Thursday, April 4, 2013

Catatan Bandung Jakarta - Part 2



Hari Ketiga (29 Mac 2013)

7.30 pagi       : sarapan di hotel
8.30 pagi      : bertolak ke Tangkuban Parahu – pemandangan yg sangat cantik, sejuk, ala-ala ke Fraser Hill. Banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual buah nenas dan pelbagai jenis buah. Special nya, ada banyak gerai yg menjual sate kelincin (Arnab). Tak sempat nak mencuba sbb Kak Baizaitulshima tak berani *katanya ingat anak kucing kat rumah...hehe. Rumah-rumah agak tradisional tetapi banyak juga hotel2 yg canggih ala barat kolonial.. sangat menarik. Majoriti penduduk menaiki motosikal dan berjaket kulit, walaupun motor kapcai. Rupanya jaket kulit sangat murah disini.
10.00 pagi     : tiba di Tangkuban Parahu yg baru dibuka seminggu setelah ditutup utk satu jangkamasa akibat berlaku letusan. Bayaran masuk Rp50,000 seorang. Sampai saja terbau sulfur yg sangat kuat dan diserbu oleh penjual-penjual di situ. Langsung tak boleh nak elak sbb mereka akan ikut ke mana saja kita pergi sehinggalah kita membeli brg jualan mereka. Saya sempat membeli strawbery yg sangat manis, t-shirt bandung dan sedikit cenderamata.
12.00 tgh    : setelah puas bergambar di situ, maka kami terus bertolak balik dan singgah utk makan tengahari di Rumah Produksi Tahu Susu Lembang. Sempat melihat proses pembuatan tahu dan mencuba pelbagai jenis tahu (kukus, goreng, batagor dan somay). Fresh dan Sedap!!
2.00 ptg       : bertolak ke Jalan Dago, utk serbu FOS.. ke Donatello, Gossip dan Blossom sahaja. Huh.. banyak sangat pilihan sampai pening2 nak memilih baju Tshirt utk Incik Suami dan anak2. Lawaknya, saya kehabisan wang Rupiah.. so, stop shopping dan cari money changer semula..sob2.. sedih dan frust. Minta Pak Said carikan money changer, rupanya Indonesia bercuti dan semua bank ditutup, terjumpa van buruk yang bertulis money changer.. terus tanya.. rupanya memang individu itu sediakan perkhidmatan tukar wang.. mula2 tak yakin, tapi tukar jugak RM500.
6.30 ptg      : ke Toko Tiga- kedai menjual jeans Levis. Meneman Kak Shurizah yg memborong jeans utk anak2 nya. Saya hanya membeli Tshirt superman utk Azim.
8.00 mlm   : minta Pak Said carikan kedai kek Kartika Sari. Alhamdulillah, sebut saja, terus nampak kedai tersebut dan beli 2 biji kek dan beberapa bungkus kerepek pisang keju.
9.00 mlm     : bertolak ke Jakarta
10.30 mlm   : singgah RnR untuk malam malam. Mencuba soto... sangat sedap!! Sempat membeli sekotak kek coklat Amanda.
12.00 mlm   : Check in di Smart hotel, Jakarta.
Tangkuban Parahu
Buah strawberry yg sangat manis
Lunch @Rumah Produksi Tahu Susu Lembang


No comments:

Post a Comment