sebab tuan tanah terlalu leka layan kawan-kawan sendiri
terlupa nak simpan memori dalam bentuk visual
maka, kita simpan dalam ingatan je la
Terima kasih atas kehadiran tuan/puan
Maaf atas ketidakselesaan dan sebagainya..

Tuesday, March 12, 2013

bila sahabat memerlukan kita



Semalam dapat call dari sahabat lama
Katanya, dia tak sihat
jadi, selepas sekolah terus ke rumah dia
menjenguk sahabat baik yang dah lama tak jumpa
walaupun di daerah yang sama- jarak yg dekat, cuma berbeza arah
bukan tak ingat, tapi saya tahu
dia sangat sibuk dengan urusan kerjaya & rumah tangga
dan saya pun sibuk dengan pelbagai perkara *yg kdg2 direka..senyum*
tapi bila dia bgtau ttg musibah diri
terus saya rasa, dia perlukan saya
kata saya pada dia: “nanti kak su pi tengok kak teh, ya!”
dan kami memang bersembang panjang *senyum lagi*
lega bila tengok dia senyum kembali...
 untuk teman, kawan dan sahabat baik saya dunia akhirat
 Untuk saya juga... membahagiakan diri sendiri..hehehe...

zeeta: akan ada untuk dia